Monday, 9 June 2014

Ancaman Terbaru

Semalam seekor anak kambing perempuan..betina tak balik dari meragut. Berumur lebih kurang 4 bulan. Bersaiz sederhana.

Dua sebab utama, jatuh kolam atau di baham haiwan pemangsa. Kemungkinan jatuh kolam amat tipis kerana aku atau staf aku mesti perasaan dan tiada bunyi kambing dalam keadaan panik atau sebagainya.

Kemungkinan dibaham pemangsa adalah besar. Seminggu dua ini kawasan ragutan aku di kunjungi beberapa ekor biawak bersaiz luarbiasa besar. Besar macam komodo. Orang kampung panggil boyan atau biawak riyé. Memang pernah ada kejadian biawak makan anak kambing ni. Tapi bukan tempat aku.

Kemunculan biawak-biawak besar ini, 4 ekor individu berlainan, adalah disebabkan orang kampung sebelah menebang pokok di seberang paya yang menjadi sempadan kawasan ladang aku. Aku rasa biawak ni dah terhimpit dengan kehadiran manusia di sebelah sana paya maka mereka lari ke kawasan aku. Selain biawak, sekumpulan babi hutan juga sering kelihatan sejak orang meneroka kawasan sebelah sana paya tu.

Aku juga merasakan ini adalah salah aku kerana sebelum ini membuang bangkai anak kambing yang mati ke dalam semak paya untuk melupuskan bangkai tadi. Perkara yang sepatutnya dilakukan ialah menanam bangkai tersebut. Sekarang biawak ini dah merasa kesedapan daging anak kambing, maka apabila terhimpit dengan kehadiran manusia biawak ini bertukar dari lifestyle as a scavenger to a hunter. Biawak ini boleh kelihatan berjemur di bahawa sinaran matahari pagi berdekatan semak di mana kawanan kambing aku asyik meragut.

Aku dah minta seorang staff aku untuk menembak biawak yang bersaiz super ini. Setakat hari ni masih belum berhasil lagi. Mungkin kena berjaga sehingga seminggu lebih baru nampak hasil agaknya.

Aku harap pesalah akan dapat dihukum dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berulang. Semoga ada berita gembira nanti.

Salam hormat!!

No comments:

Post a Comment