Friday, 30 May 2014

Antara Anemic dan Susu Dari Induk

Bila tiba musim kidding akan ada induk yang tak cukup susu untuk diberikan kepada anaknya. Boasanya berlaku kepada induk yang melahirkan kembar 2 atau 3.

Walaupun aku ada beri supplement berbentuk concentrate kepada induk ini ianya masih tidak membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu. Aku mengaku aku berikan terlalu sedikit concentrate kepada induk yang sedang menyusu. Tetapi sepatutnya induk yang menyusu ini harus mengikut jejak langkah induk kambing jalanan iaitu tiada sebarang pemberian makanan tambahan dan masih boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk anaknya.

Aku perhatikan induk yang mengalami masalah kekurangan susu ini biasanya ada tanda-tanda anemic. Biasanya disebabkan oleh bebanan cacing yang tinggi. Pada minggu pertama hingga ketiga induk tiada masalah untuk menghasilkan susu, bila anak sudah berumur sebulan masalah kekurangan susu ini makin ketara sehinggakan aku terpaksa buat intervention dengan membawa anak kambing untuk diberikan susu dari induk yang lain.

Hal 1: selepas kelahiran, induk akan mengalami shock, stress dan menyebabkan sistem pertahanan tubuhnya menurun. Ini menyebabkan serangan dan bebanan cacing yang terlampau. Akibatnya induk mengalami anemia.

Hal 2: darah adalah amat penting untuk penghasilan susu. Kekurangan darah akan menyebabkan kekurangan susu.

Untuk penyelesaian masalah inilah maka aku lakukan prepartum deworm. Tapi bukan kepada semua induk. Aku buat secara selective juga. Dan kepada induk yang sememangnya dah di diagnose mengalami anemia, aku lakukan suntikan iron atau pun beri pil iron seperti dalam entry aku yang lepas.

Dari pemerhatian aku juga, sebenarnya kebanyakan induk yang tidak mengalami masalah anemia ini tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan susu walaupun tidak diberi supplement. Malah induk yang melahirkan kembar 3 pun tidak mengalami kekurangan susu bila aku hanya beri segenggam dedak. Aku tidak memberi sukatan dedak yang spesifik bagi mana-mana induk. Satu lagi ciri-ciri seorang penternak yang malas. Main hentam saja. Agak-agak segenggam kira boleh lah. Perancangan masa depan adalah untuk cuba incorporate indigofera pulak dalam diet induk menyusu. Cuma tunggu benih je tak sampai-sampai lagi ni..hahaha.

Kesimpulannya, untuk setiap induk yabg mengandung atau menyusu adalah amat perlu untuk mereka berada di dalam condition yang tip-top supaya penghasilan susu tidak terganggu.






2 comments:

  1. Tengah khusyuk membaca..sekali tersedak bila sampai part 'cuma tunggu benih je tak sampai-sampai lagi'

    Inssyallah selasa ni benih tu akan landing di rantau panjang..hehe

    ReplyDelete