Wednesday, 11 June 2014

Wattle on Kids

Semasa berlaku pertukaran pejantan tempoh hari, pejantan Saanen yang aku sangkakan tidak sehebat pejantan lain telah mengambil kesempatan untuk membuntingkan hampir kesemuanya induk kambing aku.

Selepas 5 bulan aku telah nampak hasilnya. Banyak kelahiran kali ini adalah baka Saanen kacukan. Warna putih, telinga terpacak dan ada wattles di leher. Ada yang sebiji dan ada yang dua biji. Aku tak tau orang kita panggil apa. Kekacang kot.

Wattles ni memang sinonim dengan kambing tenusu khususnya baka Saanen. Ada yang berpendapat wattles ni tiada kegunaan. Lebihan dari evolusi. Ada sesetengah pihak berpendapat wattles adalah satu self defense mechanism yang sangat berguna didalam situasi kambing diserang oleh pemangsa dan akan menggigit wattles menyebabkannya terputus dan membolehkan kambing melarikan diri. Almost lizard like.




Dalam pertandingan kambing di Amerika wattles adalah satu ciri yang tidak diingini. Maka tuan punya kambing akan mengikat wattles tadi sehingga menyekat aliran darah ke tisu tersebut. Lama-kelamaan ianya akan terputus dengan sendiri.

Bagi aku, wattles adalah satu daya penarik. Boleh juga dijadikan tanda pengecaman untuk kambing tersebut dan hari ini aku dianugerahkan seekor anak kambing betina yang mempunyai wattle di telinganya. Macam subang tapi hanya disebelah telinga sahaja. Satu lagi berada di leher, lokasi biasa.

Wattles sebenarnya boleh tumbuh di mana-mana. Leher, bawah rahang, atas bahu, atas leher tetapi di telinga adalah jarang-jarang. So this one is definitely a keeper.

Salam hormat!!





2 comments:

  1. Ada anak yang suka main hisap-hisap wattles ibunya.....cam cara manja-manja!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau mungkin sebagai pacifier macam babies..hahah

      Delete