Wednesday 18 June 2014

Cerita Malam Semalam

Semalam dekat surau kampung mertua aku ada dibuat satu majlis tazkirah. Ada ustaz jemputan dari luar memberi tazkirah dan ceramah agama.

Selepas majlis tersebut ada dibuat satu perbincangan tentang kedatangan bulan Ramadhan ni. AJK surau selalu buat mesyuarat macam ni sebelum datangnya Ramadhan setiap tahun. Perbincangan meliputi perkara seperti gotong royong sempena Ramadhan, bersihkan surau, solat sunat tarawikh dan witir, penetapan giliran ahli surau untuk sediakan jamuan ringan setelah selesai solat dan macam-macam hal lagi.



Lepas semua perkara dah dibincangkan, kami semua adakan jamuan. Kari kambing cicah dengan roti. Sedap sungguh kari kambing muda ni. Aku sembelih seekor kambing untuk majlis ini. Semua cakap sedap sebab tak ada bau dan lembut. Memang la sebab kambing muda. Sekarang baru tahu penangan cabrito. Hehehe.

Ada seorang pak cik ni pesan, hari pertama puasa dia minta aku sembelih seekor lagi untuk buat jamuan buka puasa. InsyaAllah kalau ada rezeki. Hahaha.

Puas hati bila semua kambing habis dimakan jemaah lelaki dan perempuan. Tiada lagi kerisauan sakit kepala, naik darah, pening sebab ini kambing muda. Kita patut makan kambing muda. Bukan kambing tua reject atau bebiri frozen Australia.

Salam hormat!!

4 comments:

  1. yeah hidup cabrito! hidup kambing tempatan! buehehe..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah muda semuanya sedap.....hihihiii. (Es Emdi...yang dah tua!!)

    ReplyDelete
  3. Baca kat wiki, dia kata takrif cabrito ni dalam 3 bulan. Tapi range umur sebenarnya yang dikatakan kambing muda berapa ya?

    Setiap kali makan nasi arab lamb ataupun lamb chop, mesti saya rasa pening kepala. Berpusing-pusing jadinya. Tak tau laa samada saya ni yang ada masalah kesihatan atau kedai tu yang guna daging kambing tua. haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah terbaik bro ECH..moga dmurahkan lg rezeki.Insyaallah..

    ReplyDelete