Aku bercuti 2 hari. Untuk mengambil anak dan isteri di Kuala Lumpur. Sempena cuti hujung minggu yang panjang. Aku mulakan perjalanan ke Kuala Lumpur pada hari Selasa. Singgah semalaman di Kuala Krai. Menginap di dalam ladang/hutan semalaman. Esoknya pada pagi Rabu terus sahaja bertolak ke Kuala Lumpur. Dan pagi ini (Khamis) bertolak balik ke Kota Bharu. Penat wehh.
Semasa memandu melalui pekan Kuala Lipis, pekerja aku menelefon. Katanya ada seekor induk muda, first time kidding mengalami masalah. Kaki anaknya yang nak dilahirkan dah terkeluar, tapi tak boleh nak teran dah. Dah lebih 1 jam berlalu. Agaknya anak sedikit besar. Aku terpaksa guide pekerja aku step by step. Firstly, aku minta dia buat suntikan Oxytocin, 1.5cc IM, tunggu 15 minit. Aku call balik, dan dia beritahu aku, kaki dah terkeluar sehingga paras lutut. Tapi labor process dah stop lagi. Oxytocin dah tak effective lagi. Peringkat ini dah dikira kritikal. Aku dah berkira nak sembelih atau nak selamatkan induk muda ni.
Consulted my conscience, aku minta pekerja buat suntikan Oxytocin kedua, same dosage. Dan kali ini aku minta pekerja untuk menarik sekuat hati anak yang tersangkut tu. Semasa induk meneran. Tak boleh ada belas kesian dah. Induk terpaksa tahan sakit lah. Aku juga pesan jika induk terlampau traumatized dengan experience itu, kalau agak induk dah almost fading away, bersedia untuk sembelih sahaja lah. Aku letakkan telefon dan lebih kurang 10 minit, pekerja aku call balik, katanya anak tu dah keluar, induk dah diberi minum air campuran molasses dan sedikit daun buluh (petua orang Myanmar untuk cepat keluarkan uri). Alhamdulillah, induk berjaya di selamatkan walaupun anaknya dah mati.
Tapi tempoh kritikal belum habis lagi. Aku minta pekerja observe untuk 30 minit bagi uri keluar. Jika tak keluar kena buat suntikan Oxytocin kali ketiga. Dan memang betul, terpaksa buat suntikan tu. Sebab naluri untuk beranak tu dah tiada. Jadi perlu manually start up the process again. Aku letakkan telefon dan meneruskan pemanduan aku.
Bila dah sampai ke Kuala Krai aku call lagi. Alhamdulillah, uri dah keluar. Induk muda tu pun dah mula bangun dan makan/minum. Hanya perlu perah colostrum dan susu untuk hari mendatang bagi mengelakkan mastitis. Boleh juga buat ibu susuan bagi anak kambing lain yang kekurangan susu.
Disclaimer: Aku guna hands free masa cakap telefon sambil driving.
No comments:
Post a Comment