Friday, 30 May 2014

Kidding Rate atau Kidding Interval?

Kejayaan seorang pembiak banyak diukur dengan benchmark kidding rate dan kidding interval. Ada orang yang nak kidding rate melebih 2.0. Maknanya nak anak kembar dua dan ke atas. Kidding interval pula mesti bawah 6 bulan. Jadi seekor induk akan melahirkan anak sebanyak 2 kaki dalam setahun.

Bagi aku kidding rate tak penting sangat. Aku leboh menitik beratkan kidding interval. Sesungguhnya lagi singkat jarak kelahiran maka penjimatan masa dapat dicapai.

Dulu aku pun beria nak dapatkan anak kembar. Tak mahu induk yang melahirkan seekor anak sahaja setiap kali kidding. Tapi baru-baru ini aku sedar bahawa jarak kelahiran mempunyai weight yang lebih besar berbanding kadar kelahiran.

Jadi sekarang aku tak kisah, aku tetap akan simpan induk yang beranak satu asalkan kidding intervalnya berada bawah 6 bulan 14 hari. Itu cut off point aku.

Kelebihan kelahiran single pula dapat memastikan survivability anak. Anak kambing tidak mempunyai banyak masalah dari segi tumbesaran. Susu akan sentiasa mencukupi. Anak cepat membesar.


No comments:

Post a Comment