Kadar metabolism kambing adalah tinggi berbanding biri-biri dan lembu. Kecekapan rumennya juga adalah tinggi berbanding spesis ovine dan bovine tadi. Perjalanan usus kambing juga lebih singkat berbanding kedua-dua spesis tadi.
Dedaun adalah tumbuhan yang mempunyai urat daun yang tidak selari. Manakala rumput pula adalah tumbuhan yang mempunyai daun yang berurat selari. Cara memproses kedua-dua bahan ini adalah berbeza. Tempoh untuk memproses daun yang mempuyai urat berselirat ini adalah lebih singkat. Manakala lebih masa diperlukan untuk memproses daun yang mempunyai urat selari. Usus kambing yang lebih pendek menyebabkan ianya tidak mempunyai cukup masa untuk memproses rumput. Perut kambing lebih sesuai untuk memproses dedaun. Ingat.
Juga harus diingat rumput sifat pertumbuhannya adalah dari bawah. Bahagian baru daun rumput tumbuh berdekatan dengan umbinya. Untuk mendapatkan daun rumput muda ini kambing perlu meragut rapat dengan tanah sekaligus meningkatkan risiko jangkitan parasit. Tapi aku perhatikan kambing aku hanya makan bahagian atas rumput. Keadaan rumput seperti dipotong dari atas. Mungkin ada juga bahagian bawah yang dimakan.
Sifat pertumbuhan dedaun pula adalah dari atas. Pucuk baru sentiasa tumbuh dari atas. Keadaan ini menyebabkan risiko kecacingan berkurangan dengan drastik. Lagi tinggi lagi bagus. Basah atau lembap bukan faktor penyumbang kepada kecacingan sebenarnya. Itu hanya applicable pada rumput.
Mereka akan masuk jauh ke dalam, aku tak berani lah. Ada anaconda!!
Sudah keluar dari hutan sambil tunggu geng yang masih belum keluar.
Kambing aku juga dah mula meredah untuk masuk hutan dalam usaha mencari dedaun sebagai tambahan kepada rumput. Jadi sekarang jadualnya pukul 10am hingga 12pm masuk hutan makan dedaun. Pukul 12pm hingga 3pm di atas padang ragut. Ada juga yang tak nak masuk hutan waktu pagi. Mereka akan makan rumput. Tapi so far takde nampak ketara sangat kecacingannya. Mungkin dah biasa barangkali.
Plan seterusnya mungkin aku bawa kawanan aku keluar dari kawasan ladang untuk browse di pinggir jalan sebelah kebun getah. Banyak dedau liar kat situ. InsyaAllah.
Salam hormat!!
No comments:
Post a Comment