Monday 9 June 2014

Kelahiran Anak Betina

Di tempat aku konsentrasi parasit adalah sangat tinggi. Sangat tinggi sehingga aku terpaksa deworm anak bermula dari umur 3 - 4 minggu hanya supaya anak-anak kambing dapat membesar.

Disebabkan konsentrasi parasit yang sangat tinggi ini juga aku merasakan ianya ada kaitan dengan kadar kelahiran anak betina yang lebih tinggi dari biasa.

Jika pada tahun 2013, taburan hujan adalah kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bulan Februari sehingga September adalah sangat panas dengan cuaca kemarau yang kuat.

Pada tahun 2014, dari Februari sehingga minggu pertama Jun. Walaupun suhu panas pada tengah hari, hujan lebat berserta ribut kencang turun membasahi bumi hampir setiap minggu. Kecuali pada Mac dan April lepas.

Akibat dari ini, kambing aku lebih terdedah kepada serangan parasit kerana tanah yang lebih lembap.

Aku perhatikan secara perbandingan tahun ini dan tahun lepas, kadar kelahiran anak betina melebihi kadar kelahiran anak jantan dengan nisbah 1:1.5. Ini sangat bersesuaian dengan teori bahawa apabila satu spesis diancam oleh parasit atau faktor lain yang boleh menganggu kelangsungan spesisnya maka ianya akan melahirkan lebih ramai betina bagi mengekalkan kelangsungan spesisnya tadi.

Bagi aku selaku pembiak, setiap kelahiram adalah bernilai tinggi. Dan bagi aku juga selaku pembiak setahun jagung, kelahiran anak betina yang lebih banyak berbanding jantan adalah double the excitement. Ini akan memudahkan aku untuk meningkatkan populasi induk dengan lebih cepat dan jimat tanpa perlu mengeluarkan belanja lebih untuk menambah bilangan induk. Terima kasih Allah.

Tinggal satu perkara sahaja..iaitu untuk memastikan anak-anak kambing ini tidak terdedah dengan serangan parasit yang melampau dan dapat membesar dengan baik.

Salam hormat!!

No comments:

Post a Comment