Monday, 30 December 2013

New Record Holder!!!


Name: Corelle
Id Tag#: 20039
Sex: Female
D.O.B.: N.A.
Breed: Katjang
Interval: 5 months 22 days

Friday, 27 December 2013

Prophets of Truth


 "There is no prophet that has not worked as a shepherd", Muhammad (p.b.u.h.) used to say.

"Did you do so? ", asked one present.

"Yes!", he replied, "I herded sheep as a boy".



Jesus was quoted as saying, "I am a good (Greek:kalos) shepherd. (John 10:22)


Smite the shepherd and the sheep will be scattered-Jesus (son of Maryam)

Monday, 16 December 2013

Dilema

Pejantan primer dah disembelih tempoh hari. Aku dah carikan gantian. Baka zon arid. Baka pedaging. Fullblood. Upon selection the other day, the dude was very impressive. Size, weight, muscle to bone ratio, sex drive, all were up to my expectation. Exceeded dare I say.

Tapi masalahnya bila aku bawa balik, aku berbelah bagi nak lepaskan meragut atau nak kurung atas kandang. Kalau lepaskan, boleh boost vitality,  fitness, drive dan boleh dijadikan alpha bagi herd aku. Kalau dikurung, tentu jadi lembik, tak bernafsu dan sebagainya. Asal kambing ini dari ladang semi intensif. Tapi tuannya terlebih manjakan, mandi hari-hari, makan dedak mahal, turun kandang hanya untuk mengawan kejar betina. Bukan untuk meragut cari makan - sounds more like intensive sytem. Kawasan belaan pun tak challenging macam aku punya kawasan. Tanah belakang rumah, anak pokok kecil, rumput biasa-biasa.

Jadi telahan aku kambing ni walaupun nampak segak, bergaya dan mempunyai potensi tetapi ianya tidak akan dapat bertahan di ladang aku. Aku dalam dilema semasa bawa ianya balik. Tapi excitement melebihi dari kerisauan. Seminggu kat atas kandang, selepas regime deworming sebagai 1st line of defense aku lepaskan ke pasture. Sampai lah semalam, kira-kira dah sebulan lebih di kandang, kambing jantan ini tewas. Aku terpaksa sembelih sebab bebanan cacing yang amat tinggi dan tubuhnya tidak dapat menyesuaikan dengan elemen yang terdapat di ladang. Sempat panjat induk-induk semua. Lekat atau tak lain cerita.

Sekarang aku dah tak ada pejantan. Hanya tinggal Negro, tapi perjalanan masih jauh untuk dia. Oh jantan Saanen tu tak boleh pakai sangat. Aku tak mahu gene tenusu dalam herd aku. Sekarang aku aku dah jadi fobia sikit nak amik pejantan yang high value ni. Tapi aku tahu aku mesti incorporate darah pedaging untuk mengatur langkah seterusnya dalam operasi perkambingan ni. Atau mungkin aku pinjam pejantan dari rakan-rakan untuk sebulan dua dan tidak lepaskan ke pasture. Hanya untuk mengawan dan hantar balik ke tuannya.

Itulah dilemanya...kalau kurung atas kandang, I risk of losing vitality, fitness, sex drive and potential. Kalau lepas ke tanah, I risk facing the parasites attacks. Ini khas untuk kambing yang dibawa dari luar sahaja. Indigenous herd yang kat ladang takde masalah pun. Carefree diorang tu.


Tentang Tahi

Okay, mungkin agak menjijikkan sedikit tajuk kali ini. Tapi aku buat tu on purpose sebab nak tarik perhatian. Hahaha..macam orang jual ubat kuat, minyak batin dan lain-lain. Opening mesti kena hebat. Isi tak semestinya sehebat opening.

Dalam nak mengenal penyakit kambing aku tuan-tuan, salah satu cara yang aku guna adalah dengan membuat pemerhatian ke atas tahi kambing dan menghidu aroma yang keluar darinya. Okay, jangan gelak. Ini serius!!

Secara normalnya, tahi kambing yang sihat akan berbentuk pelet bulat, mengikut saiz kambing. Kambing dewasa katjang biasanya akan mempunyai tahi berwarna gelap, hitam kehijauan (diet daun) dan berbau earthy. Standard bau tahi kambing la. Size pulak sebesar kacang peas, berderai dan tidak melekat antara satu sama lain(not clumpy). Ini adalah contoh tahi untuk kambing yang berada di dalam keadaan paling sihat.

Untuk kambing yang mengalami cirit pula kena perhatikan betul-betul warna dan juga character bau tahi tadi.

1. Worm atau kecacingan.
Biasanya berwarna kuning, hijau sehingga coklat. Berlendir dan berbau hanyir. Kalau nasib baik boleh nampak cacing bersama tahi kambing. Konsistensi tahi adalah seperti paste. Tidak terlalu cair. Kadang-kadang berbuih. Lembut. Tetapi bukan berbentuk pelet. Masih ada partikel dedaun atau rumput yang tidak dihadam sepenuhnya.

2. Terlebih dedaun atau rumput segar.
Berwarna hijau terang atau hijau daun. Biasanya dalam bentuk paste atau cecair. Berbuih. Bau seperti daun yang dijeruk masam.

3. Coccidiosis
Berwarna hitam kadang-kadang bercampur dengan darah. Berlendir. Bau yang amat busuk disebabkan oleh darah dan juga sel tisu yang telah mati dikikis oleh bakteria coccidia.

4. Tahi anak kambing terlebih susu.
Berwarna kuning muda. Lembut seperti paste dan tidak mengeras apabila kering. Bau susu masam.

Kesemua item di atas adalah dari pemerhatian aku sendiri di ladang. Mungkin pemerhatian tuan-tuan di ladang sendiri berlainan.

Tuesday, 10 December 2013

Musim Hujan 2

Musim hujan masih lagi berlangsung. Banjir sana-sini. Kawasan ladang dah mengalami banjir round pertama. Air naik sehingga tinggal 2 kaki je lagi nak cecah lantai kandang. Cuci jugak lah lantai bawah kandang, najis di bawa arus air. Bawa bersama baja organik bagi menyuburkan kembali kawasan ragutan. Jadi tak perlu intervention dari manusia untuk membaja.

Kolam air pun dah replenish dengan stok ikan air tawar dek limpahan dari paya berhampiran. Haruan, Puyu, Tembakang, Keli, Toman dan lain-lain spesis. Tunggu masa je nak pasang kail.

Okay, satu lagi perk musim hujan adalah lambakan kambing yang terpaksa dijual oleh kebanyakan penternak kecil. Alasan jualan adalah kerana musim hujan ni susah nak cari dedaun, rumput kering nak diberi makan kambing. Nak bagi makan dedak tak ekonomik dah. Jadi jalan pintas adalah jual!. Pun begitu, harga murah kambing musim hujan  ni tidak lah murah sangat jika factor in penyakit yang dihidapi oleh kambing yang kena reject tuan ni. Hahaha. Tapi jika ingin invest dalam kambing yang sakit-sakit ni, by all means, get the purchase done. Lagipun, takde penyakit yang tak boleh ubat. Mati je yang tak ada ubat. Tapi tu lah. Kambing musim hujan ni memang tinggi sikit mortality rate.

Banyak yang selsema sebab hujan dan menjurus kepada pneumonia. Aku admit. Aku sendiri on a buying spree now. Sebab banyak kambing yang nak ditolak murah-murah. Lepas je hujan, gerenti boleh buat untung. Ya, trading bukanlah trait utama seorang pembiak. Tetapi untuk survive kena lakukan juga. Nak dapat income sebelum boleh reap benfit from breeding. Lagipun nak sedapkan hati sendiri aku anggap aku ni menolong owners yg menghadapi masalah tadi. Dari kambing kebuluran, baik jual murah-murah. At least kambing tu terjaga makan minumnya. Hehehe.



Friday, 6 December 2013

Kesalahan Pertama

Kalau ada kambing yang mati. Aku salahkan pekerja kerana tak maklumkan pada aku bila ia sakit.

Kalau kambing hilang, aku salahkan pekerja kerana tak cakna masa mengembala.

Kalau selection lembu baka tak teratur, aku salahkan doktor kerana takde field experience. Tak ada budi bicara.

Kalau tak cukup masa dirumah, aku salahkan kerja yang bertimbun. Dan marah-marah pada isteri dan anak kerana stress.

Kalau aku tak consistent dalam ibadat, aku salahkan hal sekeliling kerana buatkan aku lalai.

Kalau mengalami kerugian, aku salahkan keadaan yang menyebabkan kerugian.

Aku tak pernah salahkan diri aku sendiri. Ini kesalahan yang utama. Aku kena start salahkan diri aku sendiri lebih kerap.


Sunday, 1 December 2013

Tamatlah Riwayat

Tak sempat nak menulis apa-apa 5, 6 hari ni. Ada majlis kahwin adik aku, lagi selection lembu baka dan juga kelahiran anak kedua aku. Jadi kelam kabut juga la. Kalau kira hari ni, dah 5 hari aku tak masuk ladang. Bad..bad..bad..

Seperti jangkaan ada kematian anak kambing. Yang hairannya, kambing umur 5 bulan pun mati. Tiap kali ada kematian biasanya conincidence dengan ketiadaan aku di ladang. Kalau aku masuk ladang hari-hari tak ada pulak kambing yang mati. Pekerja hanya boleh diharap untuk mengembala dan memberi makan. Dari segi observation and treatment semuanya dibuat oleh aku dan juga adik aku. Macam mana nak berjaya ni kalau tak commit 120%?

Hari ni juga aku akan sembelih pejantan yang dah retire untuk akikah anak aku esok. Kata nenek bidan yang jaga anak aku, tak boleh buat akikah lagi sebab pusat anak aku tak luruh lagi. Aku cakap dia aku pakai unjuran 7 hari sunat dilakukan akikah dan beri nama, belah mulut bagai. Budak-budak sekarang semua mana ada luruh pusat 7 hari. Anak sulung aku dekat 2 minggu kot. Anak kambing aku lagi lama..ada yang sebulan lebih masih tergantung tali pusat tu.

Jadi petang ni, akan tamatlah riwayat pejantan primer tu..takpelah..dah tinggalkan legacy dia sendiri. Anak berusia 2 bulan diberi nama Negro bakal menggantikan ayahnya kalau dari pemerhatian tahap libido, body structure, growth rate, muscle to bone ratio etc. Tapi Negro ni 100% katjang. Kalau nak lawan kacukan pedaging dari segi weight, muscle susah sikit kot. Tapi dari segi resistance aku berani guarantee.  Sebab diumur 1 bulan sudah turun kandang belajar meragut dan tidak diberikan sebarang ubat cacing. Sihat sokmo. Tak ada tanda worm infestation langsung setakat ini. Tak macam anak-anak kambing yang sebaya atau lagi tua darinya. Sudah kena deworm pasal bulu dah jadi macam carpet second hand. Berak macam serati. Negro ni tahap kecergasannya pula amat bagus pasal selalu berlari, panjat dinding, lompat parit dan kejar betina.hahaha..

Thursday, 21 November 2013

Musim Hujan

Cabaran utama bagi aku adalah waktu sekarang. Musim hujan. Musim tengkujuh. Musim monsun. Takde la pulak aku nak sukat berapa inci hujan turun sejak beberapa hari ni. Tapi agak-agak dah nak masuk seminggu hujan tak henti-henti. Matahari pun lama dah tak nampak. Ikut forecast, hujan akan berlarutan selama seminggu lagi. Hmm..

Aku tak bimbang sangat pasal induk kambing sebab semuanya hardy. Tapi anak-anak kambing yang aku risaukan. Yang umur lebih kurang 3 hingga 4 minggu. Ikutkan rekod tahun lepas, akan ada yang jadi korban. Selsema dan sebagainya.

Aku tak pasang api, tak asapkan kandang. Malas nak buat semua benda tu. Banyak yang buruk dari baiknya pada hemat aku. Asap boleh buat kambing sakit mata,sesak nafas. Terutama anak-anak kecil.

Induk tetap meragut walaupun dalam hujan. Tapi kawasan ragutan agak terhad lah kerana mereka tak pergi jauh. Sesetengah kawasan pula akan ditenggelami air. Jadi dah hilang lah sebahagian kawasan ragutan. Ini lah period paling mencabar bagi aku. Kalau penyakit boleh lagi rawat. Basmi kuman dan sebagainya. Tapi faktor cuaca ini kuasa Allah swt. Cuma kena ingat, hujan itu rahmat.

Bagi kambing yang nampak selsema biasa, aku biarkan, kecuali selsema berat dan bunyi nafas yang tersekat. Susah bernafas. Aku bagi suntikan CPM-chlorphenaramine. Commercial name, Histamil.Tak bagi antibiotic. Tak perlu rasanya. Kecuali kes yang serius. Yang menjurus kepada pneumonia. Kambing yang selsema ni juga biasanya dehydrated. Jadi tengok atas keseriusan kes. Aku akan drench dengan air dan molasses untuk restore fluid dalam badan.

Aku harap akan ada interval bagi hujan ni. Semoga kami semua mendapat manfaat cahaya matahari sedikit hari lagi.

Thursday, 14 November 2013

Diarrhea Anak Kambing

Dirrhea, scours, cirit semua tu benda sama je. Bagi newbie breeders macam aku ni, masalah diarrhea di kalangan anak kambing tak dapat dielakkan. Semalam anak kambing yang berumur 2 minggu kena case acute diarrhea. Tak sempat rawat. Mati dah dia. Ini selalu berlaku waktu kidding. Masa first ever kidding untuk aku dulu. Dari 20+ ekor anak, yang survived hanyalah 8 ekor. Teruk sungguh, sebab tak ada knowledge untuk combat dirrhea ni. Hampir saja nak patah semangat. Ada kenalan yang cakap aku ni tak sesuai bela kambing. Paling mengarut ada yang kata sebab ada toyol kat ladang hisap darah anak kambing. Aku tak percaya sangat tahyul ni. Hahaha..

Jadi dari pembacaan dan pengalaman diarrhea di kalangan anak kambing ni ada beberapa penyebab dan rawatannya pula adalah hampir sama. Untuk anak yang berumur 2 minggu ke sebulan. Masih belum ruminate. Bergantung kepada susu ibu sepenuhnya. Diarrhea biasa berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, method of infection biasanya melalui oral. Aku merujuk kepada kes semalam, anak kambing yang berumur 2 minggu, severely dehyrated melalui pemerhatian pada kulit, mata yang masuk ke dalam socket, mata yang tidak bersinar, pucat pada gusi dan lidah. Najis pula berwarna kuning hijau. Tidak terlalu busuk. Bila dah extremely dehydrated maka organ seperti kidneys, lungs, liver, spleen akan mula jadi disfunction dan akan menyebabkan kematian. Aku suspect jangkitan E. Coli berdasarkan warna najis dan acuteness of infection. Aku tak dapat buat apa-apa. Melainkan bagi minum glucose, susu dan suntikan antibiotic. Nak buat iv drip takde peralatan pulak. Nak bagi scourban plus untuk stop diarrhea pun tak guna dah masa ni. Baik bagi comfort anak kambing dulu baru buat treatment susulan. Aku sebolehnya nak menyelamatkan  ia. Tapi dah sanpai masa. Salah aku juga. Aku selalu blame diri aku kalau ada kematian anak kambing. Semoga lebih bertanggungjawab dinmasa hadapan.

E. Coli ni berdasarkan pembacaan, disebabkan oleh kawasan kurungan yang kurang bersih dengan najis kambing yang lebih besar ada di merata-rata. Jadi anak kambing ni macam budak kecil yang inquisitive akan menghidu dan mungkin makan najis tadi yang menyebabkan jangkitan. Salah owner juga sebab malas cuci kandang. Tukar bedding mana yang patut. Arrghh...

Teringat kes yang berlaku di Amerika beberapa tahun lepas di mana sebuah ladang sayur organik disiasat dan didakwa kerana menghasilkan broccoli yang tercemar dengan E. Coli kerana penggunaan baja organik yang tidak melalui treatment composting etc. Pemakan broccoli yang tercemar tu maut seingat aku.

Selain dari E. Coli, penyebab lain diarrhea adalah coccidiosis, cacing dan juga pertukaran diet atau foraj. Tapi tak larat nak cover semua. Just gonna cover one that pertains to my case. Langlah seterusnya kena rajin cuci pen dan buat semburan antibacterial dan antimicrobial. Preventive measure is always better than any treatment.


Pejantan Utama

Hari ni secara rasminya aku tamatkan perkhidmatan pejantan utama di ladang aku. Masih ingat ketika hari pertama ia dibawa ke ladang. Kecil je. Pure katjang lah katakan. Tapi he turned out to be an excellent buck. Paling dikagumi ialah sifat kebapaan dan tanggungjawabnya. Tidak akan meninggalkan kawanan sewenang-wenangnya. Libido sangat memuaskan. Untuk 30 ekor induk, cukup ia seekor sahaja untuk membuntingkan induk semua. Anak-anak yang mewarisi darahnya sudah lebih 40 ekor.

Sekarang ini anak-anaknya dari kelahiran pertama sudah memasuki umur 7 bulan dan sudah bersedia untuk dibuntingkan. Jadi aku mengambil keputusan untuk menamatkan khidmatnya untuk mengelakkan inbreeding. Semasa dibawa keluar ladang tadi sempat ditimbang beratnya. 55kg. Tidak lah besar. Tapi athletic sangat. Kuat dan gagah perkasa. Aku perlu dibantu oleh seorang dewasa untuk subdue ia supaya senang diikat dan di muat ke dalam kenderaan.

Keputusan menamatkan khidmat buck ini selain dari mengelakkan inbreeding juga dibuat kerana isteri aku nak melahirkan anak kami yang kedua bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jadi bersesuaianlah untuk dibuat akikah. Mohon Allah swt mempermudahkan segalanya untuk isteri tercinta.

Jadi sekarang ni memang aku tak ada pengganti. Yang ada pun kecik lagi. Anak kepada dia jugak. Cuma baru umur sebulan. Tapi dari segi appearance aku jangka ia akan melebihi ayahnda nya. Libido pu  mantap. Sebab umur baru sebulan tapi dah belajar mounting kambing lain. Harap-harap panjang umur. Sekarang aku sibuk buat phone calls kepada penternak-penternak lain sekitar kawasan aku yang sudi meminjamkan buck untuk service induk-induk di ladang aku. No..no.. aku tak bayar tunai..tapi in  kind..anak kambing boleh? Tak cukup seekor..kita bagi 2 ekor..jantan, betina semua boleh. Siapa-siapa yang sudi boleh komen kat bawah. Aku prefer katjang cross untuk kali ini. Cross pula hanya boer atau baka pedaging yang lain. No..no..Jamnapari tak mau.

Aku mungkin akan terus menggunakan khidmat pejantan dari luar. Walaupun ianya agak berisiko kerana penyakit atau lain-lain. Tapi aku rasakan variation in genes yang akan diperolehi dari pejantan berlainan melebihi faktor risiko yang bakal dihadapi. Tambahan aku yakin dengan health status kawanan kambing aku dan keupayaan untuk rebound dari illness. Mungkin bila dah dapat pejantan yang ultimate dari kawanan kambing sendiri barulah aku akan mula focus kepada consistency of genes..sekarang ni nak pelbagaikan dulu..nak create pool yang besar dan pelbagai..baru buat selection.

So, pejantan 20018 mungkin akan di sembelih dalam masa 2 minggu ni. Sekarang ada kat rumah kawan pasal aku buat separation. Tak mahu dah gene dia dalam kawanan kambing aku. Sayonara.

Monday, 4 November 2013

Kawasan Ragut

Faktor utama kejayaan sesuatu projek penternakan secara semi intensif bagi aku terletak kepada kawasan ragutan yang ada di sekitar tapak kandang. Kawan-kawan yang lain lebih bernasib baik sebab ada kawasan sawit seluas mata memandang. Ada juga yang tidak mempunyai luxury seperti itu dengan hanya mempunyai kawasan ragutan yang kecil, nak rotate pun susah. Apa lagi kalau nak increase herd size.

Aku categorize diri ini di tengah-tengah antara dua extremities tadi. Nak kata luas sangat tak jugak. Jadi herd size in future, seolah sudah ditentukan dan aku akan hanya mampu memiliki seramai X ekor induk kambing pada masa hadapan berdasarkan keluasan kawasan ragutan yang terhad ini. X adalah pemalar tetap atau tidak boleh ubah. Buat masa ini juga X adalah target yang aku mesti capai pada penghujung 2015.

Berkaitan kawasan ragutan aku, jenis tumbuhan yang ada bukanlah antara yang terbanyak seperti yang boleh didapati di kawasan ragut di bawah ladang sawit misalnya. Banyak jenis rumput yang purposely ditanam sebenarnya. Pokok liar agak jarang. Aku juga dah ambil inisiatif untuk tanam pokok kelapa sawit 5 atau 6 pohon. Pokok sena. Di antara pokok meliar seperti senduduk, daun lebar, kirai etc. Walaupun begitu, aku rasa diet kambing aku lebih 70% adalah rumput atau tumbuhan melata. Bukan pucuk-pucuk daun. Ini dah jadi kesalahan dari segi sifat alami kambing yang sepatutnya makan pucuk daun. Tapi nak buat macam mana. Kena biasakan diri juga. Alhamdulillah setakat ni takde masalah sangat.



Cuma bila rumput yang jadi makanan ruji, risiko parasit makinlah bertambah. Pun tak jadi masalah sebenarnya kalau kambing dah recondition betul-betul untuk pasture sebegini. Ada beberapa ekor anak kelahiran kandang yang aku tak pernah deworm since birth. They seem to be doing just fine. Miracle of our own, local blood. Mungkin prof Alwi boleh endorse statement ni. Hahaha.

Ok dah pagi..dah terbit matahari, ada kerja sikit. Be right back.

Sunday, 3 November 2013

Best Milker


Name: Goldie's Mom
Id. Tag: 20015
D.O.B. N/A
Breed: Katjang Cross
Daily Yield: 0.9 liters(min) - 1.5 liters (max)


Saturday, 2 November 2013

About Saanen II

Entry ini mungkin nak berkongsi pengalaman dengan Tuan Adil Sharom.

Aku mempunyai 3 ekor saanen buat masa ini. 1 pejantan, 2 dara. Induk yang sebelum ni dah arwah. Sebab anemic yang serius. Aku dah cuba rawat tapi dah sampai masanya untuk pergi.

Jadi saanen secara semi intensif ini sememangnya datang dengan risiko. Kecacingan adalah masalah utama. Tetapi ada perbezaan di antara saanen dewasa dan yang muda. 2 dara yang ada sekarang ini tiba di ladang aku semasa berumur lebih kurang 3 bulan. Cut short diorang punya lactation. Memang ada effect iaitu growth lambat. Bila tiba di ladang, diorang suka explore sendiri.  Makan daun-daun, rumput dan sebagainya. Pernah jadi kes cirit, terjangkit puru sehingga ada maggot infestation. Tapi Alhamdulillah,  survive dan thrive. Deworming untuk mereka hanya dilakukan bila perlu. Dengan kata lain unscheduled. They seem to be doing fine. Tersiratnya di sini kambing ini telah pun adapt dengan lifestyle semi intensif quite well for a non local breed. Ya, diorang local birth. But that doesn't change their DNA sequence, hereditary preferences and all the attributes associated with a temperate breeds.

Untuk saanen yang sampai ke ladang aku sebagai adult, memang diorang ni mengalami masalah penyesuaian diri. Bayangkan dari lahir dok kat atas kandang. Makan tanggung, sampai lahirkan generasi baru pun masih dalam petak yang sama. Tiba-tiba di suruh meragut, survive only on pastures and handful of goat pellets. Mahu terkejut beruk kambing tu. Ok, to associate two animals in a single sentence doesn't really make sense. Whatever.

Tapi aku percaya dari asuhan akan jadi amalan. Begitulah dengan anak-anak saanen ni. Dah diajar dari kecil untuk meragut, terdedah kepada parasit, hidup kampung, InsyaAllah selamat. Dan begitulah sebaliknya untuk kambing kampung. Aku pernah beli kambing borong 4 ekor yang dibela bawah tangga dapur. Tak pernah meragut. Makan rumput yang tuan dia beri dan juga sisa domestik dari dapur (lebihan nasi, sayur, buah, etc.). Bila sampai ke ladang..hanya anak-anak yang nampak okay. Thriving. Yang induk teruk dikerjakan oleh cacing. Selsema memanjang (lung worm), kurus dan anemik. Pelbagai cara dah digunakan, tapi macam takde kesan sangat. Sebab dah terbiasa dengan safe zone bawah tangga rumah yang takde parasit. Tapi anak-anak ni masih boleh dilentur untuk menjadi kambing yang hardy dan low cost.

Aku pernah terjumpa blog mat saleh mana ntah, lupa dah. They take pride on being the only/biggest free ranging dairy goat owner and milk producer in the UK. Maybe faktor parasit tak sehebat kita. Tapi it is not impossible. It could be done. Last note, kambing saanen aku masih lagi dalam keadaan dan bentuk yang lebih bulat dari yang ada dalam kandang asal Tuan dia yang aku beli dulu. Memang dah lumrah kambing kena turun meragut.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.





Tuesday, 29 October 2013

100th Milestone

I started goat farming approximately somewhere in June 2012. I put June 1st 2012 as the official date that I started farming. So, it has been, more or less, 16 months ago. I started with 30 goats to be exact. Some of them died along the way due to bad health condition. Others thrive. During my first year. I had 48 kids with a kidding rate of 1.6. It wasn't an impressive figure to be honest.  But for a small time breeder who just started out with almost zero knowledge, it is somewhat commendable. Hey, I need the morale boost here to keep me going. It is not easy what I am doing here, folks.

So, today with the birth of a set of twin billies, I have arrived at the 100th milestone. I have told myself that I would accomplish this task of reaching 100 heads of goat population in 1 and half year's time. Looks like I am 2 months ahead of schedule. So that's good. This makes reaching the magic number of 100 is something to be celebrated. Or at least I am trying to convince and reason with myself to splurge on some good comforting food. Everybody loves to eat and so do I. Maybe I'll take my family out for a nice dinner just to celebrate the occasion.

I also heard from other breeders that once you get to the 100th milestone, things will start to get more challenging than ever. Proper planning will become almost a second nature to you. Expansion of the barn is inevitable. You will have less time lying on your back. Record keeping will no longer become a fun thing to do. Things will get chaotic. That's like almost a sure promise.

Well, all I can say is that, each one of the above is true. But I don't give a crap about it. I love challenges, I love doing things the hard way. I believe in hard work. I believe in persistence. Go it through, plow, bulldoze, ram the brickwall. I find the fun factor in doing hard physical job. But no, not working out in the gym. It is not even on my list of favorite things to do.

So, salute to the 100th billy and hopefully more to come.






Thursday, 24 October 2013

Record Breaking!!!



Name: Chocolate Chip Cookie Dough
Id. Tag #: 20020
Sex: Female
D.O.B.: N.A.
Breed: Katjang

Kidding interval : 5 months 26 days.




Bukan Kembung

Ada satu induk kat ladang in particular yang sentiasa menarik perhatian pelawat yang datang. Asalnya aku beli induk ini disebabkan murah (kriteria #1). Pastu dia dah ada history beranak twin. Tapi tubuhnya renek. Umurnya kalau ikut dentition dah lebih kurang 4 atau 5 tahun. Libido ok, appetite ok, coat, hooves, teats and udder semuanya ok. Tak ok juga sebenarnya. Ada sikit imbalance. Tapi untuk purpose susukan anak dah dikira ok.

Tapi perutnya ya amat besar. Dalam gambar dibawah ni dia dah dalam later stage bunting. Ikut record akan kidding dalam bulan 10 ni jugak. Cuma perutnya tu memang dari dulu lagi dah besar macam ni. Beranak satu hari terus kembang balik macam dah bunting balik. Bukan bloat, overfed maybe. Tapi tak pernah dia sakit akibat kejadian perut yang sangat besar macam tong ni. Memang dah lagu tu barangkali.




Friday, 18 October 2013

Penyakit Puru

Sebagai penternak yang baru dalam bidang ini, aku juga tak dapat nak elak daripada menghadapi masalah penyakit puru. Tambahan pula kambing-kambing yang dibela berasal dari pelbagai daerah dan latar belakang. Jadi boleh dikatakan kandang aku ni dah jadi satu melting pot untuk cocktail bagi semua penyakit, kecuali FMD. Antara penyakit yang selalu ada ialah puru atau bahasa orang putihnya contagious ecthyma.

Ya,memang runsing aku dengan penyakit ni. Tapi tu masa mula-mula menternak dulu la. Tapi bila dah menghadap penyakit ni day in day out. Runsing tu dah hilang. Semua yang dipelajari dari brader JPV memang tak boleh pakai. Anti-mioline?buat habih duit je. Anti biotic? Boleh pakai, tapi later stage.

Dulu aku sibuk asingkan anak kambing yang dijangkiti puru, perah susu ibu kambing, bottle feed anak kambing, disinfect kandang etc. Huuiii..banyak betul kerja..

Sekarang dah jadi malas. Aku biarkan aje anak kambing bercampur..yang berpuru dan yang sihat. Lantak lah. Nak berjangkit ke apa ke. Kalau berjangkit lagi bagus. Paling kurang boleh develop immunity untuk 2 atau 3 tahun mendatang. Tapi yang pasti, anak kambing harus cukup susu dan kalau yang dah mula ruminate, pastikan diorang dapat sayur campur diorang dengan mencukupi.

Puru kat mulut tu biasa la..3 atau 4 minggu akan subside dan hilang terus. Aku letak juga la minyak baki gorengan, nak sedapkan hati, walaupun takde la nampak keberkesanan sangat. Tapi boleh lah. Mungkin effect dia lebih kepada ibu yang menyusu bila anak disapu dengan minyak gorengan di mulut,  diorang akan pergi menyusu dan minyak akan kena pada puting si ibu. Puting si ibu yang dah inflamed mungkin akan rasa soothed dengan minyak tersebut..eh..kalau macam tu baik letak krim terus kat puting si ibu, kan?

Bila dah sembuh puru di mulut, dan masih ada lagi kutil yang berbaki di badan, kaki dan sekitar bontot kambing, baru aku gunakan amoxycillin 15% LA. 3 atau 4 hari akan luruh semua kutil tadi. Dosage rujuk kat botol lah.

Kena tengok dan perhatikan juga anak kambing yang ada puru ni, takut-takut jadi maggot infection, tapi kalau kandang bersih, lalat pun takde, tak perlu risau risiko maggot infection ni. Kandang aku tak bersih, tak standard Tesco, ada lalat merata. Biarlah dia, makhluk Allah jua. Nak cari makan juga dia. Tapi kalau dah bertelur lalat tu, kena la buat rawatan, aku biasa guna ivermectin seperti dalam post yang lepas.

Aku juga akan kutis dan buang kutil puru tu. Ada orang siap buang dalam plastik bag, katanya kutil tu ada virus cinta puru, nanti kalau buang merata senang berjangkit balik. Sebabnya virus cinta puru ni boleh hidup bertahun lamanya. Ah, aku campak je atas lantai kandang, biarlah nak berjangkit pun, lagi bagus, boleh develop immunity (again).

Puru bukan lagi faktor penyumbang kerisauan nombor satu. Segala kerisauan patut ditumpukan kepada usaha membiak. Macam mana nak singkatkan interval, nak tingkatkan rate, nak tingkatkan ADG dsb.

Bagi aku..lagi kita intervene untuk cuba merawat puru ni lagi parah dan kacau bilau keadaan ladang akan jadi. Setakat ni dah 10 ekor anak kambing yang mati akibat puru (ye ke sebab puru?) atau mungkin sebab aku yang sibuk nak mengurus anak kambing yang affected sampai dah jadi unnatural hidup diorang, tu sebab mati.

Tapi selepas aku biarkan diorang sebagaimana yang aku buat kat atas tu. Alhamdulillah, tiada lagi anak kambing yang mati. I must be doing something right. Kan?



Friday, 4 October 2013

Mengatasi Ulat Berengga (maggots)

Harapnya tak ramai antara penternak yang mengalami masalah ulat berengga. Ulat berengga ini biasanya terjadi akibat dari secondary infection di tempat luka yang telah sedia ada. Luka yang dimaksudkan mungkin berpunca dari kecederaan fizikal, penyakit kurap, penyakit puru dan lain-lain.

Kambing aku ada yang mengalami kes puru yang sebenarnya tak berapa kronik, tapi disebabkan terlepas pandang, jangkitan ulat berengga terjadi pada kawasan luka akibat puru. Biasanya di kawasan mulut.

Pelbagai cara digunakan daripada, minyak tanah, diesel, spray anti maggot, garam+kunyit dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, cara paling berkesan ialah dengan menggunakan ivermectin. Bukan dengan cara suntikan, tapi dengan cara flush kawasan jangkitan ulat berengga dengan ivermectin. Tak banyak pun,  biasa 5cc (paling banyak-luka besar) dah cukup untuk membunuh semua ulat dalam masa 1 minit sahaja. Aku tak study pasal tindak balas ivermectin dengan sistem kelangsungan hidup ulat berengga ni. Tetapi, kaedah ini sangat efektif. Malah lebih efektif berbanding semburan anti maggot.

Aku pernah gunakan cara rawatan ini ke atas kambing dewasa dan anak berusia 2 bulan. Tiada kesan sampingan yang dapat aku perhatikan. Proses penyembuhan sangat memuaskan. Tak perlu lagi guna tweezer untuk korek ulat dari tempat persembunyian. Oh ya, semasa aplikasi kali pertama, kambing tak merasa sakit sangat sebab berengga ni dah keluarkan sejenis enzyme yang bertindak sebagai natural anesthetic. Tapi bila tuan-tuan nak buat dressing pada hari berikutnya bersedialah dengan kambing yang akan terpekik terlolong kesakitan sebab dah tak ada natural anesthetic tadi.

Aku discover kegunaan lain ivermectin ini secara accidental, semasa di Myanmar, sewaktu mencari lembu untuk dibawa balik ke Malaysia. Ada beberapa ekor lembu yang diserang berengga, kami tiada diesel atau minyak tanah masa tu, middle of nowhere. Yang ada cuma vitamin B-comp, ivermectin, dan ubat basic yang lain. Jadi kami improvised dengan ivermectin(yang paling beracun yang kami ada) dan hasilnya sangat memuaskan.

Aku tak jamin jika kambing tuan-tuan tertelan ivermectin ni semasa buat rawatan. Aku sebolehnya elakkan kejadian ini. Tapi untuk rawatan emergency, dengan sumber yang sedikit dan keputusan cepat, aku syorkan kaedah ini. Biasanya aku akan flush dengan air atau hydrogen peroxide selepas selang seminit aku flush dengan ivermectin. Masa tu lah mayat-mayat ulat berengga ni jatuh bergelimpangan. Harus diberitahu bahawa single application sudah memadai untuk membunuh semua berengga termasuk telur yang masih belum menetas.

Oh ya satu lagi kegunaan ivermectin adalah untuk menuba ikan. Aku pernah try dalam baldi. Memang A++ resultnya. Tapi aku tak pasti boleh makan atau tak ikannya. Seeloknya jangan cuba lah. Buat naya binatang je. Ni aku kongsi apa yang aku tau je.

Sunday, 8 September 2013

Proud Moment

Aku pasti pengalaman menjadi pembiak yang paling menyeronokkan adalah bila menyambut kelahiran anak kambing.

Menanti kelahiran sebegini menyebabkan perasaan yang bercampur-aduk. Ianya suatu pengalaman hebat yang sukar digambarkan. 

Semoga perasaan begini tidak akan pernah hilang.


Tuesday, 27 August 2013

Exercise dan Anak Kambing

First kidding season aku dah lepas. Performance was okay. Not excellent and not terrible. To consider that most of my does are first time mothers, the result achieved was somewhat admirable.

Dalam banyak menyambut kelahiran anak kambing, aku noticed one thing, anak kambing yang cergas dan independent biasanya akan perform better dari anak kambing yang terlalu dimanjakan oleh ibunya. The very first time I received a kid at my farm was quite an insightful experience. Aku yang baru-baru bela kambing ni memang excited lah sebab dapat anak kambing baru. Dan apa yang aku buat ialah jadi over protective terhadap anak kambing ni. Memang tak keluar kandang langsung. Duduk dengan ibunya sahaja. Sehinggalah masuk minggu kedua, anak kambing ni mula mengalami bengkak pada sendi kaki depan dan belakang. Mula-mula kaki depan dan belakang sebelah kanan. Lepas seminggu semua kaki dah jem. Terus tak boleh bangun atau berlari Anak kambing ni menyusu dengan baik sekali. Growth rate ok. Cuma kaki je yang problem. Aku try consult doktor JPV, katanya tak cukup colostrum. Ehem...ye ye aje doktor ni.

Masuk minggu ketiga,  anak kambing ini selamat kembali menemui Penciptanya. Sedih woo..jadi kidding yang lain aku ubah cara aku. Seawal umur seminggu aku telah keluarkan anak kambing supaya berjalan, lompat diluar pen ibunya. Yang kali ni, Alhamdulillah, tak ada yang sakit sendi, cergas betul, menyusu pun kuat. Cepat pulak membesar bila dah cukup exercise. Umur sebulan dah ikut mak dia pergi meragut. Sekitar kandang je lah. Dan itulah amalan yang dilakukan untuk setiap anak kambing sehingga ke hari ini. To toughen them up.

Satu perkara lagi aku perhatikan, anak kambing yang mendapat exercise secukupnya ini mempunyai immune system yang tinggi dan kemungkinan untuk sembuh dari penyakit pun cepat, terutama sakit puru.

So, I deduce that kids need the proper exercise. Do not refrain them from being normal goat kids by being too over protective, be it from its mother or us as the owner. Let them explore and discover their surroundings. They need it so very badly. It's the nature's-intended way for them to have as much space as possible to grow up and really be what they are, goat kids.

Sekadar gambar hiasan

Tuesday, 30 July 2013

About Saanen

Assalamulaikum w.b.t.

Fuh..dah lebih separuh Ramadhan kita berpuasa. Semoga energy untuk berpuasa, bertarawikh, bertadarus masih ditahap optimal. Semoga kesihatan juga ditahap yang sama.

It's been a while since my last entry. Not giving any excuses but I've been very busy with the chores around the farm. Persediaan untuk qurban season ni terpaksa dilakukan lebih awal kerana nak mengelakkan kenaikan harga ternakan yang dijangka naik mendadak selepas aidilfitri ini.

Jadi tindakan korporat yang diambil adalah dengan membawa masuk lembu yang masih kurus untuk di-fidlot dan dijual sebaik selepas hari raya nanti. Ok, enough of that.





Gambar diatas adalah sepasang Saanen yang ada di ladang aku. Saanen ini aku beli dari penternak kecil-kecilan yang membela Saanen di belakang rumah secara intensif. Kelahiran tempatan generasi pertama induk dari Australia. Kambing tak pernah turun kandang sejak dari lahir. Makan dan minum semua dihidang. Ketika aku bawa kedua-dua balik, memang manja habis. Kena layan macam anak raja. Tapi aku cepat-cepat sedarkan mereka bahawa mereka hanyalah 2 ekor kambing Saanen dan bukan anak raja. Tiada lagi makanan terhidang, dedak hanya segenggam sehari. Lain-lain kena cari makan sendiri. Lama jugak adjustment period yang dihadapi oleh sepasang kambing ini. Ikut rekod, 3 bulan setengah barulah pandai turun-naik kandang dan grazing secara betul. Banyak betul masalah yang dihadapi. Terutama diarrhea, boleh dikatakan setiap minggu salah satu mesti ada diarrhea.  Mostly sebab worm burden dan juga salah grazing. Main hentam je pokok yang ada sehingga daun kapal terbang pun makan. Sekarang kedua-dua berada didalam keadaan yang paling sihat yang pernah aku lihat. Pernah juga kambing ni mogok makan. Taknak pergi grazing sampai kurus. Sehingga aku terpaksa intervened bagi suntikan untuk boost appetite. Aku ingat diorang akan mogok sampai mati. Alhamdulillah semakin sihat. Yang betina produce susu dari first day sekitar 500ml. Sekarang setiap hari akan dapat 1.5 liter. Paling banyak ia produce sehingga 1.8 liter. Aku perasan satu perkara, kalau cuaca panas, yield susu akan bertambah. Kalau hari mendung, overcast, hujan, pengeluaran susu berkurangan. Ini menongkah arus dah ni.

Yang jantan pula, dari kurus kering, libido kurang. Terus jadi gagah perkasa. Tuan-tuan boleh rujuk gambar. Dah macam kambing gunung dah gayanya. Sekarang kalau ia in rut, habis semua betina kampung pun akan dipanjat. Kalau time mula-mula sampai kandang dulu, grazing 10 minit sekitar kandang, terus naik kandang balik. Tercungap-cungap, terjelir lidah macam anjing kepanasan. Kesian juga, sebab diorang tak tahan panas. Tapi sekarang they can and will go out with the rest of the katjang herd and fully utilize daily grazing session, up to 6 hours a day. Out in the hot sunny sun. I am so proud of them. They have finally adapted  to the harsh, semi-intensive lifestyle.

Jadi tuan-puan, jangan takut nak melepaskan kambing ke tanah. I know it comes with a whole lot of risk, but if we don't take the risk, we would never reap the benefit. In my case, I have successfully acclimatized these couple of Saanens to thrive in our tropical weather and I hope they will bear offsprings that are well suited to our climate.

Sunday, 7 July 2013

Patah Kaki II

Kambing yang patah kaki hari tu dah pun selamat melahirkan seekor anak betina. Sihat walafiat. Alhamdulillah. Pandai ia jaga anaknya. Not bad for a first time mother.

She's showing some good progress on her ailment. She's spending more time standing on her feet rather than just sitting down. She gets up to eat and drink and nurse her kid. So that's good. By now, I could safely say that she is safe from the blood thirsty killer knife.


Bila tengok gambar ni masa nak upload. Baru perasaan tag telinga dah tercabut. Koyak dah telinga si ibu. Esok kena pasang yang baru lah. Ok enough of good news. Now we go to the not so good news.

Hari ni masa punch card untuk mengembala sesi lepas lunch hour aku tengok ada satu ekor ibu dalam labor. Memang dah perasan induk ni nak beranak dari minggu lepas lagi. So aku tarik ia balik masuk kandang dan prepare apa yang patut. Apa yang patut maksud aku ialah tincture iodine untuk pusat anak kambing, kain lusuh untuk lap cairan dan kotoran yang keluar, surgical glove, syringe 50cc untuk menghisap keluar amniotic fluid dari hidung dan mulut anak dan sebaldi air. Oh ya aku standby satu syringe 20cc dengan campuran molasses, garam dan bikarbonat sebagai booster untuk instant energy supaya induk dapat recover strength untuk push anak keluar.

Selang 10 minit, air ketuban pecah dan terus nampak keluar hujung kaki depan dan hidung anak kambing. Si induk push dengan mudah dan keluarlah seekor anak kambing betina. Aku sambut dan lap badan dengan kain. Bahagian mulut dan hidung serta muka aku berikan kepada ibunya untuk stimulate. Selang beberapa saat, anak kambing ini menghirup udara buat pertama kali. Letak iodine kat pusat yang telah dipotong oleh ibunya sendiri. Aku suakan mukanya ke puting induk dan perah sedikit colostrum ke dalam mulut. Alhamdulillah response sangat bagus, terus menyusu dan tak berapa lama terus berdiri. Ini semua berlaku dalam tempoh 20 minit. I kept the time using my watch, just so that I that I could get a better timing on the whole kidding process. Selalu tak sempat nak rekod apa-apa sebab masuk kandang pagi-pagi dah ada anak kambing dengan ibu kambing.

Tapi aku masih lagi perasan induk ini gelisah. Memang betul, induk ini nak melahirkan seekor anak lagi. Kalau ikutkan history, first kidding about 8 months and 9 days ago, induk ini telah melahirkan sepasang anak. Aku tak menolak kemungkinan untuk dapat twins lagi this time. Tapi kali ini agak susah, aku lihat induk ini dalam kesakitan yang amat, teran-teran tak keluar jugak, hanya sikit je benjolan yang keluar, aku pun tak pasti sama ada ape benda yang nak keluar tu. Dah agak lama sehingga bulu anak yang first pun dah kering, belum dapat keluar lagi yang second. 

On my initial inspection, I noticed that the kid inside was in a breach position, kaki belakang keluar dulu. I decided I had to go in, put on my glove and in I went. Tarik sambil berselang dengan induk yang meneran, aku berjaya keluarkan anak kambing yang kedua, jantan. Tapi tubuhya terlalu lemah, mata hanya terbuka sedikit dan anak mata tidak terkesan dengan cahaya yang terang. Aku tunggang-terbalikkan anak kambing dan sedut hidung dan mulut guna syringe 50cc, palpate ribcage, lurut tekak, korek mulut, hayun ke atas dan ke bawah tapi tiada response langsung. He's a goner. Aku beri induk jilat as a farewell gesture and put him in a sack for burial. Sedih jugak sebab dalam 5 kelahiran sejak awal Julai 2013, this is the only male kid. Lain semua betina. I did my best in my capacity, but still couldn't save the poor kid. Terlalu lama ia di dalam ibunya. Takpelah, at least I did save the mother, kalau ia beranak seekor diri tengah-tengah malam, mau mati sebab anak tersepit tak dapat keluar. Hopefully, anak yang satu ni akan membesar dengan sihat.








Wednesday, 3 July 2013

Zakat

Ini mungkin entry yang pendek kerana update hanya pakai handphone.

4 hingga 5 kali sepanjang aku datang ke KL aku menaiki teksi yang dipandu oleh saudara baru atau muallaf. Setiap kali jugalah aku merasakan perasaan yang amat malu..malu yang teramat sangat menjadi orang Islam di Malaysia ini.

Sebabnya saudara baru yang aku jumpa seramai 4 atau 5 orang ni sering bertanyakan hukum zakat dan pengagihannya. Zakat dibahagikan kepada dua. Yang pertama wajib dibayar ialah zakat firah dan yang kedua adalah zakat harta. Sebagai penternak, kita bertanggungjawab mengeluarkan zakat ternakan, iaitu sebahagian dari zakat harta sekiranya cukup haul dan nisabnya. Penerima pula tidak lain dan tidak bukan adalah asnaf yang 8.

Sangat mudah bagi memberi jawapan kepada soalan yang ditanyakan itu. Walaubagaimanapun, aku masih merasa malu kerana 4 atau 5 orang saudara baru ini tidak pernah menerima zakat dari PPZ. Salah seorang dari mereka tidak pernah menerima apa-apa bantuan selama 21 tahun menjadi seorang Islam. Ini yang buat aku sangat-sangat malu. Tiada jalan penyelesaian, aku hulurkan namecard aku dan aku berpesan sekiranya beliau sampai ke Kelantan, jangan lupa untuk hubungi aku kerana aku ingin cuba untuk melunaskan apa yang PPZ terhutang dengannya.

Dengan kutipan zakat tahunan sehingga beratus juta, masih ada lagi golongan yang tidak pernah menerima zakat walaupun sudah berpuluh tahun menjadi seorang Islam. Malu. Malu yang amat.

Personally,  I demand that PPZ not only announce the amount of money that they successfully accumulate from zakat payers every year but also make available the information on how they spend the money. How much is given to the 8 asnaf. How much is used for operation expenses and what not. I demand for more transparency.

In the meantime, I ask my fellow goat breeder friends, please pay your zakat. Find new converts, welcome them into Islam, help them with the kindness that Islam teaches us about. There's nothing wrong with giving alms to the same person more than once. We ought to help them until they're able to stand on their own. Make them feel welcome.

~Tak pendek jugak entry ni

Monday, 1 July 2013

Plaster of Paris

Hari ni aku pegi satu construction site tempat kawan buat kerja. Nasib baik ada buat plastering kat site. Aku minta sikit dengan dia. Bukan kedekut. Tapi nak pakai sikit je. Tak baloi kalau nak beli. Hehehe.

Aku buka belat yang aku buatkan semalam. Nampak bengkak dah surut sedikit. Jadi aku bersihkan lagi sedikit luka yang ada. Terus minta adik aku pegang untuk stabilkan kambing tu dan mulakan kerja simen kaki kambing ni.

Ia macam faham yang aku ni nak tolong dia. Takde nak mengelak sangat. Tahan je. Kadang-kadang je bergerak mungkin sebab tak selesa. Bancuh plaster of paris dengan air. Basahkan bandage, balut kat kaki sambil apply plaster. Aku agak dan tebal dalam suku inci kira okay lah. Oh ya aku balut dengan kapas dahulu sebagai base. Kemudian baru buat semua tadi. Bagi sebiji lagi aspirin. Letak dedak, rumput dan air. Nampak semuanya okay. Siap bangun berdiri lagi. Tanda-tanda nak melahirkan anak belum nampak lagi.

Mungkin akan bagi suntikan NSAID macam prof alwi cakap. Dah ada dalam inventory, tapi untuk kambing bunting aku jadi paranoid sikit. Takut-takut. Sebabnya tak cukup ilmu di dada. Masih belum yakin dengan pengetahuan sendiri.


Sunday, 30 June 2013

Patah Kaki

Pagi ini bila aku masuk kandang nak check kambing aku tengok seekor induk duduk bersimpuh tak nak bangun. Bila dekat sikit baru aku perasan yang kaki belakangnya telah patah. Atas sikit buku lali. Patah terus, bukan retak atau patah separuh. Tempat patah tu pun dah membengkak. Aku rasa agak lama juga dah ia mengalami kecederaan. Kecederaan ini berpunca dari ruang lantai yang agak besar. Sepatutnya tak ada masalah. Mungkin dah nasib. Sebab sebelum ni tak pernah berlaku. Ini kali yang pertama. Salah satu tanduknya juga patah. Mungkin dari struggle nak melepaskan dirinya.


Aku terus keluar pergi ke kedai beli apa yang patut. Apa yang patut maksud aku ialah lengkuas, halia dan kunyit. Ini petua orang lama. Kalau ikut modern method sepatutnya aku cast saja kaki kambing tu. Tapi aku tak dapat beli plaster of Paris. Hari ni cuti sebab Kelantan menang bola. Satu cuti yang tak patut aku rasa. Reduced productivity.




Aku cincang ketiga-tiga bahan tadi. Takde blender dan lesung. Kemudian aku baringkan kambing tu dan cuba pulas kakinya yang terkehel kembali ke kedudukan asal. Aku gunakan kayu yang doktor guna untuk jolok tekak kita masa kita demam tu sebagai support/splint. Tampal plaster untuk mengekalkan kedudukan kayu supaya ianya betul-betul straight. Letak bahan yang tiga tadi tu dan balut guna bandage. Agak dah kemas. Aku bagi sebiji aspirin 100mg untuk hilangkan kesakitan. Aku taktau sama ada ianya berkesan. Tapi aku sanggup lakukan apa sahaja supaya kambing itu mendapat sedikit keselesaan. Aku ingat nak suntik penicillin.  Tapi kambing dalan keadaan bunting lewat. Takut pula affect anak dalam kandungan. Aku kena refer balik kat google tentang penggunaan bahan tadi.



Mungkin esok aku akan dapatkan plaster dan simen kaki kambing tu. Kalau ia tak bunting. Aku memang sembelih dah. Kambing ni pun dah dalam tempoh bunting lewat dan akan melahirkan anak tak lama lagi. Aku masih nak cuba selamatkan kandungannya. Mungkin kalau ia melahirkan anak dalam masa terdekat aku akan sembelih juga setelah anaknya mendapat susu awal. Kesian ianya mengalami sakit yang sangat.

Untuk masa sekarang, aku bagi sedikit dedak dan rumput segar. Letak ia dalam petak berasingan dan bagi sedikit anti stress. Harap esok lebih baik.

Monday, 24 June 2013

Apa Benda Merepek

2-3 hari ini banyak artikel dalam surat khabar bercerita tentang kelesuan industri ruminan daging kambing dan tenusu negara. Semuanya berkisarkan kekurangan SSL negara dalam membekalkan hasil tani tersebut kepada rakyat.

Bagi aku senang saja perkara ini. JPV dan MOA selaku badan yang meluluskan permit import daging dari negara luar perlu memikirkan satu mekanisme bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import. Aku melihat Indonesia dan Thailand sebagai contoh yang terbaik. Kedua-dua negara mengenakan sekatan ke atas daging dari luar negara, kecuali high end products untuk niche market yang mana mereka tak boleh nak produce dengan kualiti yang sama.

Indonesia berjaya mengurangkan eksport dari 500,000 ekor lembu setahun kepada 150,000 lembu ekor setahun. Malah Santori sudahpun memasuki fasa kedua dalam program pembiakan di mana mereka sekarang menjual anak lembu hasil pembiakan kepada negara China untuk program pembiakan di sana.

Sama halnya juga dengan produk tenusu, aku pernah ke Thailand dan pergi ke pasaraya di sana. Hampir keseluruhan produk tenusu diasaskan di dalam negara. Dan pengecualian sekali lagi hanya diberi kepada niche products yang tidak dapat dihasilkan oleh mereka.

Jadi kunci disini adalah mengurangkan atau menghentikan import supaya pengusaha mendapat insentif dari segi ekonomi. Malas dah aku nak cerita panjang-panjang. Cerita panjang-panjang pun tak guna , bukan ada pihak yang nak dengar pun. Sebab kekurangan macam inilah yang menjadi lubuk duit bagi sesetengah pihak kerana apabila ada kekurangan ternakan kerajaan akan terus melaksanakan projek mega bagi memperkasakan kembali industri. Dan setiap kali projek sebegini dilaksanakan,kita semua tahu  apa kesudahannya. Hanya pihak yang membekalkan ternakan yang buat untung. Cukup.


Bloat atau Kembung


Kambing aku jarang sangat mengalami masalah kembung, pernah ada hanya dua kali selama aku menternak ni. Senang je nak tahu bila kambing ni kembung. Biasanya ia akan menyendiri dan menjauhi kawanannya, kurang responsif terhadap persekitarannya, kurang selera makan, perut atau abdomen sebelah kiri yang kembung dan juga mulut berbuih, okay, mulut berbuih ni jarang-jarang berlaku, tapi kalau kronik sangat akan berlaku.

Banyak cara yang diamalkan oleh penternak untuk menyelesaikan masalah kembung ni, ada yang pakai minyak masak, ada yang pakai Bikarbonat, ada yang pakai minyak tanah untuk urut, ada yang sumbat paip getah ke dalam mulut kambing dan ada juga yang pakai alat penebuk atau trokar. Kesemua kaedah yang disebut adalah berkesan untuk memulihkan kambing yang kembung. No arguments there. Tapi cara yang aku guna adalah derivative daripada penggunaan trokar.

Penggunaan minyak masak, bikarbonat yang di suap terus ke dalam mulut kambing mungkin akan menyebabkan perut kambing jadi upset dan menganggu koloni bakteria baik yang hidup di dalam rumen kambing. Dengan ketiadaan bakteria baik ini akan menyebabkan penyakit lain pulak yang datang seperti diarrhea dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga risiko dimana owner kambing tersalah memberi minum minyak masak dan bikarbonat menyebabkan bahan tadi memasuki saluran pernafasan instead of ruang rumen. Minyak tanah juga mungkin akan menyebabkan keracunan kepada kambing jika ianya menjilat kesan minyak tanah  tersebut. Mungkin ada risiko terbakar juga kalau owner seorang perokok. Tapi yang ini kena panggil aku, aku pun nak makan kambing bakar. Hahaha. Penggunaan getah paip pula, walaupun agak berkesan datang dengan risiko yang tersendiri. Sekiranya owner kambing tidak berpengalaman seperti aku, menyumbat paip getah ke dalam mulut kambing sehingga ke ruang rumennya adalah satu tugas yang sangat merbahaya kerana dengan cara yang salah owner kambing mungkin akan menyebabkan luka di bahagian esofagus kambing dan juga dinding usus kambing. Lebih teruk lagi jika owner tersalah sumbat paip getah memasuki saluran pernafasan kambing. Yang ini lagi haru.

Trokar sedia ada dijual biasanya agak besar untuk anak kambing dan kambing dewasa bersaiz kecil. Kecederaan yang dialami dari penggunaan trokar juga agak substantial kerana lubang yang dihasilkan adalah agak besar dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sembuh. Kecuaian owner di dalam memastikan kebersihan trokar juga mungkin akan menyebabkan infection terhadap kambing. Jadi, cara yang paling mudah, senang dan cepat yang aku gunakan adalah dengan menggunakan jarum pakai buang 16G dan ke bawah (lebih besar) sepanjang 1 setengah inci atau 2 inci. Jarum pakai buang ini datang di dalam keadaan yang sterilized. Contamination factor, out of its packaging, is almost zero. Saiz jarum yang pelbagai juga akan memudahkan owner untuk memilih jarum bersaiz apa yang paling sesuai untuk kambing yang mengalami sakit kembung. Peratusan infection untuk berlaku rendah kerana kesan luka dari jarum yang sangat minima. Tempoh masa yag diambil untuk kambing sembuh sepenuhnya juga biasanya hanya satu hari, seperti


juga suntikan yang lain. Penggunaan jarum sebagai trokar juga boleh dilakukan sehingga 2 atau 3 kali kerana kesan luka yang dihasilkan adalah kecil. Kambing biasanya tidak bertindak balas dengan agresif kerana kesakitan yang minimum. Hanya satu drawback penggunaan jarum ini, iaitu kita perlu menekan atau mengurut perut kambing untuk mengeluarkan gas yang terperangkap melalui lubang jarum yang kecil ini dan ini mungkin mengambil sedikit masa. Cuma peringatan untuk penggunaan jarum ini, sebaiknya sapukan
larutan iodine pada kawasan yang akan ditebuk untuk memastikan sebarang infection tidak berlaku.

Rujuk gambar di bawah untuk bahagian yang sesuai ditebuk dengan jarum, perhatikan abdomen sebelah kiri kambing dan ruang segitiga yang dilakar. Tebukan boleh dilakukan di dalam kawasan segitiga ini. Cuma perlu ingat hanya tebuk pada sebelah kiri perut kambing, jangan sekali-kali
tebuk dibahagian kanan. Jarum yang telah digunakan juga hendaklah dibuang dengan cara yang betul.


Friday, 21 June 2013

Sesi Gembala Lembu




Selain dari mengembala kambing, aku juga suka mengembala lembu. Ini adalah lebihan lembu dari keseluruhan 9 tahun operasi kandang kami. Terdapat 112 ekor buat masa sekarang. Lebihan lembu bermaksud lembu yang kami bawa masuk dari Thailand tetapi tidak dapat dijual kerana cedera, sakit, cacat dan sebagainya. Setelah melalui rawatan, lembu ini kembali normal dan membiak. Ada juga beberapa ekor lembu yang buta kerana tidak diberikan secukupnya susu awal oleh ibu mereka. Lembu ni hidupnya cuma dengan meragut. Kebanyakan baka dari Brahman Thai, Charolais, Thai Black, Angus, Brangus, Draughtmaster, Jersey, Holstein, Myanmar Zebu dan juga K-K. Senang cakap lembu company la. Anak-anak dari lembu ni ada yang dibuat bayar zakat, korban, diberi percuma untuk kenduri sedara-mara, bonus kakitangan, sembelih untuk dibahagikan daging dan lain-lain. Senang cakap lembu untuk welfare la.

Bulan lepas sahaja ada 8 kelahiran. Alhamdulillah semuanya hidup sihat. Rutin harian lembu ni pukul 8am dah bergerak ke pasture. Sampai la pukul 7pm baru balik ke kandang. Kadang-kadang je aku gembala lembu ni. Kalau takde kerja sangat. Sebab gembala lembu ni boring sikit. Kurang aksi mereka berbanding kambing. Takde kelincahan melompat atas busut anai-anai, memanjat pokok,  melompat lincah. Lembu dia makan sahaja, menunduk tawadduk menghadap rumput. Pergerakan pun kurang. Kalau dah panas sangat ia mula mencari tempat berteduh, especially baka-baka tenusu.

Apa-apa pun, gembala kambing lebih interesting dan memenatkan. Aku lagi suka yang tu. Hari ni kat kandang kambing tidak eventful sangat. Aku rawat mana yang patut sahaja. Bagi makan sedikit. Bagi susu pada anak yang kematian ibu dan terus lepaskan mereka ke padang.

Thursday, 20 June 2013

Misi Menyelamat

Petang tadi masa nak halau semua kambing masuk kandang tiba-tiba ada seekor kambing sedang struggle. Rupanya dah tenggelam separuh badan dalan kolam najis. Terlalu fokus dengan aktiviti meragut sehingga tak sedar ia sudah berada dalam situasi bahaya. Rumput sedap sangat kot. Memang rumput kat situ segar-segar pun. Hijaunya lain macam walaupun cuaca sangat panas kebelakangan ini. Itu yang buatkan ianya irresistible buat kambing-kambing aku.

Aku nekad tak akan biarkan kambing ni terus tenggelam dalam kolam najis. Kolam najis ini ibarat pasir jerlus/quicksand macam dalam cerita Indiana Jones tu. Lagi kita bergerak sebab panik, lagi ke bawah kita jatuh. Samalah halnya dengan kambing ni. Bila saja ia melihat rakan yang lain berlari-lari nak naik kandang sedangkan dia pulak terlekat dalam bubur najis yang pekat tu, bertambahlah panik. Lagi cepatlah ia tenggelam.

Cepat-cepat aku pergi ke stor peralatan, ambil satu kayu panjang dan satu tali. Kembali ke kolam najis bukak baju dan seluar terus berjalan di atas rumput tebal di dalam kolam. Tak sangka rumput ini mampu menahan berat badan unggul aku ini. Unggul laa sangat kan..kambing dah bertempik dari tadi lagi. Aku tak boleh nak rapat lagi dah sebab kaki dah makin tenggelam. Kolam tu dah la dalam. Aku ingat lagi masa gali dulu, satu excavator gali sebanyak satu level. Selesai satu level, excavator masuk ke dalam kolam yang baru digali tu dan gali satu level lagi dari dalam kolam. Dalam tu woo..

Apa-apa pun aku berjaya lasso kepala kambing dengan menggunakan tali dan kayu yang aku bawa. Terus tarik tanpa belas kasihan. Melayang kambing tu keluar dari kolam najis. Alhamdulillah, selamat. Aku pun dapat keluar dengan selamat.

Tapi dia punya panik si kambing ni sekejap je. Terus dia lari ke atas kandang, siap gi masuk stor curi dedak lagi (aku lupa tutup pintu stor masa ambil tali dengan kayu sebab panik sangat). Cilakak punya kambing. Hehehe.

Aku happy sangat sebab dapat selamatkan satu nyawa. Walaupun hanya nyawa seekor kambing. Sorry takde gambar sebab panik dan penat.

Tuesday, 11 June 2013

Been away for a few days

Not that I got lazy or anything..but I was away for a few days, in Thailand to be exact.  Today we received the first shipment of cattle for Qurban purpose. 110 heads altogether. Few hundred more might be coming in within this few weeks up until the start of Ramadhan. I'm trying my best to keep the farm afloat and busy with activity.

Bila dah lama sangat tinggal ladang, rasa rindu kat kambing memang ada. Yelah, few pregnant does that are about to give birth anytime soon. Rosak program mengembala. Treatment untuk kambing yang sakit pun dah lari jadual. Susu pun dah berapa hari tak perah. But then again, a man's gotta do a what a man's gotta do. Time raya korban la nak cari duit lebih sikit. Orang kata kerja sekali makan setahun.

Esok dah janji dengan diri sendiri nak inject kambing induk yang anemic. Maybe bagi double injection iron dengan B12 untuk tambah selera. Bebanan cacing dah tak nampak sangat. Bulu dah cantik, selera makan dah bertambah. InsyaAllah akan selamat. Seekor je pun. Tapi asset juga walaupun seekor.

Berbalik kepada Thailand,  kandang yang aku dengan adik aku pergi ni kira dekat je, dalam 5 jam perjalanan. Nama tempat Ratthapum. 30km dari Hatyai. Best jugak kandang ni sebab banyak binatang ada kat dalam. Ayam, biri-biri, rusa, kerbau Murrah dan Cherokee (bahasa Thai) atau buaya.

Maybe trip yang ke depan ni aku hantar adik aku seorang je pegi. Banyak kerja kat ladang ni. Biar la dia, belum kahwin lagi. Lepas tu dia speaking Thai lagi terer dari aku. Tapi aku lagi terer speaking Myanmar dari dia..hahaha. Lagipun dia lagi pandai pilih lembu dari aku. Satu Thailand dia dah travel. Season korban lepas dia pegi sana selama 21 hari. 8000km distance traveled.  Driving.  Perghh..tak larat aku. He's seen more of Thailand than the Thai natives I presume.

Koloni kambing macam biasa sihat walafiat. Alhamdulillah.  Cuaca sekarang amat panas. Tapi ribut petir sebelah petang. So waktu lepas meragut kena awal sikit lah. Kambing pun dah pandai untuk maximize waktu meragut. Balik kandang semua perut boyot-boyot. Ngeri jugak tengok. I need to do an observation on the kidding rate of the does where the body weight of the does are above normal to obese. Kalau lembu susu, too fat is not a good thing. Hard to conceive. But I don't know if it is the same with domestic goats. Kalau induk Prof Alwi nampak dalam gambar slim-melim, athletic with excellent kidding rate (for me at least). Mungkin the abundance of Napier, rumput bulu, rumput sarang burung tempua (aku taktau nama), pokok petai belalang, pokok senduduk and few other vegetation that make them really fat. Aku tak bagi dedak pun, tapi memang kambing ni meragut tak ingat dunia. Makan sampai nak pecah perut, sebab malam dah takde dedak. Hanya air sahaja dan salt lick.

Few pictures from my trip. Aku suka dengan biri-biri tu. Comel. Tapi hati jahat/kejam aku buat fikiran aku imagine macam mana kalau aku campak biri-biri tu dalam kolam buaya. Mahu tuan dia campak aku pulak dalam kolam tu. Semua sekali ada 15 ekor. Yang paling besar kat bawah ni goes on sale for Baht 40,000 lebih kurang RM4000 la. Tapi aku rasa dia bela buaya bukan nak jual la. Aku rasa dia bela ni kalau ada any customers yang tak bayar hutang lembu, I think you know what the owner will do to those people. Hehehe.


 Ini biri-biri aku taktau baka apa. Siamese Long Tail kot.



 Lembu kat dalam kandang

Border crossing dengan feri.


Saturday, 1 June 2013

Cukup Setahun

Alhamdulillah. Hari ni 1 hb. Jun 2013, genaplah setahun aku jadi penternak kambing. Pelbagai kisah aku lalui sepanjang setahun ni. Kadar kematian anak kambing yang tinggi ada jugak kadang-kadang buat aku patah hati dan bersedih. Tapi bila minum susu kambing terus jadi happy. Ada euphoric effect juga ke susu kambing ni?

Kidding rate aku stays the same at 1.6, ada 6 ekor dara yang sedang sarat bunting sedang dalam pemerhatian nak melahirkan anak. But they have past the threshold. Paling awal aku rasa dalam dua minggu lagi. Aku tak expect twin birth sebab semuanya dara dan nampak gaya tubuh badan pun kecil.

Sebagaimana dalam post sebelum ini, kambing-kambing yang ada di ladang semuanya datang dari pelbagai kawasan dan dalam pelbagai keadaan semasa ketibaan di kandang. Ada yang sehat, ada yang kecacingan, ada yang berkutu, ada yang tak pandai meragut, ada yang anemic, ada yang bunting dan lain-lain lagi. Satu cabaran juga bila berhadapan dengan keadaan macam ni. Padan muka aku, siapa suruh beli kambing borong.

Yang paling seronok bila dapat anak. Paling tak seronok bila ada kematian dan tambah lagi bila aku tak dapat buat apa-apa sebelum kematian berlaku i.e. rawatan, prevention dan sebagainya. Ya, masalah ular sawa masih belum selesai lagi.

Cuaca hari ni sangat redup, seronok tengok kandang kosong, semua kambing dengan anak-anak sekali turun meragut. Suka betul kambing-kambing ni. Siap guling-guling, lompat-lompat bagai. Harapnya esok pun cuaca macam hari ni. Gambar kat bawah ni group terbaru yang masuk ladang aku, tak berapa nak kenal dengan kambing lama. Meragut sama-sama mereka



Tadi masa keluar ke pekan,  aku tengok ramai orang kahwin, tak cukup jari kaki tangan nak kira. Jalan jem teruk. Nanti tunggu lah lagi 9 - 12 bulan. Hospital pulak jem. Ok time tu memang market kambing akan melambung naik. Wahaha..capitalizing on  breeding factors of others..hahaha..macam apa daa..

Step seterusnya untuk kemajuan kambing ni aku ingat nak incorporate darah boer. Am gonna try out as what other breeders do. Aku dah ada sekor induk boer, adik aku punya. Dia beli sepasang dulu, tapi yang jantan hilang entah ke mana. Aku suspect jatuh dalam kolam najis masa meragut. Adik aku rasa kena baham dengan ular. Whatever it is, boer jantan tu agak slow,  I dont think he'd make a good sire anyways. Jadi target aku nak dapatkan seekor pejantan boer, tak kisahlah gred apa pun, janji ada darah boer. Adat penternak kecil-kecilan, macam ni lah.

Hari ni jugak pejantan primer aku kembali ke dalam rut. Habis induk dia kejar. Habis induk dia kerjakan. Harap-harap by October or November akan dapat sambut anak-anak kambing lagi lah. Tapi time tu hujan, kidding dalam musim hujan bukanlah favorite aku sangat sebab banyak masalah nak kena hadapi.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah setahun yang amat bermakna untuk diri aku..

Adios..


Friday, 31 May 2013

XXL XL L M S XS

Makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang kita panggil kambing ni wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Perkara ini sahaja menunjukkan ilmu penciptaan Allah s.w.t. yang tidak terbatas dalam mempelbagaikan satu spesis.

Aku tak tahu banyak baka kambing, yang aku tahu yang ada kat Malaysia dan adalah beberapa spesis yang hanya pernah tengok gambar melalui internet dan TV. Kambing yang biasa dibela di Malaysia pula ada la aku ingat dalam 6 atau 7 varieties. Pelbagai saiz jugak, dari yang sebesar lembu sehingga sebesar kucing (sebab inbreeding).

Sebagai pembiak/penternak, sebolehnya aku nak pelbagaikan saiz kambing yang ada diladang.  Biar senua saiz ada XXL, XL, L, M , S, XS dan seterusnya. Mesti meriah suasana kat ladang. Sebab utama aku nak pelbagaikan saiz kambing ini kerana aku mahu cuba sebolehnya untuk penuhi permintaan pelanggan yang berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Cuba bayangkan tuan-tuan sebagai operator sebuah warung/kedai kopi. Kita tak boleh nak hidang Milo Ais je. Mesti kena ada menu yang sarat dengan pelbagai minuman. Teh O Ais, Horlicks, Sirap, Asam Boi, Kopi, Air Berkabonat, Nescafe, Tongkat Ali even ais kosong pun kena hidang jugak. Kita harus ingat bahawa tak semua yang datang ke kedai kita mempunyai kemampuan nak beli air yang mahal-mahal je, kan? Begitu jugalah halnya dengan pelanggan yang datang ke kandang kita tuan-tuan. Dari analogi inilah aku nak pelbagaikan menu diladang aku ni. Kita tahu, semua orang nak makan kambing, tapi tak semua orang boleh bayar RM600-RM700 untuk seekor kambing. Ada orang yang budgetnya mungkin dalam lingkungan RM400-RM500 untuk seekor kambing. Jadi kalau takde kambing yang 'berik' atau kecil ini, pelanggan berpotensi mungkin tidak dapat menunaikan hajat nak beli kambing dan hilanglah peluang urusniaga. Jadi ada insentifnya juga menyimpan anak-anak kambing yang underperform ni.

Satu lagi kelebihan mempunyai kambing pelbagai saiz ni bila mana ada pelanggan yang nak menunaikan aqiqah untuk anak lelaki. Diorang nak pakai 2 ekor kambing tapi dengan budget yang limited. Dengan adanya kepelbagaian produk di ladang aku, aku dapat memenuhi permintaan mereka dengan menggabungkan seekor kambing yang besar dan seekor lagi yang kecil dengan satu harga yang menarik. Harga kedua-dua kambing ini berlainan tetapi masih di dalam lingkungan budget pembeli tadi.

Dari segi kos pembangungan untuk seekor kambing, aku belum lagi menghadapi masalah kerana ladang aku secara prinsipnya mengamalkan sistem semi-intensif. Tambahan pula sejak 3 bulan yang lalu dengan kurniaan-Nya, cuaca panas terik, matahari terbenam lewat maka kambing-kambing aku dibiarkan meragut sebarapa banyak dan seberapa lama yang boleh. Biasanya kambing-kambing aku pulang dengan perut macam tong dram sekor-sekor. Alhamdulillah. Sebelum mausk kandang minum kat kolah dulu. Bila dah kat dalam kandang, semua terus duduk keletihan dan kekenyangan. Kambing-kambing semua buat tempoh sekarang tak diberi makan dedak langsung kecuali jika hari hujan. Buat masa ni, seminggu pun tak habis seguni 25kg. Jadi kos untuk menternak hanya pada kudrat pengembala, air minuman serta pembersihan kandang. Aku tahu weight gain kambing-kambing agak slow sikit sebab kurangnya sumber protein yang tinggi dalam diet mereka, tapi I am not in a hurry. Asalkan kambing-kambing sihat dan ceria, aku pun turut sama sihat dan ceria. Kalau nak gemukkan rasanya InsyaAllah boleh buat dalam masa 1 bulan. Atau 1 bulan setengah paling lama. Ini pun aku dah cuba dengan menggunakan secret feed mix yang aku guna semasa fidlot lembu dulu tetapi of course lah sudah disesuaikan untuk kegunaan kambing. But then again, it all depends on the animals. Kalau trait bagus, cepatlah naik berat badannya. Itu dari pengalaman aku lah.

Jadi tuan-tuan, harap janganlah cull atau buang atau lupus anak-anak kambing yang kita rasa tak boleh perform sebab kecil sangat atau langsung tak ada harapan. Simpan lah mereka. Didik dan asuh mereka supaya menjadi kawanan kambing yang boleh memberi pulangan kepada kita.

Wednesday, 29 May 2013

DIY Goat Milker

Assalamualaikum...

Entry kali ini bertujuan nak bagi simple instruction macam mana nak convert pam basikal kepada vacuum pump supaya boleh digunakan untuk memerah susu kambing kita semua.

Bahan atau alat yang diperlukan ialah sebuah pam basikal. Model lama yang old school lagi bagus sebab aku tak sure pam model baru ni boleh convert atau tak. High pressure hose sepanjang satu meter. Inner diameter at 1/2 inch. Hos dapur gas pun boleh. Saje nak kasi bunyi fancy sikit. Satu check valve. Check valve ni lah benda yang paking mahal aku rasa. Aku beli dalam RM15.00 sebiji. Stainless steel. Check valve ni fungsi dia untuk menjadikan pergerakan bendalir sehala. Try cari kat kedai spare part kereta atau traktor atau kedai hardware. Kalau ada yang plastik lagi bagus. Beberapa klip hos dapur gas. Sebiji balang kaca dengan penutup plastik kedap udara. Saiz balang bergantung kepada tuan-tuan. Besar sangat pun tak guna jugak sebab lambat nak create vacuum nanti. Satu valve tiub motor. Syringe 20cc. Cari yang belum karat la sebolehnya. Hos udara untuk aquarium lebih kurang 1 meter panjang. Connector 1 to 1 untuk hos udara aquarium. Power drill dengan bit bersaiz sama dengan connector 1 to 1 dan valve tiub motor. Pita putih untuk kerja paip. Sedikit ketekunan dan banyak kesabaran. Ok, nampak macam banyak je barang yang nak kena beli. Tak pun. Tak sampai RM50.00 semuanya.

Sekarang cara nak membuatnya. Ambil pam basikal dan buka bahagian batang pam. Tarik keluar batang pam dan tuan-tuan akan dapat lihat assembly asal pam tersebut seperti gambar di bawah ni.


Sekarang buka nat, injap dan washer yang ada pada batang pam tersebut. Pasang semula item-item tadi seperti gambar di bawah ini. Tujuannya adalah untuk menterbalikkan fungsi pam ini supaya menjadi sebuah pam vacuum. Pasang kembali batang pam tadi ke dalam batang pam.



Perhatikan betul-betul gambar kat bawah ini, yang saya bulatkan ini adalah check valve asal(bukan yang kita beli yer) yang ada pada pam ini. Funsginya adalah untuk menyekat angin yang telah di pam ke dalam tayar dari masuk semula ke dalam pam. Guna spanar untuk buka check valve ini dan guna drill untuk tebuk melalui check valve ini. Tujuannya adalah supaya kita merosakkan fungsi check valve ini. Buang bebola besi dan juga pemegang bebola besi yang terdapat di dalam check valve ini. Tuan-tuan boleh besarkan diameter lubang dalam check valve ini untuk memberi laluan kepada angin supaya lebih lancar. Setelah selesai, pasang kembali check valve ini pada pam dan proceed kepada step seterusnya iaitu memasang check valve.



Rujuk gambar di bawah ini untuk cara-cara pasang check valve. Pastikan check valve menghalakan aliran angin ke dalam batang pam, ini bertujuan supaya aliran angin dapat mengalir keluar semasa di pam. Potong hos gas dapur kepada 2 bahagian. satu bahagian sepanjang lebih kurang 2 setengah inci dan satu lagi panjang ikut suka tuan-tuan. Gunakan klip untuk mengemaskan lagi sambungan antara check valve dan hos. Juga tuan-tuan boleh gunakan pita putih untuk paip bagi mengelakkan kebocoran.



Balang kaca ini aku beli dari pasaraya dengan harga RM5.90. Macam-macam saiz ada, pilihlah yang mana berkenan di hati. Tujuan aku pakai kaca ini kerana ianya dapat menahan tekanan vacuum yang lebih tinggi. Aku dah guna 2 balang plastik. Dua-dua failed sebab tak dapat tahan tekanan yang kuat dari pam ini. Drill 2 lubang untuk lekatkan valve dari tiub motor dan juga 1 to 1 connector untuk hos aquarium. Dihujung hos aquarium ni tuan-tuan boleh sambung terus kepada syringe 20cc.



Ok itu sahajalah rasanya cara-cara nak buat mende alah ni. Tak susah pun. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Kalau ada sebarang pertanyaan dan idea untuk penambaikan boleh tinggalkan komen kat ruangan komen..kat mana lagi ye dak??

Oh ya, semasa mengepam, eloklah kiranya tuan-tuan mengepam sedikit demi sedikit dan setelah susu mengalir berhenti mengepam dan sambung semula apabila aliran semakin perlahan. Bukan apa, kalau kuat sangat nanti tercabut pulak tetek kambing tu..hahaha..

Saturday, 25 May 2013

Susu Kambing

Aku memang peminat susu kambing. Isteri aku dari tak suka, kena paksa jadi suka. Anak aku pulak dari kecil dah diajar minum susu kambing. Dia lagi prefer susu kambing dari susu lembu atau formula yang kami beli untuk dia.

Minum memang sedap tapi nak memerah tu agak memenatkan juga. Tapi taklah sepenat perah susu lembu. Lambat nak habis woo. Susu kambing pulak disebabkan kambing ni kecik jadi  kena mencangkung, mau tercabut jugakla skru pinggang. Dah la aku mengalami back injury tahun 90-an dulu masa terbabit dengan gejala BMX extreme. Lompat longkang bagai.

Jadi bagi mengatasi masalah bercangkung dalam tempoh yang panjang dan jugak menghilangkan lenguh jari nak memicit susu kambing ni, I have come up with my own milking machine. I don't think it's an original concept or design. I am sure some one out there must have been in a desperate situation like I am now and come up with the same solution. Aku ambil inspirasi design ini pun dari sukan BMX yang aku pernah ceburi dengan menggunakan pam basikal sebagai penggerak utama.

Aku convert pam basikal ni jadi manual vacuum pump. Sambung dengan satu check valve. Then sambung dengan satu bekas yang boleh act as a pressure vessel as well as a container to hold the milk. Bagi suction cup pulak aku gunakan syring 20cc. Aku try guna 50cc at first but it proved to be too big.

Aku dah beberapa kali gunakan pam ini untuk memerah susu induk kambing yang dah tak menyusu anak tapi masih lagi produce susu. Dalam gambar kat bawah ni induk ini masih lagi produce susu at a rate of approximately a liter a day. Last kidding was on 23rd January this year.  Bagus jugak lactation period induk ni.



Design pam ni banyak jugak flaw awal-awal percubaan. Mostly getting it to be airtight. But with some silicone adhesive everything has been fixed.

Sekarang kalau nak perah susu akan ambil masa tak sampai 5 minit untuk seekor kambing on average. Kalau dulu more than 10 minutes per animal. Bagi dia dedak, ikat leher sikit dan mulakan aktiviti memerah susu. Kambing tu terlalu happy dapat dedak. Tak kisah pun orang buat apa kat dia.

My next step would be to construct a stanchion. Alat ini dwi guna. Boleh guna untuk perah susu dan juga untuk keep the animal stationary for treatment purposes. Plan untuk build this stanchion ada kat internet. Boleh google je.

Oh ya, bila dah dapat banyak susu, aku selalu juga buat cheese. Makan dengan biskut tawar cap ping-pong. Perghh..sarapan yang sangat mengenyangkan atau snack sambil mengadap komputer/tv malam-malam. Banyak tutorial yang ada kat youtube. Tapi biasanya soft cheese je la. Kalau nak buat mozzarella etc. kena pakai rennet dan kat Malaysia ni aku tak tahu mana nak cari yang halal. Mungkin kena sembelih anak kambing seekor untuk dapatkan rennet halal.

Got milk?