Entry kali ini aku kira kesinambungan apa yang Tuan Alwi bincangkan di blognya. Tapi aku tak mahu cerita pasal biri-biri. Cerita pasal kambing.
Ya..aku pembiak baharu. Status sebagai pembiak baharu mungkin belum membolehkan aku bercakap mengenai pembiakan kambing. Tapi aku spend almost 8 jam sehari; 5 hingga 7 hari seminggu memerhati dan cuba memahami kawanan kambing aku.
Pertama sekali, bercakap mengenai pejantan. Pejantan mestilah yang fit dan berstamina tinggi. Macam mana nak jadikan mereka fit dan berstamina? Bebaskan..bebaskan..macam lagu Frozen anak aku selalu nyanyi. Kena lepaskan mereka. Biar cukup exercise. Biar lebih exercise. Aku juga suka gunakan khidmat secondary buck sebagai penggalak kepada primary buck. Secondary buck boleh jadi sama saiz atau direct competitor kepada primary buck tadi. Tujuan di sini lebih kepada permainan psychology kerana pejantan masing-masing akan cuba untuk mengembangkan zuriat masing-masing. Aku perhatikan jika salah seekor pejantan kembali ke dalam rut, yang seekor lagi juga akan turut serta kembali dalam rut. Seolah pemangkin, seolah challenger antara satu sama lain. Aku juga perasan, tak semua induk sukakan primary buck ini. Jadi kena bagi induk lebih pilihan sikit. Biasanya ada induk yang prefer secondary buck yang lebih lembut "permainannya". Get it?
Induk juga perlukan exercise, lebih exercise. Perlu untuk berjalan jauh untuk menemui dan memenuhi keperluan calorie, mineral dan vitamin. Juga amat perlu untuk berjalan sebaik sahaja selepas melahirkan anak. Ini bermakna kena lepaskan mereka untuk keluar meragut selepas mereka beranak. Jangan buat mereka berpantang. Mereka perlu cari "ubatan" untuk cepatkan mereka kembali menjadi subur.
Dewormer; aku belum boleh sahkan. Tapi aku ada syak bahawa dewormer ini boleh sebabkan penurunan kesuburan baik dalam induk atau pejantan. Bila aku deworm pejantan. Jadual biangnya terganggu. Itu yang aku perhatikan dulu. Pejantan akan miss rut mereka yang biasanya akan hadir 2 minggu sekali. Bagi betina yang aku buat post partum deworming pula meningkat intervalnya dari 5 bulan 2 minggu hingga 6 bulan 1 minggu. Pun begitu, betina yang aku tak buat post partum deworming, perform elok je. Interval makin singkat dan kidding rate meningkat. Aku syorkan baik buat pre partum deworming. Tapi tuan-tuan akan berbelah bagi sebab kambing masa ni amat cantik, bulat, bulu berminyak, selera makan tinggi. Seolah against your insticnt to deworm your goats. Aku hanya buat bagi induk yang aku tau susceptible to worm infestation post kidding(first time mothers biasanya!). Bagi induk yang aku tahu boleh perform aku biarkan sahaja. Mereka akan okay-okay sahaja.
Mineral blok, salt licks; aku perasan semenjak aku bertukar kepada mineral blok yang mempunyai unsur copper, kambing aku semakin mantap. Cekap rumennya. Jarang diarrhea, pertumbuhan yang lebih cepat, saiz anak yang lebih besar dan overall health yang excellent (tiada selsema, demam etc.) Aku gantung mineral blok ni di seluruh kawasan ragutan. Tidak terhad di dalam kandang sahaja. Seperti air, kambing perlukan easy access, unlimited access kepada mineral blok ini. Dulu aku takut-takut nak beri mineral blok yang ada copper ni, sebabnya takut keracunan. Pernah ada kematian disebabkan keracunan copper. Tapi tu copper daripada dedak sebab makan tanggung. Copper adalah penting!!
Faktor parasit; aku setuju dengan pendapat alwi. Parasit pun memainkan peranannya tersendiri untuk activate survival instinct. Tempat aku memang tinggi concentration parasitnya. Roundworms dan flukes. Belum kira pepijat, kutu babi lagi tu. Everyday kena cari kutu dan pepijat. Rata-rata induk aku baru masuk 3rd parity dan pada kelahiran kali ini aku saksikan sudah ada kelahiran kembar tiga. Paling menakjubkan, induk kecil setinggi 2 kaki 4 inci, berat sekitar 28kg mampu lahirkan kembar 3. Pada 1st dan 2nd parity ia hanya lahirkan seekor anak pada setiap kelahiran. Kali ini terus 3 ekor. Pertukaran yang aku lakukan hanya pada perkara yang aku sebut di atas.
Sekian.
Mohon kongsi posting ni,Bro!! Tq (Es Emdi)
ReplyDeleteErr...tq.
Deleteya aku pikir banyak yang kita boleh belajar bila gembala. sebab kita diam. kambing diam. alam diam.
Deleteterbuka hijab. bersambung kita dengan alam.
pandangan sang pengembala lebih jelas lebih jernih!
Ambo tidak kontras pandangan ngan sesiapa disini.Masa ambo kecik,umur dalam 8 ke 9 th,ambo doh plihara kambing ni .Masa tu tak kenal dewormer ke antibiotik ke dan entah ape2 lagi,tapi kambing segar je.Tapi cara nye Alwi punye,lepas bebas meragut.Kambing tahu ape yang dikehendaki oleh tubuhnye.Buat masa ni ambo tok pernah lagi bagi apa2 ubat.Nok test perform dia tanpa ubat.Pegho kambing banyok2 pah tu gembala ngan motorcross,hehehehehe!.24/5/2014 Jamboree MTB di Batu Rakit Teganu,tok nok join ko?.Salam
ReplyDelete