Sunday, 29 June 2014

Orang Kita..

Orang kita, kalau nak buat akikah, tak akan beli dan sembelih kambing yang tak bertuan atau kambing jalanan.

Tapi orang kita juga, kalau nak akikah akan beli kambing feral aussie. Kambing feral aussie ini juga tak bertuan, hidup di jalanan, tidak digembala, masuk menceroboh tanah orang sesuka hati di negara asalnya sehingga dianggap sebagai haiwan perosak.

Jadi apa beza kalau aku tangkap kambing tak bertuan yang hidup di jalanan dan jual sebagai kambing akikah berbanding aku import masuk kambing feral aussie dan juga jual sebagai kambing akikah? Betul-betul aku cakap, aku tak nampak apa beza, kalau bertuhankan wang ringgit.

Fikir-fikirkan lah, orang kita. Sempurnakah niat orang kita nak akikah? Jangan pakai alasan "Tak Wajib Usul" pula. Sebab dah terang-terang tahu kambing feral aussie ni sama tarafnya dengan kambing jalanan di negara kita.

Samalah juga halnya untuk majlis-majlis lain, bukan akikah sahaja.

Salam hormat!!

1 comment:

  1. Fikir-fikir laaahhh...kepada pengimpot kambing liar australia tuu dan juga pada siapa yang nak buat akikah tuuu!! Tk,Bro!!(Es Emsdi)

    ReplyDelete