Kejayaan seorang pembiak banyak diukur dengan benchmark kidding rate dan kidding interval. Ada orang yang nak kidding rate melebih 2.0. Maknanya nak anak kembar dua dan ke atas. Kidding interval pula mesti bawah 6 bulan. Jadi seekor induk akan melahirkan anak sebanyak 2 kaki dalam setahun.
Bagi aku kidding rate tak penting sangat. Aku leboh menitik beratkan kidding interval. Sesungguhnya lagi singkat jarak kelahiran maka penjimatan masa dapat dicapai.
Dulu aku pun beria nak dapatkan anak kembar. Tak mahu induk yang melahirkan seekor anak sahaja setiap kali kidding. Tapi baru-baru ini aku sedar bahawa jarak kelahiran mempunyai weight yang lebih besar berbanding kadar kelahiran.
Jadi sekarang aku tak kisah, aku tetap akan simpan induk yang beranak satu asalkan kidding intervalnya berada bawah 6 bulan 14 hari. Itu cut off point aku.
Kelebihan kelahiran single pula dapat memastikan survivability anak. Anak kambing tidak mempunyai banyak masalah dari segi tumbesaran. Susu akan sentiasa mencukupi. Anak cepat membesar.
Friday, 30 May 2014
Dedaun atau Rumput
Secara alami kambing makan dedaun. Kambing boleh juga makan rumput tetapi kambing tidak akan perform sehebat member nya yang makan dedaun. Ini fakta. Walaupun aku sendiri pahit nak menelan kerana kambing aku makan rumput.
Kadar metabolism kambing adalah tinggi berbanding biri-biri dan lembu. Kecekapan rumennya juga adalah tinggi berbanding spesis ovine dan bovine tadi. Perjalanan usus kambing juga lebih singkat berbanding kedua-dua spesis tadi.
Dedaun adalah tumbuhan yang mempunyai urat daun yang tidak selari. Manakala rumput pula adalah tumbuhan yang mempunyai daun yang berurat selari. Cara memproses kedua-dua bahan ini adalah berbeza. Tempoh untuk memproses daun yang mempuyai urat berselirat ini adalah lebih singkat. Manakala lebih masa diperlukan untuk memproses daun yang mempunyai urat selari. Usus kambing yang lebih pendek menyebabkan ianya tidak mempunyai cukup masa untuk memproses rumput. Perut kambing lebih sesuai untuk memproses dedaun. Ingat.
Juga harus diingat rumput sifat pertumbuhannya adalah dari bawah. Bahagian baru daun rumput tumbuh berdekatan dengan umbinya. Untuk mendapatkan daun rumput muda ini kambing perlu meragut rapat dengan tanah sekaligus meningkatkan risiko jangkitan parasit. Tapi aku perhatikan kambing aku hanya makan bahagian atas rumput. Keadaan rumput seperti dipotong dari atas. Mungkin ada juga bahagian bawah yang dimakan.
Sifat pertumbuhan dedaun pula adalah dari atas. Pucuk baru sentiasa tumbuh dari atas. Keadaan ini menyebabkan risiko kecacingan berkurangan dengan drastik. Lagi tinggi lagi bagus. Basah atau lembap bukan faktor penyumbang kepada kecacingan sebenarnya. Itu hanya applicable pada rumput.
Kambing aku juga dah mula meredah untuk masuk hutan dalam usaha mencari dedaun sebagai tambahan kepada rumput. Jadi sekarang jadualnya pukul 10am hingga 12pm masuk hutan makan dedaun. Pukul 12pm hingga 3pm di atas padang ragut. Ada juga yang tak nak masuk hutan waktu pagi. Mereka akan makan rumput. Tapi so far takde nampak ketara sangat kecacingannya. Mungkin dah biasa barangkali.
Plan seterusnya mungkin aku bawa kawanan aku keluar dari kawasan ladang untuk browse di pinggir jalan sebelah kebun getah. Banyak dedau liar kat situ. InsyaAllah.
Salam hormat!!

Mereka akan masuk jauh ke dalam, aku tak berani lah. Ada anaconda!!
Sudah keluar dari hutan sambil tunggu geng yang masih belum keluar.
Kambing aku juga dah mula meredah untuk masuk hutan dalam usaha mencari dedaun sebagai tambahan kepada rumput. Jadi sekarang jadualnya pukul 10am hingga 12pm masuk hutan makan dedaun. Pukul 12pm hingga 3pm di atas padang ragut. Ada juga yang tak nak masuk hutan waktu pagi. Mereka akan makan rumput. Tapi so far takde nampak ketara sangat kecacingannya. Mungkin dah biasa barangkali.
Plan seterusnya mungkin aku bawa kawanan aku keluar dari kawasan ladang untuk browse di pinggir jalan sebelah kebun getah. Banyak dedau liar kat situ. InsyaAllah.
Salam hormat!!
Antara Anemic dan Susu Dari Induk
Bila tiba musim kidding akan ada induk yang tak cukup susu untuk diberikan kepada anaknya. Boasanya berlaku kepada induk yang melahirkan kembar 2 atau 3.
Walaupun aku ada beri supplement berbentuk concentrate kepada induk ini ianya masih tidak membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu. Aku mengaku aku berikan terlalu sedikit concentrate kepada induk yang sedang menyusu. Tetapi sepatutnya induk yang menyusu ini harus mengikut jejak langkah induk kambing jalanan iaitu tiada sebarang pemberian makanan tambahan dan masih boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk anaknya.
Aku perhatikan induk yang mengalami masalah kekurangan susu ini biasanya ada tanda-tanda anemic. Biasanya disebabkan oleh bebanan cacing yang tinggi. Pada minggu pertama hingga ketiga induk tiada masalah untuk menghasilkan susu, bila anak sudah berumur sebulan masalah kekurangan susu ini makin ketara sehinggakan aku terpaksa buat intervention dengan membawa anak kambing untuk diberikan susu dari induk yang lain.
Hal 1: selepas kelahiran, induk akan mengalami shock, stress dan menyebabkan sistem pertahanan tubuhnya menurun. Ini menyebabkan serangan dan bebanan cacing yang terlampau. Akibatnya induk mengalami anemia.
Hal 2: darah adalah amat penting untuk penghasilan susu. Kekurangan darah akan menyebabkan kekurangan susu.
Untuk penyelesaian masalah inilah maka aku lakukan prepartum deworm. Tapi bukan kepada semua induk. Aku buat secara selective juga. Dan kepada induk yang sememangnya dah di diagnose mengalami anemia, aku lakukan suntikan iron atau pun beri pil iron seperti dalam entry aku yang lepas.
Dari pemerhatian aku juga, sebenarnya kebanyakan induk yang tidak mengalami masalah anemia ini tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan susu walaupun tidak diberi supplement. Malah induk yang melahirkan kembar 3 pun tidak mengalami kekurangan susu bila aku hanya beri segenggam dedak. Aku tidak memberi sukatan dedak yang spesifik bagi mana-mana induk. Satu lagi ciri-ciri seorang penternak yang malas. Main hentam saja. Agak-agak segenggam kira boleh lah. Perancangan masa depan adalah untuk cuba incorporate indigofera pulak dalam diet induk menyusu. Cuma tunggu benih je tak sampai-sampai lagi ni..hahaha.
Kesimpulannya, untuk setiap induk yabg mengandung atau menyusu adalah amat perlu untuk mereka berada di dalam condition yang tip-top supaya penghasilan susu tidak terganggu.

Wednesday, 28 May 2014
Nak Tahu Satu Rahsia?
Memandangkan blog yang tak seberapa ni dah berumur lebih dari setahun maka aku nak berkongsi satu rahsia.
Selama setahun lebih menulis di dalam blog ini aku hanya menggunakan telefon untuk menulis setiap entry sejak dari entry pertama sehinggalah ke entry terbaru ini. Bagi aku ini lebih senang kerana setiap gambar yang di ambil dengan telefon aku memudahkan untuk aki upload dalam blog. Kalau dengan camera kena transfer dalam laptop dulu. Which is not a bad idea at all; boleh buat backup. Cuma aku lebih suka cara pintas yang macam ni. To simplify things.
Mungkin sebab update blog dengan phone juga lah entry aku banyak yang bersifat pendek-pendek. Penuh dengan typographical errors. Mungkin kalau menulis di depan skrin dan menggunakan sebuah papan kekunci the flow of ideas tu lebih efficient.
Ok kongsi satu perkara lagi, aku tidak ada draft di dalam penulisan aku. Semua penulisan adalah secara spontaneous dan mengikut mood aku. Itu pasal kadang-kadang banyak update, tiba-tiba macam bercuti lama. Sebab itu jugalah entry aku kebanyakannya mempunyai abrupt ending. Sebab aku menulis secara tiada framework.
Ok that's all for now. Mungkin di masa depan aku akan cuba untuk menggunakan laptop sebagai input device utama bagi blog ni but that remains to be seen.
Selamat pagi semua!!

Tuesday, 27 May 2014
Mineral Block, Salt Lick, Garam Jilat Dan Yang Sewaktu Dengannya
Perusahaan ternakan secara semi insentif tak boleh tak pakai garam jilat ni. Amat perlu. Lebih-labih lagi jika pemberian concentrate adalah pada tahap paling minima. Bukan tak boleh survive kambing kita kalau tak ada garam jilat tapi memang tak perform kalau tak ada. Kambing jalanan pun biasanya akan makan tanah dan jilat batu di tepi jalan untuk mendapatkan mineral penting untuk tubuh badan. Kambing jalanan juga biasa makan sisa-sisa sampah manusia yang mempunyai mineral penting tadi.
Dalam pasaran ada pelbagai pilihan untuk garam jilat ni, hanya tunggu penternak nak buat keputusan untuk beli yang mana satu. Aku orang yang pertama akan mengaku semasa aku mula ternak kambing aku tak bagi garam jilat. Bagi aku ianya sesuatu yang membazir walaupun aku tahu lembu fidlot aku masa tu perform dengan bagus sekali dengan adanya garam jilat. Tapi aku berfikiran bahawa untuk short term gain berbaloi guna garam jilat. Untuk long term seperti breeding tak berbaloi sebab costly. Lagipun masa tu aku banyak bagi makan dedak kat kambing aku. Biasalah orang baru. Bila kambing nampak bermasalah baru mencari-cari jawapan yang sebenarnya. Lesson learned..the hard way.
Bermula dengan garam jilat dari N.A.M. Trading aku gunapakai untuk setahun. Aku tak buat research apa-apa pun. Semuanya atas recommendation JPV dan juga sebab ia adalah satu-satunya jenama garam jilat yang dijual pihak JPV. Kambing aku suka garam jilat ni. Palatability yang bagus aku kira. Tapi drawback nya adalah kandungan mineral yang minima. Mungkin kerana ianya bersifat universal. Juga tidak mengandungi unsur copper. Kambing sihat, berkilat tapi kidding rate rendah. Growth juga slow.
Lalu aku buat research dan aku sedar aku perlukan unsur copper untuk supplement mineral deficiency untuk kawanan kambing aku. Aku berkira nak gunakan KNZ sebagaimana prof Alwi dan rakan ternak yang lain. Tapi di Kelantan ni memang susah dan mustahil nak dapatkan. Kalau nak order dari luar pun dah jadi sangat mahal. Tanya punya tanya, pusing punya pusing aku disyorkan oleh penjual ubat untuk cuba brand Royal Ilac. Yang ini okay. Semuanya ada. Copper ada. Selenium lebih tinggi. Tetapi palatability kurang sikit berbanding garam jilat dari N.A.M. Trading. Tapi tahan cuaca dan tak mudah pecah. Ciri-ciri tahan cuaca ini amat penting bagi aku sebab aku juga letakkan garam jilat ini di tempat-tempat strategik dan terbuka di dalam ladang aku, berhujan dan berpanasan.
Berbanding dengan garam jilat Thailand yang prof Alwi gunakan, yang ini rendah sedikit kandungan mineral nya. I might give it a try. Nampak macam bagus. Kat golok mesti ada jual. Kena gi cari ni. Mana tau dapat lagi murah ke. Hahaha. Aku perasan tang 'produced for' tu. Tulis kat situ SK Cattle. Aku rasa aku tahu company siapa tu. Orang besar tu. Orang hebat. Antara legends dalam scene lembu Thailand. Hehe.
Apa-apa pun I will stick to Royal Ilac as for now. Cuma harga yang 5kg ni mahal sikit sebab banyak permintaan untuk saiz ini. Mahal-mahal pun it works out to be around RM 0.03 per goat per day. So masih lagi bearable. Lagipun concentrate aku pada tahap minima (RM 0.03 juga per goat per day @ RM 1 per goat per month) jadi nak mewah sikit pada garam tak salah bagi aku. Kalau nak jimat lagi boleh beli yang 10 kg. Tapi besar sangat. Aku gantung garam tu, tak pakai kotak. So 5 kg is just nice for my usage.
Aku juga setuju dengan prof Alwi jika ada mana-mana pihak yang mengkaji dan develop satu produk baru (garam jilat) yang khusus untuk kegunaan tropika atau spesifik untuk negara kita.

Monday, 26 May 2014
Nak Tanam Indigofera Jugak Lah...
Itu pun kalau terbukti boleh banyakkan susu pada induk. Tapi kat Filipina dah terbukti kan..ya dalam kambing dairy. Kalau meat goats ni tak tahu ada benefit atau tak. Nak tau juga, kena bereksperimentasi lah.
Thank you En. Adil from LRGF kerana menjawab soalan aku yang sangat newbie. Aku tak pernah tanam apa-apa pokok dalam hidup aku. Eh, ada satu. Pokok langsat belakang rumah family aku, tahun 1997, sampai sekarang tak pernah berbuah. Hahaha. Hidup pun dah kira nasib baik.
Bagi aku apa-apa sahaja yang dapat mengurangkan kos dan juga kebergantungan kepada bahan luar maka aku akan pursue. Maksud aku, jika indigofera boleh tingkatkan pengeluaran susu induk, maka aku akan gunakannya untuk mengurangkan kos dedak dan juga kebergantungan kepada pengilang dedak itu. Lebih kepada nak protect diri aku dari risiko kenaikan harga dedak lah sebenarnya. Dan juga dengan senario putus bekalan. Bila semua dah di bikin 'in-house' kita lah yang akan menikmati kelebihannya. Freedom.
Nampaknya kena dapatkan benih dan start tanam ASAP.
Tapi sebelum tu kena belajar cara nak semai dulu. Pastu pindah masuk poly bag. Then baru tanam atas tanah. Kena banyak sabar ni. Aku goreng telur sebiji pun takleh sabar. Api dapur aku besarkan macam nak bakar rumah supaya telur cepat masak. Hahaha.

RM60 juta
Some amount close to that figure. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan RM60 juta untuk membangunkan industri ternakan kambing di Malaysia ini. Ok tak payah RM60 juta. RM6 juta pun dah cukup banyak untuk bangunkan industri ternakan kambing secara semi intensif dengan guna pakai baka local cross.
Tapi sayang sebab RM60 juta tu dibelanjakan ke atas 2 ekor beruang panda (tok panda mana pun banding nga kambing, kambing cidik lagih).
Kata khairy KJ, kita kena terima beruang 2 warna tu. Sebab nak "save face" dengan China. Orang dah offer kena terima. Untuk eratkan hubungan diplomatik yang dah 40 tahun terjalin. Selama 40 tahun ni tak ada beruang 2 warna hubungan ok je. Cuma tegang baru-baru ni sebab peristiwa MH370.
Tapi ada keratan akhbar yang kata Najib yang minta beruang panda tu dari Wen Jianbao. Mr. Jianbao terus setuju. Ni mana satu ni, orang offer atau kita yang minta?
Kata China bagi pinjam beruang tu, tapi kena bayar rental RM20 juta. Pinjam ke sewa ni? Malah kalau beruang tu beranak kita kena bayar RM2 juta kepada China. Apa ni?! Nak tipu siapa ni?
Ini yang buat aku malas nak fikir pasal senario dalam negara sejak kebelakangan ini. Macam tak ada priority. Tak tahu mana yang penting, mana yang patut ke belakang.
Macam isteri aku cakap...persamaan pemerintah terdahulu (Raja dulu-dulu) dengan pemerintah sekarang; kedua-duanya tak mendahulukan rakyat. Asal perut mereka terjaga, kerabat mereka terjaga lantaklah apa nak jadi kepada orang bawahan (rakyat). Sebab dah di bayar gaji/elaun dan dijamin kerabat mereka terpelihara maka sultan dahulu selamba terima wakil British untuk menguruskan hal berkaitan dalam negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam. Zaman sekarang pun sama juga, in a sense, pemerintah hanya jaga tembolok mereka dan kroni mereka. Golongan kebanyakan perlu cari jalan untuk hidup sendiri.
Kita perlukan lebih ramai Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Salleh, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela dan lain-lain.

Bolehkah Begini?
Aku sedang dalam proses membina bahagian dapur di ofis ladang. Selepas siap bahagian dapur ini maka aku akan convert pejabat ladang ni menjadi rumah rehat aku sekeluarga. Isteri sudah ditugaskan jauh di selatan semenanjung. Hanya tinggal aku dan dua orang anak perempuan aku.
Jadi aku berkira-kira jika sudah menetap di ladang nanti aku harus mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti (related to farming). Selain dari menjaga kambing, aku juga harus memulakan aktiviti lain. Aku mungkin akan buat reban ayam dan mula bela ayam kampung yang 40 hari tu. Aku dah buat kira-kira, mungkin buat permulaan aku bela dalam 50 hingga 70 ekor. Bila dah capai berat yang sesuai untuk disembelih, maka aku akan sembelih dan simpan kesemuanya di dalam freezer dan gunakan satu persatu. Bila dah selit dengan penggunaan daging anak kambing dan lembu belaan sendiri, stok ayam tadi mungkin akan bertahan sehingga 3 bulan sebelum aku kena bela batch yang baru. Aku dah bertanya secara panjang lebar kepada sepupu isteri aku yang buat business ni. Modal dari beli anak ayam sehinggalah mencapai berat untuk dijual tak sampai RM6.00 per ekor. Lagi murah dari beli ayam kat pasar. Mungkin juga aku boleh barter beberapa ekor ayam kampung tadi dengan ikan laut untuk pelbagaikan sumber protein bagi keluarga aku.
Aku juga boleh bela beberapa ekor ayam penelur untuk supply telur kepada aku setiap pagi. Seminggu 10 biji kira dah cukup dah untuk satu family aku. Itik pun tak jadi masalah. Cuma aku lagi suka ayam. Sebab itik berak sembur. Hahaha.
Aku ada beberapa ekor anak lembu yang boleh aku sembelih untuk dapatkan daging. Penyimpanan tak jadi masalah sebab aku ada freezer besar. Memang boleh muat setakat karkas lembu 150 kg ke bawah. Boleh tukar daging dengan ikan kat pasar basah.
Selain ternakan, aku mungkin boleh belajar bercucuk tanam. Mungkin boleh belajar tanam cili dulu then baru graduate kepada tanaman sayuran yang lain.
Aku ada buat online research pasal nak start lifestyle macam ni. Rupanya mat saleh ramai dah yang adopt lifestyle macam ni. Homesteading. Menarik! Ada juga blog yang constantly update pasal everyday activities yang mereka buat. Bela ayam, itik, kambing, lembu, babi dan lain-lain.
Beberapa advantages yang mereka dapat dari lifestyle macam ni ialah; jimat belanja, food security, food safety, healthy life, stress free environment, etc.
Di Malaysia, aku rasa komuniti peneroka lah pelopor gaya hidup homesteading. Self sustain. Tapi aku tak punya tanah seluas peneroka. Income dari pokok sawit pun tak ada. Hanya bergantung kepada kambing je ni. Jadi kena betul-betul utilize setiap inci persegi keluasan ladang ini. Hmmm..kena yakin dengan rezeki Allah. Jangan risau. Semuanya rezeki anak-anak aku. Aku hanya menumpang rezeki mereka.
Semoga semuanya berjalan lancar!
Saturday, 24 May 2014
Lameness in Adult Goats
Semalam aku tak masuk ladang. Hari Jumaat memang dedicated untuk family. Tapi semalam jugak lah ada seekor induk yang tiba-tiba jadi lame. Jalan macam orang mabuk. Keempat-empat kaki tak kuat macam kebiasaan. Nak bangun dari duduk pun susah. Mudah terjatuh bila cuba untuk bergerak laju.
Induk berumur 3 tahun 7 bulan. Selera bagus. Response kepada persekitaran dan stimulation bagus. Parasite load, average. Tiada demam, normal body temperature. First observed semasa balik meragut pada hari Jumaat. Hari ini condition worsened sedikit. Bunting peringkat awal (tak lebih 2 bulan) dan tidak menyusu.
Aku masih belum buat apa-apa treatment. Hanya asingkan dan beri extra feed for the night. Daun dan rumput. Perlu observe lagi. Definitely not pain in the joints. More to muscle or nerve problem. Uncoordinated movement.
Aku masih tak tahu apa masalah dengan induk ni.
Harap semuanya akan ok.

Thursday, 22 May 2014
Masih Lagi Pasal Cacing
Nasib la penternak baru macam aku ni. Kena betul-betul kenal parasit dulu dari kenal kambing. Baru boleh membiak. Sehari dua ni anak kambing yang cerai susu nampaknya kena serangan cacing. Kebanyakannya mengalami masalah diarrhea dan najis yang keluar bersama cacing yang telah mati.
Mungkin stress sebab diceraikan susu, umur semua antara 3 hingga 4 bulan. Sekarang pulak selalu hujan.
Selepas consultation dengan lebai google. Aku dapati jenis cacing yang menyerang anak kambing ini ialah tapeworms. Nice! Racunnya adalah albendazole. Baru ni masa melawat kadang prof alwi ada dia sebut satu lagi campuran yang dia pakai. Tapi aku penternak baru mana nak tau. Boleh tolong ulang tak prof apa benda yang di pakai tu?
Ada seekor induk yang nampak makin kurus. Selera ok. Kurang produktif. Tiada diarrhea. Najis biji-biji almost hitam. Ada tanda anemic. Yang ini aku suspect kes liver fluke yang agak serious. Nak treat dengan alben macam tak berkesan. Kalau treat dengan Ivermectin memang tak berkesan. Nak kena beli Flukiver ni. Tapi kena treat sampai 3 kali. Aku ada baca Chlorsulon boleh "zaappp" flukes ni sekali gus. At any stages. Tapi ada ke jual di Malaysia ni? Mencari TCBZ pun masih tak jumpa.
Kejadian flukes ni juga aku rasa ada kaitan dengan sumber air minuman yang aku guna. Buat masa sekarang aku gunakan kolam yang bersambung dengan paya. Nak kata bersih, takde la cuci sangat. Nak kata kotor, memang tak kotor. Cuma bila open water source macam tu, adalah pros and cons nya. Kelebihannya, abundant and easy water access. Kolam lambat kering. Drawbacks adalah terdedah kepada pencemaran, baik chemically atau biologically. Parasit pun boleh ada dalam air kolam tu.
Aku mungkin akan bertukar kepada sumber air bawah tanah pulak lepas ni. Tube well dah ada. Cuma kedalaman tu sampai 161 kaki tak silap aku. Paras permukaan air ada pada 27 kaki dari permukaan bumi. Maknanya aku kena selam pam sehingga 120 kaki untuk maintain water level supaya tak kering dan menyebabkan pam rosak. Nak mencari pam yang berkapasiti macam tu yang susah. Susah dari segi belanja la. Mahal oo..unless aku beli belah Thailand. Double barrel with 40 meters lift capability baru dalam RM390. Tapi warranty apa semua tak ada la.
Aku sendiri pun plan nak pakai air perigi tu jugak pasni bila dah pindah masuk ladang. Sebabnya bekalan dari AKSB selalu terganggu dan berkarat pulak tu. Aku nak perhatikan occurrence flukes ni makin meningkat atau berkurang bila dah bertukar kepada perigi.
Buat masa ni kena bertahan dulu. Kena bagi fighting chance kepada kambing untuk develop resistance. Untuk tambah kapasiti parasite burden load.

Wednesday, 21 May 2014
Induk Kambing Lekat Uri
Setakat aku bela kambing ni dah 3 kali aku experience kematian induk disebabkan retained placenta. Paling latest adalah semalam, induk berumur 13 bulan, 1st parity, baka kacukan, saiz sederhana kecil, anak yang dilahirkan bersaiz agak besar.
Retained placenta biasanya akan menyebabkan pendarahan yang banyak di dalam rahim dan menyebabkan metritis, infection dalam uterus. Induk akan mengalami demam teruk dan organ mula shut down satu per satu sehingga ia menemui ajal.
Antara penyebabnya ialah umur induk yang terlalu muda, saiz anak yang besar, kekurangan selenium dan nutrien yang lain, kurang exercise.
Biasanya aku akan bagi injection oxytocin untuk induk yang masih belum keluarkan uri selepas sejam melahirkan anak. Perlu juga beri induk makan atau minum dahulu untuk beri tenaga supaya boleh 'push'. Kadang-kadang tak perlu oxytocin pun, hanya perlu sedikit tenaga dari makanan atau minuman untuk teran uri keluar.
Aku perhatikan mana-mana induk yang tak keluarkan uri dalam tempoh 24 - 48 jam dari melahirkan anak biasanya akan mati. Aku dah gunakan pelbagai cara termasuk menggantung anak batu di dalam plastik pada lebihan uri sebagai pemberat. Aku juga ada beri suntikan antiobiotik. Pernah juga aku tak buat apa-apa. Hanya bagi antibiotik. Tapi masih juga tak dapat selamatkan induk tu. Aku kira untuk setiap kes yang aku alami adalah berlainan penyebab berlakunya lekat uri ni. Jadi tak boleh nak kata mana satu kaedah yang betul. Kena cuba sesuaikan semua.
Kelahiran anak pertama bagi mana-mana induk memang buat aku nervous, sebabnya aku takut kejadian retained placenta ni berulang. Silap aku juga sebab tak separate induk muda dari pejantan. Induk paling muda pernah lahirkan anak adalah yang berumur 9 bulan. Tapi yang tu tak ada masalah pula kecuali saiz anak yang terlalu kecil.
On a side note, aku biasanya akan benarkan induk memakan urinya sendiri. Ada orang cakap ada nutrien penting pada uri tu untuk si induk, macam ubat bersalin la kot. Ada orang cakap tu natural instinct untuk haiwan mangsa ni nak elakkan diri dari pemangsa. Tapi aku biarkan saja apa induk tu nak buat. Dia nak makan, aku bagi dia makan. Dia tak nak makan, aku buang saje. Masih tak nampak kelebihan atau kekurangan memakan uri sendiri ni. Itu rahsia kambing tu sendiri.
Salam hormat!

Tuesday, 20 May 2014
Acute Pasteurella Penumonia
Hari ni ada kambing jantan dalam fasa penggemukan tiba-tiba tak ada selera. Off feed. Ada mucus discharge kat hidung. Labored breathing. Perut pun kembung. Mata slightly depressed inwards, berair dan tidak berkilau seperti biasa.
Pada mulanya aku ingatkan kembung perut sahaja. Bagi treatment macam biasa lah. Soda Bi-carb dan minyak kelapa. Urut-urut perut. Kambing jantan tu sendawa. Keluar semua angin tapi masih lagi taknak makan, bangun atau berjalan. This is something else. Aku lepaskan sahaja di luar kandang. Nak jauhkan dari kawanan yang lain. Lebih kurang jam 4 petang, kambing tadi mengembek dengan nada berlainan. Kalau dengar pun, semua pasti ianya di dalam kesakitan. A very different kind of bleating, stressful indeed. Aku pergi dekat dengannya dan angkat ia. Memang sahih dah tak boleh buat apa. Terus amik pisau dan "ubat"kannya.
Post mortem mendapati organ lain semuanya ok, rumen pun ok, pundi kencing pun ok. Tiada lymph nodes yang bengkak. Kecuali paru-paru, about 30% dah jadi lebam, red to purplish. Firm to touch. Tiada abscess yang besar except for micro abscesses. Pneumonia lah tu. Tiada benda lain lagi lah. Jadi dalam masa lebih kurang sebulan 2 ekor kambing aku hadapi masalah pneumonia.
Apa perbezaan kedua situasi kematian pertama dan kedua? Yang pertama kalau ikut pemerhatian, pneumona yang lebih advanced sebab dah ada accumulation of fluid dalam chest cavity. Abscess yang besar-besar dan ada yang dah jadi fibrosis. Juga ada nanah dan bau yang busuk. Tapi yang tu anak kambing baru lepas cerai susu.
Kes yang kedua slightly mild. Kambing dah umur 8 bulan. Macam yang aku cerita kat atas condition internal organ nya. Kedua-dua kambing meragut di kawasan yang sama.
Cuaca; sejak kebelakangan ini, hujan lebat pada lewat petang, panas terik dari pagi hingga petang. Kawanan kambing jantan untuk tujuan penggemukan aku lepaskan untuk meragut pada sebelah petang, kadang-kadang selepas hujan turun. Kadang-kadang sebelum hujan dan break sekejap semasa hujan then sambung balik hingga ke lewat petang. Maknanya rumput tengah basah. Malam pula sejuk. Perubahan cuaca dan suhu yang extreme. Ini pun mungkin antara penyebab kematian.
Pasteurella Pneumonia: ini kemungkinan sahaja. Aku agak lah sebab rumput basah, cuaca/suhu extreme. Tahap kelembapan yang tinggi. Bebanan cacing yang terlalu kuat. Semua ini boleh jadi compounded factors dan buatkan immune system kambing aku lemah dan kemungkinan bacteria jahat ambil kesempatan untuk multiply. Tapi satu fakta yang tak boleh dinafikan ialah ahli kawanan yang lain semuanya ok, tiada runny nose, tiada labored breathing. Kalau nak confirmkan ianya adalah Pasteurella Pneumonia, kena buat culture la, ambil swab semua. Tapi aku tiada kemudahan tu. Lambat juga kalau nak tunggu jabatan ambil tindakan. Biasalah kerenah birokrasi. Jadi aku biarkan sahaja, anggap ianya kes terpencil. Kerana jika seekor kambing itu adalah superior ianya akan dapat build immunity terhadap faktor penyebab jangkitan. Kambing jalanan ok je, kan? Dalam quest untuk membina superior herd, some will fall.
Rawatan: jika melihat seekor kambing tu ada tanda-tanda pneumonia. Boleh berikan suntikan amoxicyllin(Naomox etc), penicillin (PenStrep etc.), ceftiofur (Excenel RTU, sangat mahal!!) atau mana-mana antibiotics yang boleh menyerang gram negative bacteria. Oxytetracycline boleh juga. Ladang aku jarang pakai Oxytetracycline ni. Kami guna yang jenis emulsified antibiotics. Tapi setahu aku, rawatan ini hanya untuk prolong the life of the affected goat. Recurrence is still a valid risk. Unless kambing tu dah betul-betul jadi hardy. Di sinilah darah tempatan amat-amat diperlukan. Gene hardy.
Aku harap tiada lagi kes sama akan berulang. Maybe aku kena rotate grazing ground untuk kambing jantan ni. Try tengok jika ada perubahan.
Edited: Aku juga sempat measure body temperature kambing jantan tu. Ada slight fever of 104°F.

Monday, 19 May 2014
Akrobat dan Borak Kosong
Bukan acrobat reader dalam computer tuan-tuan. Tapi kambing saya yang agile lagi tangkas. Hebat sense of balance nya. Juara lompat pagar kandang. Dia ni juga hebat buka pintu stor makanan.
Muda lagi kambingnya. Betina. Belum nampak tanda-tanda nak kahwin. Gatal tu belum ada. Lagi 3 bulan, kalau tak kahwin jugak, aku jual. Hahaha.
Hari ni aku gi melawat kandang orang. Kambing tenusu. Tak ambik gambar pun. Cuma borak-borak dengan tuan kandang pasal industri. Bila aku sebut aku bermula dengan lembu, dia senyum kambing. Sebab masing-masing tahu prospect lembu sekarang macam mana. Teruk. Dan akan lagi teruk bila datang bulan puasa dan raya korban nanti.
Every body is doing kambing now. It's a good time. A high time. Dari breeder sampailah trader dan importer sampailah kepada end users. Seolah semua beralih kepada kambing. Semua nak makan kambing. Semua nak kenal kambing. Kawan-kawan aku dikampung yang kerja government pun dah invest untuk bina bangsal kambing. Sama ada untuk supplement income diorang atau untuk santai-santai nak buang masalah dalam kepala. One good problem that arises from this; harga breeder stocks naik. Susah nak jumpa yang bawah $300 macam aku mula-mula beli kambing dulu, walaupun yang sakit-sakit. The current going price is between $350 to $500 per head.
Berkaitan kambing juga, kawan aku yang buat business kambing panggang juga tak menang tangan memenuhi tempahan di sekitar Kota Bharu. Semua orang dah tak takut sakit kepala bila makan kambing. Ada majlis sikit je mesti panggil orang panggang kambing sekor. Dah jadi satu trend. Kahwin, aqiqah, tunang, doa selamat, kesyukuran, mesyuarat kerajaan, kursus jabatan, family day dan sebagainya.
Tadi juga aku borak-borak dengan seorang lagi rakan ternak dari Kota Bharu. Dah pencen orangnya. Dia hairan kenapa daging "kambing" import frozen dari Australia banyak lemak. Tak macam kambing tempatan. Bila aku bagitau "kambing" yang frozen tu sebenarnya biri-biri, dia macam tercengang. Hmm..mungkin revelation, mungkin rasa tertipu. Maaf lah kalau aku dah spoil mood dia. Tak bermaksud pun. Tapi aku just nak bagitau the truth je.

Friday, 16 May 2014
Breeding vitality
Entry kali ini aku kira kesinambungan apa yang Tuan Alwi bincangkan di blognya. Tapi aku tak mahu cerita pasal biri-biri. Cerita pasal kambing.
Ya..aku pembiak baharu. Status sebagai pembiak baharu mungkin belum membolehkan aku bercakap mengenai pembiakan kambing. Tapi aku spend almost 8 jam sehari; 5 hingga 7 hari seminggu memerhati dan cuba memahami kawanan kambing aku.
Pertama sekali, bercakap mengenai pejantan. Pejantan mestilah yang fit dan berstamina tinggi. Macam mana nak jadikan mereka fit dan berstamina? Bebaskan..bebaskan..macam lagu Frozen anak aku selalu nyanyi. Kena lepaskan mereka. Biar cukup exercise. Biar lebih exercise. Aku juga suka gunakan khidmat secondary buck sebagai penggalak kepada primary buck. Secondary buck boleh jadi sama saiz atau direct competitor kepada primary buck tadi. Tujuan di sini lebih kepada permainan psychology kerana pejantan masing-masing akan cuba untuk mengembangkan zuriat masing-masing. Aku perhatikan jika salah seekor pejantan kembali ke dalam rut, yang seekor lagi juga akan turut serta kembali dalam rut. Seolah pemangkin, seolah challenger antara satu sama lain. Aku juga perasan, tak semua induk sukakan primary buck ini. Jadi kena bagi induk lebih pilihan sikit. Biasanya ada induk yang prefer secondary buck yang lebih lembut "permainannya". Get it?
Induk juga perlukan exercise, lebih exercise. Perlu untuk berjalan jauh untuk menemui dan memenuhi keperluan calorie, mineral dan vitamin. Juga amat perlu untuk berjalan sebaik sahaja selepas melahirkan anak. Ini bermakna kena lepaskan mereka untuk keluar meragut selepas mereka beranak. Jangan buat mereka berpantang. Mereka perlu cari "ubatan" untuk cepatkan mereka kembali menjadi subur.
Dewormer; aku belum boleh sahkan. Tapi aku ada syak bahawa dewormer ini boleh sebabkan penurunan kesuburan baik dalam induk atau pejantan. Bila aku deworm pejantan. Jadual biangnya terganggu. Itu yang aku perhatikan dulu. Pejantan akan miss rut mereka yang biasanya akan hadir 2 minggu sekali. Bagi betina yang aku buat post partum deworming pula meningkat intervalnya dari 5 bulan 2 minggu hingga 6 bulan 1 minggu. Pun begitu, betina yang aku tak buat post partum deworming, perform elok je. Interval makin singkat dan kidding rate meningkat. Aku syorkan baik buat pre partum deworming. Tapi tuan-tuan akan berbelah bagi sebab kambing masa ni amat cantik, bulat, bulu berminyak, selera makan tinggi. Seolah against your insticnt to deworm your goats. Aku hanya buat bagi induk yang aku tau susceptible to worm infestation post kidding(first time mothers biasanya!). Bagi induk yang aku tahu boleh perform aku biarkan sahaja. Mereka akan okay-okay sahaja.
Mineral blok, salt licks; aku perasan semenjak aku bertukar kepada mineral blok yang mempunyai unsur copper, kambing aku semakin mantap. Cekap rumennya. Jarang diarrhea, pertumbuhan yang lebih cepat, saiz anak yang lebih besar dan overall health yang excellent (tiada selsema, demam etc.) Aku gantung mineral blok ni di seluruh kawasan ragutan. Tidak terhad di dalam kandang sahaja. Seperti air, kambing perlukan easy access, unlimited access kepada mineral blok ini. Dulu aku takut-takut nak beri mineral blok yang ada copper ni, sebabnya takut keracunan. Pernah ada kematian disebabkan keracunan copper. Tapi tu copper daripada dedak sebab makan tanggung. Copper adalah penting!!
Faktor parasit; aku setuju dengan pendapat alwi. Parasit pun memainkan peranannya tersendiri untuk activate survival instinct. Tempat aku memang tinggi concentration parasitnya. Roundworms dan flukes. Belum kira pepijat, kutu babi lagi tu. Everyday kena cari kutu dan pepijat. Rata-rata induk aku baru masuk 3rd parity dan pada kelahiran kali ini aku saksikan sudah ada kelahiran kembar tiga. Paling menakjubkan, induk kecil setinggi 2 kaki 4 inci, berat sekitar 28kg mampu lahirkan kembar 3. Pada 1st dan 2nd parity ia hanya lahirkan seekor anak pada setiap kelahiran. Kali ini terus 3 ekor. Pertukaran yang aku lakukan hanya pada perkara yang aku sebut di atas.
Sekian.

Laporan Cuaca dan Berita Sampingan
Sejak seminggu lepas, di Rantau Panjang hujan turun dengan lebat pada sebelah petang disertai dengan ribut petir. Waktu pagi dan tengahari adalah panas dengan kelembapan yang sangat tinggi sehingga melemaskan.
Disebabkan hujan yang lebat, rumput kembali segar dan menghijau. Juga menyebabkan kambing mengalami diarrhea yang ringan. Tak perlu intervention. Tak perlu ubat. Satu atau dua kolam septik mula dinaiki air. Tak dalam pun. Tapi aku kena berhati-hati juga sebab ada anak kambing yang keluar meragut.
Biasanya hujan turun lebih kurang jam 4pm. Kira-kira sejam selepas kambing jantan turun meragut. Nasib baik mereka ni kalis air, setakat hujan biasa takde ribut, mereka akan terus meragut.
Oh ya dalam berita 2 hari lepas ada cakap pasal larangan sembelih lembu betina, dirisaukan akan menyebabkan kekurangan induk dan menjurus kepada kepupusan spesis yang bernama lembu di Malaysiaku tercinta. I wanna keep a straight face in regards to the said statement. Malaysia akan kehabisan lembu suatu hari nanti. Itu adalah ultimate target para pengimport. Nasib lah sebab lembu lambat berkembang biak. Senang jadi target. InsyaAllah tak akan berlaku kepada kambing. Kena ramaikan lagi pembiak ni. Jangan pandang pada bilangan dalam kawanan. We need to focus more on quality. Supaya dapat menandingi kambing import. Eh, kambing import ada kualiti ke?
Nak kata aku give up dalam arena perlembuan, mungkin ya. Dah halfway give up. Tapi minat masih ada, sebab tu lah masih ada lagi saki baki lembu kat ladang aku. Lagipun nak pelbagaikan ternakan. Boleh juga sembelih sekor for own consumption. Mungkin lepas ni, bila dah berpindah sepenuhnya di ladang, aku start bela ayam, itik dan lain-lain. Nak unlock level 100 in terms of self sufficiency.
Terima kasih.

Meragut dalam hujan lebat..Ada aku kisah? Aku berdarah tempatan lah!!!

Tuesday, 13 May 2014
Sebelah Paginya
Cuti wesak hari ni. Jadi tiada urusan di Kota Bharu. Traffic was smooth. Aku sampai awal di ladang. Kambing baru on auto-pilot for less than 30 minutes. Staff sedang kumpulkan tahi kambing. Ada orang nak datang ambil lusa ni. Tukar dengan dedak. I still think that it's better to barter the manure with goods(goat pellets) rather than to receive monetary benefit and claim that the money received is to cover the expenditure involved(labor charges) to get the dung from beneath the barn and into the sacks. We are prohibited to make gains on such impure source.
Pagi ni nyaman sekali, semalam hujan turun. Takde la lebat sangat, tapi cukup untuk buat udara pagi nyaman. Kambing aku sedang meragut di paddock simpanan lembu korban. Dulu kawasan ni digunakan untuk simpan lembu korban. Boleh muat dalam 600 ekor kawasan ni. Tu kira padat la. Sekarang dah tak digunakan lagi.
Aku suka kawasan ini sebab ianya berada di hujung ladang aku. Agak terpencil. Boleh dengar bunyi burung murai, merbuk etc. Boleh lihat rama-rama, pepatung terbang. Boleh tengok biawak merangkak. Seakan savannah. Bela kuda pun bagus juga. Kuda suka rumput dan padang macam ni. Tapi, kuda tak selaju motocross aku. Hmmm..ada sapa nak tukar tak motocross dengan kuda? Hahaha..
This is good life for me. Hilang segala serabut kepala. Hilang segala obsesi terhadap wang ringgit. Hilang segala kerisauan. Yang hadir hanya kekaguman terhadap keindahan alam ciptaan tuhan, kekaguman terhadap binatang peiharaan nabi-nabi kita dan kekaguman terhadap peluang yang diberikan oleh tuhan untuk aku menikmati saat ini.
Awesome - schmawesome!!
Lepas 30 minit termenung tengok kambing, aku join staff aku kumpul tahi kambing bawah kandang.
(I am sorry my dear father, I work TOGETHER WITH my worker, I don't want for them to work for me. I get more out of them this way)

Anak Kambing Kecacingan
Dulu aku pernah cerita, anak kambing aku start deworm umur 3-4 minggu. Then repeat every 10 days for 30 days. Lepas tu baru buat selective. Tujuannya nak bagi fighting chance kepda anak kambing untuk jadi a step ahead daripada parasites yang ada dalam perutnya. Umur 3-4 minggu ni aku dah ajar turun kandang untuk makan dedaun dan rumput. Alasan satu, untuk tambah probiotik dalam rumennya. Alasan dua, nak latih supaya rumennya jadi efficient dan cepatkan tempoh susuan.
Hari ni anak-anak kambing yang umur 2 hingga 3 bulan turun meragut. Actually ramai yang main melompat dari yang betul-betul browsing. Bila waktu tengah hari, tahap kepanasan maksima, semua dah naik ke kandang. Waktu inilah yang aku perhatikan stools anak-anak kambing. And today was my lucky day. Aku jumpa apa yang aku cari. Tahi yang bercacing.
Yup..anak kambing berak tahi bersama cacing (mati). Soft, pasty stool. Green to dark green. With dead worms. This means aku dah eliminate cacing yang ada dalam perut anak kambing aku. And same fate for those ever pesky flukes. Anak kambing aku nampak ok. Tiada tanda anemic. The coat is shiny and unruffled. Growth rate is above average.
Syukur. Jadi selepas ini hanya perlu buat selective deworming sahaja.
Side note: walaupun kawanan kambing aku secara amnya makan rumput, istilah browsing masih boleh digunakan kerana mereka hanya memilih pucuk sahaja. So, that's still conaidered as browsing, at least in my dictionary.

Tahi bercacing
Sebahagian dari anak kambing sedang browsing di kawasan yang baru diterangkan dengan jentolak. Tak nak anaconda menjelma.
Yup..anak kambing berak tahi bersama cacing (mati). Soft, pasty stool. Green to dark green. With dead worms. This means aku dah eliminate cacing yang ada dalam perut anak kambing aku. And same fate for those ever pesky flukes. Anak kambing aku nampak ok. Tiada tanda anemic. The coat is shiny and unruffled. Growth rate is above average.
Syukur. Jadi selepas ini hanya perlu buat selective deworming sahaja.
Side note: walaupun kawanan kambing aku secara amnya makan rumput, istilah browsing masih boleh digunakan kerana mereka hanya memilih pucuk sahaja. So, that's still conaidered as browsing, at least in my dictionary.
Monday, 12 May 2014
Kambing Binatang Yang Pandai
Kat kandang aku ada seekor induk dara kacukan katjang dan seekor induk dara pure saanen. In particular, 2 ekor ni lain dari kambing yang lain. Dan 2 ekor ni juga adalah exact opposite dari segi personaliti antara satu sama lain. Tapi berkongsi satu denominasi, iaitu kepandaian.
Yang katjang ni naturenya agak liar, susah nak tangkap, nak sentuh pun susah. Pandai lompat kandang. Pagar kandang setinggi 3 kaki setengah tak mampu halang dia. Dia akan lompat dari satu kandang ke kandang lain. Meniti di atas keping kayu 1x2 persis beruk sarkas. Hebat sungguh. Lariannya kencang. Tubuhnya panjang dan tinggi.
Yang saanen pula manja habis. Macam kucing. Degil pun ya jugak. Tahan lasak. Tapi dalam kelasakannya, manja dia tetap ada. Suka diusap, dibelai. Kalau aku sedang buat rawatan, perah susu mesti dia ada di sebelah. Gigit bajulah, gigit telinga aku lah, gigit rambut aku. Rimas betul. Masa mengembala pun dia ikut tepi aku tak campur kawanan lain. Mengekor je kerja. Pernah sekali dia ikut sampai nak masuk dalam kereta sekali dengan aku. Aku rasa kesedarannya sebagai seekor kambing adalah kurang berbanding kambing-kambing yang lain. Mungkin ada identity crisis.
Tapi kedua-dua ekor kambing ni kongsi satu kebolehan yang sama, iaitu kebolehan untuk buka selak pintu stor kandang. Pintu stor tu dah ada dua selak. Satu jenis yang biasa dan satu lagi pakai dawai lilit dekat sebatang paku. Dua-dua selak kunci tak boleh nak halang kambing ni. Mereka dah tahu macam mana nak buka pintu tu. Dan memang mereka suka perhatikan aku atau staf aku keluar masuk bilik tu. Habis dedak untuk induk beranak di makannya. Geram pun ada. Marah pun ya. Tapi bila fikir kepandaian mereka aku jadi impressed pulak. Jadi tak marah dah. Under a goat spell.
Pandai sungguh binatang ciptaan tuhan ni.

Sunday, 11 May 2014
Kelahiran Pertama
Berkait dengan entry aku sebelum ni. Induk di ladang aku rata-ratanya masih muda. Ada yang tua. Tetapi purata umurnya aku kira lebih kurang 2 tahun. Dan dari awal operasi aku banyak menerima anak kambing dari kelahiran pertama.
Satu pattern yang aku perasan ialah; bagi kelahiran pertama anak kambing biasanya akan ikut ibunya dari segi rupa fizikal. Maksud aku coraknya. Melainkan jika dah dikacuk dengan baka lain. Maksud aku, jika dikahwinkan katjang X katjang maka anak yang lahir akan menyerupai fizikal ibunya hampir 100%. Warna sama. Bentuk muka sama. Corak sama. Kekerapan ini berlaku pula adalah dalam lingkungan 80%.
Kata orang photostat mak dia lah. Agak menarik sebenarnya. Tapi bila dah anak kedua tak ikut ibu dah. Dah jadi campur. Dan aku juga perasan, jika katjang dikacukkan dengan boer, anak kambing yang dihasilkan biasanya tak akan mempunyai lebih dari dua warna.
Uniknya ciptaan tuhan.
Dylan dengan anak nya yang pertama. Sebijik. Ini satu contoh dari ramai lagi yang lain.
Satu pattern yang aku perasan ialah; bagi kelahiran pertama anak kambing biasanya akan ikut ibunya dari segi rupa fizikal. Maksud aku coraknya. Melainkan jika dah dikacuk dengan baka lain. Maksud aku, jika dikahwinkan katjang X katjang maka anak yang lahir akan menyerupai fizikal ibunya hampir 100%. Warna sama. Bentuk muka sama. Corak sama. Kekerapan ini berlaku pula adalah dalam lingkungan 80%.
Kata orang photostat mak dia lah. Agak menarik sebenarnya. Tapi bila dah anak kedua tak ikut ibu dah. Dah jadi campur. Dan aku juga perasan, jika katjang dikacukkan dengan boer, anak kambing yang dihasilkan biasanya tak akan mempunyai lebih dari dua warna.
Uniknya ciptaan tuhan.
Bubba the Black Sheep
Kat ladang aku ada seekor biri-biri solid hitam. Biri-biri kampung je. Aku tak tau baka apa. Aku beli biri-biri ni untuk anak sulung aku. Dari berikan dia patung Barbie; baik aku bagi biri-biri. Boleh sikat rambut, letak mekap, mandikan, potong kuku, polish kuku, letak shampoo, cukur kening, potong rambut etc. Sama juga dengan patung Barbie.
Penjagaan biri-biri ni bagi aku 100 kali lagi senang dari kambing. Tak banyak kerenah. Makannya tak memilih. Rumput kering pun di baham. Senang yang terlajak amat (atau sebab aku bela sekor je?). Sekali hari tu je buat deworm. Lepas tu aku tak bagi apa-apa dah.
Dulu masa mula-mula sampai ladang, umurnya baru 2 bulan. Belum betul-betul cerai susu. 5 hari 5 malam mengembek mencari ibunya. Sampai serak tak keluar suara. Tidur pun seekor dia je berteman seekor lagi lembu laga (ex-fighter).
Sekarang bila dah besar sikit, mula masuk kawanan kambing aku. Turun meragut sekali, tidur pun dalam kandang sama-sama dengan induk yang lain. Tapi aku tengok Bubba ni sneaky orang nya. Dia tak melawan dengan pejantan kawanan kambing aku. Ikut je dari belakang, kira macam balaci pejantan aku la. Tapi tu depan-depan. Bila pejantan kawanan aku tak ada atau distracted, Bubba ambil kesempatan untuk panjat kambing betina aku. Gersang sangat Bubba ni. Dah aku tak bagi dia biri-biri betina.
Orang kata tak lekat benih biri-biri campur kambing. Tapi baru-baru ni kat Ireland seorang penternak biri-biri kat sana dah annoumced dia berjaya kacukkan biri-biri dengan kambing. Hasilnya ialah Geep (Goat+Sheep). Tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Kena buat DNA sequencing baru boleh confirm kot.
Apa-apa pun Bubba masih jinak lagi buat masa sekarang. Besar-besar esok tak tahu lah. Biasa biri-biri jantan ni kuat menanduk. Harap Bubba ni tak begitu lah.

Saturday, 10 May 2014
Kambing Bunting
Aku cukup kagum dengan induk kambing yang bunting. Satu tanda kebesaran sang pencipta. Beranak pula ada yang seekor, dua ekor dan tiga ekor. Lebih dari tu pun ada(bukan kandang aku la).
Sepanjang tempoh bunting pun aku boleh perhatikan pelbagai perubahan pada induk kambing tu. Kalau yang bunting 1st parity, dapat perhatikan perubahan dari keanak-anakan, selalu melompat terkinja, bila dah bunting jadi lebih sopan. Makan pun berselera. Bila kandungan dan cecah dua bulan, bulu pula jadi cantik, kemas dan "berminyak". Perut mula melabuh. Susu semakin membesar dan aku perhatikan induk kambing juga punya nesting instinct. Biasa nak duduk berehat di penjuru petak. Duduk di kawasan yang bersih, dekat dengan sumber air.
Bila dah hampir dengan kelahiran, perubahan ketara dapat dilihat. Jalan semakin slow. Selalu tertinggal di belakang kumpulan. Tercungap. Makan pun tak berapa nak selera time ni. Najis jadi sedikit lembut. Clumpy. Mungkin kerana ruang rumen dah terhad menyebabkan proses penghadaman menjadi semakin singkat dan kurang efficient. Time ni juga tulang pinggul semakin menimbul tanda persediaan untuk memberi laluan kepada anak di dalam kandungan.
Selepas melahirkan anak pula, bagi induk muda, paling ketara adalah perubahan suara. Dari suara keanak-anakan bertukar menjadi suara kambing dewasa. Time ni boleh nampak induk tadi berubah menjadi kambing yang protective terhadap anaknya. Waktu tengahari, induk akan balik untuk susukan anak mereka. Tanpa cue dari sesiapa. Seolah mereka tahu waktu susuan untuk anak mereka. Tapi ada juga jenis yang tak hiraukan anaknya. Balik lenggang kangkung time petang sama macam kambing lain yang tak ada anak. Membiarkan anak kelaparan. Not good.
Aku suka perhatikan kambing aku dan setiap perubahan yang dilaluinya.

Wednesday, 7 May 2014
Saanen Cross
Kelahiran kali ni banyak sungguh saanen cross. Tak sangka pulak pejantan tu gagah perkasa juga. Nampak macam lembik. Pondan. Tapi ramai induk yang melahirkan anaknya. Gene yang dibawa juga kuat. Hampir kesemuanya warna putih. Ada wattle. Telinga macam Master Yoda. Ada beberapa ekor tak nampak langsung darah kacukannya. Seolah pure saanen. Kesian mak dia. Tolong mengandungkan aje sebab langsung tak ikut mak.
Apa-apa pun syukur. Anak saanen cross ni tak lembik macam saanen ori. Cergas dan pantas. Tahan haba panas. Setakat ni takde lagi yang kena puru. I'm about to unlock the gene that is resistant to orf. Exciting indeed.
Satu lagi kelebihan, aku boleh mark up sikit harga anak-anak saanen ni. Jual sebagai baka. Saanen cross.
Tapi setakat ni je lah generasi saanen ni sebab aku dah bagi kat orang pejantan tu. Dan aku tak bercadang nak simpan anak-anak jantan nya. Apa-apa pun terima kasih atas khidmat mu Gandalf the White. Terbukti kamu adalah antara kambing pure saanen yang hebat kerana diet hanyalah rumput dan daun. Tiada dedak. Tahan parasit. Dan mempunyai libido dan stamina yang tinggi.
Ibu dan anak. Lamgsung tak ikut rupa ibu.

Berdiang, mendiang?
Aku rasa berdiang kot. Mendiang tu orang yang dah mati. Berdiang tu yang pakcik makcik kat kampung sibuk-sibuk hidupkan api time maghrib kat tepi kandang, bawah kandang nak bagi hangat kambing di waktu malam.
Aku tak nafikan ada betulnya cara orang dahulu bela kambing. Kalau salah caranya takkan kambing berkembiang biak sehingga ke generasi kita ni. Cuma dulunya mungkin sebelah malam memang sejuk, nyamuk besar-besar macam ayam. Jadi keperluan terhadap berdiang ni adalah priority no. 1 bagi nak elak masalah yang timbul dari dua perkara tadi. Mungkin juga naknelak pneumonia. Bijak sungguh orang-orang dahulu!
Sekarang ni macam dah panas sangat sebelah malam pun. Pagi-pagi pun dah panas. Nyamuk pun dah jadi semakin kecil. Aku memang tak buat unggun untuk kambing aku. Dulu aku dah pernah cerita ni. Ada 3 asbab. Pertama aku malas. Kedua, aku rasakan ianya akan melemaskan kambing aku dengan asap dan sebagainya. Nak-nak untuk anak kambing yang baru lahir. Ketiga, sebab kambing jalanan pun tak pernah berdiang, tapi ok je diorang ni.
Dan baru-baru ni setelah aku dengar satu cerita ngeri dari serang pakcik di kampung berkenaan berdiang ni lagi buatkan aku anti berdiang. Kisahnya pakcik ni kandang dia atas tanah. Dia nak buat unggun api untuk anak kambing yang baru dilahirkan. Kembar 3. Bila dah malam sikit dia dengar bunyi bising anak-anak tu. Agaknya berebut susu. Tapi bila esok dia gi check kambing dia, 2 ekor anak dah takde. Jadi kambing panggang. Rentung. Kesian. Kesian kat anak kambing tu. Azab sungguh mati terbakar. Ini yang kadang-kadang aku fikir banyak cons dari pros nya bab berdiang ni.
Mungkin takde rezeki pakcik tu. But still, aku kesian kat anak kambing tu. Seksa sungguh kematiannya.

Tuesday, 6 May 2014
Anak Kambing Yang Tak Cukup Susu
Sekarang kidding season di kandang aku. Almost everyday since last 2 weeks kami menyambut kelahiran anak kambing. A fun and hectic time indeed.
Ada kelahiran single, kembar 2 dan juga kembar 3. Single tak banyak kerenah sangat. Kembar 2 dan 3 yang biasanya akan bermasalah. Paling utama yang menentukan survivability anak kambing ialah access mereka kepada susu. Ada induk yang produce susu kurang dari keperluan anaknya. Ada juga yang produce lebih.
Jika ada anak yang kekurangan susu, terpaksa aku ambil dan berikan susu dari induk yang lain. Masalahnya aku tidak sentiasa berada di ladang. Dan pekerja pula hanya lah sebagus extension tangan kita; bukan sebagai tangan kita yang sebenarnya. Maksudnya kerja yang kurang perfect lah dari segi penjagaan anak kambing. Penjagaan anak kambing perlu kepada lebih ketelitian, sharp eyes untuk tengok keperluan individu anak kambing.
Menjadi tugas aku sekarang untuk make sure 2 atau 3 ekor anak yang tak cukup susu supaya diberi susu dari induk lain (bukan bottle) dan memastikannya betul-betul kenyang. Pagi dan petang. Keadaan ini hanya sementara sehinggalah anak kambing yang kurang dapat susu tadi dah besar dan pandai melawan/berebut dengan abang atau adiknya yang lebih besar.
It is no easy task. Perlu kepada passion, belas ihsan terhadap binatang, kesabaran, tulang belakang yang mantap untuk mencangkung untuk jangkamasa yang lama (tulang belakang aku tak mantap sebab dulu accident basikal BMX; tiru gaya Matt Hoffman dan Dave Mirra)
I am not talking about giving our goats more pellets so that they produce more milk. But rather giving the littlest guys a fighting chance to suckle for milk fron their moms. Sort of handicap. The milk is always there but the bigger sisters/brothers always gets it before the younger ones. Jadi kita harus intervene untuk case sebegini. Mungkin untuk 2 minggu pertama. Paling lama pun 3 minggu kena buat intervention macam ni.
Waktu yang mencabar.

Monday, 5 May 2014
Menentukan c.o.d. kepada C.O.D.
Sebagai seorang pembiak/penternak benda yang paling menyedihkan aku adalah kematian ternakan. It doesn't matter how many times it has happened, I still feel bad about it. Bummed out. Every time. And being an inquisitive person that I am, I always seek to know the cause of death of my goats.
Aku suka buat post mortem; pengetahuan aku limited. Aku bukan seorang vet. Tapi itu tidak menghalang aku dari nak figure out apa penyebab utama kematian kambing aku.
Usually, upon the first inspection on the internal organs one could already conclude the c.o.d. Antara penyebab utama kematian kambing yang biasa adalah pneumonia, anemic, copper toxicity, ketosis atau radang organ penting yang lain seperti ginjal, limpa dan lain-lain yang menyebabkan total system failure and the inevitable result, that is death. Tapi itu bagi aku tidak cukup memuaskan hati. Not easily satisfied.
Aku perlu tahu apakah penyebab kepada c.o.d. tadi atau dengan kata lain the real c.o.d. to the c.o.d. Ada faham ke?
Ambil contoh pneumonia. Senang nak confirm kan kambing mati sebab pneumonia. Paru lebam atau bengkak atau ada fibrosis atau ada excess fluid kita terus kata pneumonia. Tapi tanggungjawab sebagai seorang pembiak kena cari apakah penyebab pneumonia tadi. Viral ke, bacterial ke, infection atau environmental? Bila dah tahu penyebab sebenar kepada penyebab sebenar kematian barulah kita boleh jadi expert. Barulah kita boleh nak eliminate causative factor dari herd kita. Baru lah kita boleh nak elak ubat cap pisau di masa hadapan.
Terkait dengan musim sekarang yang panas dengan bahang yang amat kuat. Waktu petang bila dah redup sedikit hujan pula turun. Perubahan cuaca panas kuat dengan kelembapan tinggi pada sebelah malam boleh menyebabkan pneumonia. Ini tiada kaitan dengan virus atau bacteria. Jadi vaksin di dalam keadaan begini seolah tidak berguna. Nampak tak?
Contoh lain macam anemic, ya senang nak conclude kambing mati sebab anemic. Takde darah dalam badan. So mati lah kambing tu. Tapi tu tak selesaikan masalah. Kena tahu apa penyebab anemic. Memang betul, parasitic effects most of the time. Tapi kita kena tahu juga parasit jenis apa. Internal or external? Baru boleh buat preventive measure untuk herd kita. Tahu jenis parasit baru tahu dewormer atau chemical jenis apa yang nak dipakai.
Bagi aku, seorang pembiak/penternak harus membudayakan sifat ingin tahu akan penyebab kepada penyebab kematian ternakan. Elakkan ubat cap pisau selagi boleh. Kerana kematian ternakan itu adalah perkara yang paling menyedihkan bagi seorang pembiak/penternak.

Saturday, 3 May 2014
Lawak Hari Ini
Mat saleh yang post kat craiglist pun tak lawak macam ni. It might have been a typographical error on the writer's side. But it's still funny. Lifts up my mood, on otherwise a bluesy morning.
Kat bawah ni yang beberapa minggu lepas. Dia sebenarnya nak jual kambing atau nak jual candik (bul bul)?
Untitled
Aku rasa aku makin menjadi seorang pendiam sejak aku bela kambing. Aku cuba elak untuk berinteraksi dengan manusia. Aku cuba elak untuk berkumpul di kedai kopi. Berbual kosong. Aku cuba elak untuk pergi ke bank (read: a crowded place) atas urusan syarikat. Aku selalu minta bantuan adik aku untuk buat segala transaksi. Jaga bank, penyambut tetamu, staf di kaunter, back office staff sehingga ke manager semua aku kenal dan sentiasa bertegur-sapa. Sekarang aku betul-betul mengelakkan diri nak ke bank. Sehingga mereka semua pun hairan aku dah berubah. Bukan unfriendly. Just less talkative.
Kalau dulu aku ambil pusing hal politik negara(mungkin juga cenderung ke satu pihak), isu-isu semasa, sekarang aku jadi tak kisah pasal apa-apa. Muak dengan semua politicians. Hipokrit.
Sekarang aku dalam persiapan untuk menetap sepenuh masa di dalam ladang. Aku rasa mungkin sedikit hari lagi di masa hadapan aku boleh mengelakkan sepenuhnya interaksi yang tidak perlu (unnecessary) dengan manusia lain.
Aku lebih suka habiskan masa denga isteri dan anak-anak (though not as much as I would like to - great distance being the reason). Aku lebih suka habiskan masa di dalam kandang dan di dalam ladang. Cuba untuk mengenali personaliti setiap ekor kambing aku. Cuba untuk memahami 'body language' mereka.
Hari ni aku bawa isteri melawat ladang. First time in a long time. Dan aku perasan perubahan pada kambing aku. Semua mata yang ada terjegil pada isteri aku. Muka melopong. Kepala sekor-sekor tersembul keluar dari petak masing-masing. Mungkin sebab tak ramai perempuan yang datang ke kandang dan mungkin sebab tak kenal dengan isteri aku. Ada yang more adventurous datang dekat seakan ambil bau. Apa-apa je lah kambing ni.
Aku juga dah jarang demam selsema sekarang ni. Dulu selalu demam masa bela lembu. Ada dua kemungkinan. Pertama stress factor dah berkurangan dengan banyaknya. Jadi immune system aku tak affected, susah nak demam selsema. Kedua, tuhan yang esa dah tak bagi peluang untuk ampunkan dosa-dosa kecil. Aku haraplah bukan yang kedua. Tapi, aku banyak juga lalai ni. Hmmm
Aku ada seorang kawan, bela kambing juga. Umur mid 40's. Kagum, sebab di usia dia, masih ada masa untuk menghadap tok guru quran, belajar betulkan tajwid. Makan, pakai, wang, anak-anak, kereta, motosikal semua ada dan cukup walaupun tak mewah macam kawan-kawan yang kerja dengan gaji lebih besar. Tapi yang lebih bererti, ada masa untuk belajar ilmu akhirat sedang mereka yang lain sibuk kejar dunia.
Semua ini buat aku berfikir.

Friday, 2 May 2014
Jangan Lupa Basuh Berak
3 hari tak masuk ladang. Hari ni baru masuk. Benda buruk selalu berlaku bila aku ambil cuti panjang macam ni. Isk.
Macam cerita semalam. Induk muda yang mengalami komplikasi kelahiran. Hari ni masa masuk ladang dan aku perasan seekor anak kambing berusia 6 hari seperti dalam kesakitan. Ya, betul sangatlah. Bontot nya dah rabak dibaham ulat berengga. Ini sebab tak basuh berak la nih.
Ya tuan-tuan, tempoh satu minggu pertama amat kritikal bagi anak-anak kambing. Tak boleh nak harapkan induk untuk menjaga kebersihan anak-anaknya. Tambahan pula jika beranak lebih dari dua. Minggu pertama, diet utama anak kambing ialah susu dari induk. Tahi yang keluar pun tahi susu. Consistency seakan paste ubat gigi cuma berwarna kuning dan bau susu lah, macam susu masam pun ada. Tahi susu ni cepat mengering bila terdedah kepada udara dan tahi ni juga senang melekat kat bontot, ekor dan bulu peha anak kambing.
Kalau si ibu lambat nak cuci tahi ni ianya akan menarik perhatian lalat. Lalat akan bertelur dan dalam masa beberapa jam sahaja akan menetas dan berengga yang terhssil akan cepat sahaja take advantage ke atas anak kambing. Kerosakan tisu akibat berengga hanya mengambil masa 2 atau 3 hari sahaja. Nak memulihkan tu kadang kala mengambil masa berbulan. Itulah yang buat aku lebih suka ambil langkah prevention iaitu dengan selalu basuh berak anak kambing. Itu pun untuk minggu pertama je. Tapi tu lah. Pekerja aku untuk jaga kambing ni seorang sahaja. Mungkin terlepas pandang. Benda dah jadi. Marah pun tak guna. Tapi aku marah juga lah. Sebab bagi aku ni adalah rookie mistake. Sepatutnya dapat dielakkan. Boleh dielakkan.
Jadi aku flush bontot anak kambing tadi dengan Ivermectin. Letak iodine dan ubat luka. Esok kena buang bangkai berengga tu. Kutip satu per satu demi nak elakkan secondary infection.
Dulu aku dah cerita, kawasan infestation berengga ni adalah antiseptic dan juga telah di"inject" dengan natural anesthetic. Bila berengga dah mati, maka tiada lagi "protection" dari berengga ni. It's just a big hole-ly wound waiting for a bacterium to start a secondary infection. Tu yang kena berjaga lebih lagi. I hope this kid will make it. I will not prescribe the kid with antibiotics, he's too young for that. Susu ibu mungkin dah cukup. As long as he suckles consistently, he should be doing fine. All the best.

Thursday, 1 May 2014
Berbidan melalui telefon
Aku bercuti 2 hari. Untuk mengambil anak dan isteri di Kuala Lumpur. Sempena cuti hujung minggu yang panjang. Aku mulakan perjalanan ke Kuala Lumpur pada hari Selasa. Singgah semalaman di Kuala Krai. Menginap di dalam ladang/hutan semalaman. Esoknya pada pagi Rabu terus sahaja bertolak ke Kuala Lumpur. Dan pagi ini (Khamis) bertolak balik ke Kota Bharu. Penat wehh.
Semasa memandu melalui pekan Kuala Lipis, pekerja aku menelefon. Katanya ada seekor induk muda, first time kidding mengalami masalah. Kaki anaknya yang nak dilahirkan dah terkeluar, tapi tak boleh nak teran dah. Dah lebih 1 jam berlalu. Agaknya anak sedikit besar. Aku terpaksa guide pekerja aku step by step. Firstly, aku minta dia buat suntikan Oxytocin, 1.5cc IM, tunggu 15 minit. Aku call balik, dan dia beritahu aku, kaki dah terkeluar sehingga paras lutut. Tapi labor process dah stop lagi. Oxytocin dah tak effective lagi. Peringkat ini dah dikira kritikal. Aku dah berkira nak sembelih atau nak selamatkan induk muda ni.
Consulted my conscience, aku minta pekerja buat suntikan Oxytocin kedua, same dosage. Dan kali ini aku minta pekerja untuk menarik sekuat hati anak yang tersangkut tu. Semasa induk meneran. Tak boleh ada belas kesian dah. Induk terpaksa tahan sakit lah. Aku juga pesan jika induk terlampau traumatized dengan experience itu, kalau agak induk dah almost fading away, bersedia untuk sembelih sahaja lah. Aku letakkan telefon dan lebih kurang 10 minit, pekerja aku call balik, katanya anak tu dah keluar, induk dah diberi minum air campuran molasses dan sedikit daun buluh (petua orang Myanmar untuk cepat keluarkan uri). Alhamdulillah, induk berjaya di selamatkan walaupun anaknya dah mati.
Tapi tempoh kritikal belum habis lagi. Aku minta pekerja observe untuk 30 minit bagi uri keluar. Jika tak keluar kena buat suntikan Oxytocin kali ketiga. Dan memang betul, terpaksa buat suntikan tu. Sebab naluri untuk beranak tu dah tiada. Jadi perlu manually start up the process again. Aku letakkan telefon dan meneruskan pemanduan aku.
Bila dah sampai ke Kuala Krai aku call lagi. Alhamdulillah, uri dah keluar. Induk muda tu pun dah mula bangun dan makan/minum. Hanya perlu perah colostrum dan susu untuk hari mendatang bagi mengelakkan mastitis. Boleh juga buat ibu susuan bagi anak kambing lain yang kekurangan susu.
Disclaimer: Aku guna hands free masa cakap telefon sambil driving.

Subscribe to:
Posts (Atom)