1. RM200 belanja untuk dedak bagi 180 ekor kambing untuk sebulan dan aku memang strict dalam hal ini. Jika ada shortage period 3 atau 4 hari aku tak akan beli awal dedak ni. Peruntukan hanya RM200 sebulan dan tiada kompromi. Kedekut punya tuan kambing.
2. Consumption garam jilat aku buat guesstimation lebih kurang 10 gram sehari untuk setiap kambing. Harga sekilogram ialah RM3 (mahal nih! Ada yang lebih murah).
3. Air dari kolam pakai pam diesel. Aku buat very conservative estimation iaitu RM100 per month. Musim sekarang hujan. Sepatutnya lagi jimat diesel. Tapi tak apa, letak RM100 dulu.
3 items di atas adalah basic requirements bagi operasi aku. Lain-lain hal yang tidak termasuk ialah gaji, ubatan, tag telinga dan lain-lain(depreciation etc).
Untuk item (1) kos per unit adalah RM0.037 dibundarkan jadi RM0.04 per hari per ekor.
Item (2) kos per unit adalah RM0.03 per hari per ekor.
Item (3) ialah RM0.018 atau lebih senang jadikan RM0.02 per hari per ekor.
Jadi secara purata aku mengeluarkan belanja sebanyak RM0.09 per hari per ekor. Atau nak senang 10 sen seekor sehari.
Pada umur 300 hari kambing-kambing telah bernilai RM30.00 per ekor.
Boleh murah lagi jika aku keluarkan kos concentrate dan hanya gemukkan kambing dengan rumput dan dedaun. Juga akan lebih murah lagi jika bertambah bilangan kambing dengan kos tetap yang sama.
Poning kepalo eden!!!! Camno nak buek 1 beg dedak satu minggu niii??? Memang stirct ni,Bro!! (Es Emdi)
ReplyDeleteDedak saya pakai 25kg per beg. 10 beg sebulan. Satu beg RM20. Tak boleh nak beri soon soon..soya etc..mahal sangat!! RM60 - RM70 per beg 50kg.
DeleteCuma pastikan kambing betul2 kenyang bila pulang dari meragut.
SYABAS, self discipline is a core requirement for success. RM 200.00 per month of goat feed for 180 goats is superb. To reduce further your feed cost, you have to plant moringa sekeliling kawasan you. Benih senang berbanding Indigofera. Who knows you are a sole supplier of Moringa in Kelantan one day. Selamat mencuba.
ReplyDelete