Tuesday, 20 May 2014

Acute Pasteurella Penumonia

Hari ni ada kambing jantan dalam fasa penggemukan tiba-tiba tak ada selera. Off feed. Ada mucus discharge kat hidung. Labored breathing. Perut pun kembung. Mata slightly depressed inwards, berair dan tidak berkilau seperti biasa.

Pada mulanya aku ingatkan kembung perut sahaja. Bagi treatment macam biasa lah. Soda Bi-carb dan minyak kelapa. Urut-urut perut. Kambing jantan tu sendawa. Keluar semua angin tapi masih lagi taknak makan, bangun atau berjalan. This is something else. Aku lepaskan sahaja di luar kandang. Nak jauhkan dari kawanan yang lain. Lebih kurang jam 4 petang, kambing tadi mengembek dengan nada berlainan. Kalau dengar pun, semua pasti ianya di dalam kesakitan. A very different kind of bleating, stressful indeed. Aku pergi dekat dengannya dan angkat ia. Memang sahih dah tak boleh buat apa. Terus amik pisau dan "ubat"kannya.

Post mortem mendapati organ lain semuanya ok, rumen pun ok, pundi kencing pun ok. Tiada lymph nodes yang bengkak. Kecuali paru-paru, about 30% dah jadi lebam, red to purplish. Firm to touch. Tiada abscess yang besar except for micro abscesses. Pneumonia lah tu. Tiada benda lain lagi lah. Jadi dalam masa lebih kurang sebulan 2 ekor kambing aku hadapi masalah pneumonia.

Apa perbezaan kedua situasi kematian pertama dan kedua? Yang pertama kalau ikut pemerhatian, pneumona yang lebih advanced sebab dah ada accumulation of fluid dalam chest cavity. Abscess yang besar-besar dan ada yang dah jadi fibrosis. Juga ada nanah dan bau yang busuk. Tapi yang tu anak kambing baru lepas cerai susu.

Kes yang kedua slightly mild. Kambing dah umur 8 bulan. Macam yang aku cerita kat atas condition internal organ nya. Kedua-dua kambing  meragut di kawasan yang sama.

Cuaca; sejak kebelakangan ini, hujan lebat pada lewat petang, panas terik dari pagi hingga petang. Kawanan kambing jantan untuk tujuan penggemukan aku lepaskan untuk meragut pada sebelah petang, kadang-kadang selepas hujan turun.  Kadang-kadang sebelum hujan dan break sekejap semasa hujan then sambung balik hingga ke lewat petang. Maknanya rumput tengah basah. Malam pula sejuk. Perubahan cuaca dan suhu yang extreme. Ini pun mungkin antara penyebab kematian.

Pasteurella Pneumonia: ini kemungkinan sahaja. Aku agak lah sebab rumput basah, cuaca/suhu extreme. Tahap kelembapan yang tinggi. Bebanan cacing yang terlalu kuat. Semua ini boleh jadi compounded factors dan buatkan immune system kambing aku lemah dan kemungkinan bacteria jahat ambil kesempatan untuk multiply. Tapi satu fakta yang tak boleh dinafikan ialah ahli kawanan yang lain semuanya ok, tiada runny nose, tiada labored breathing. Kalau nak confirmkan ianya adalah Pasteurella Pneumonia, kena buat culture la, ambil swab semua. Tapi aku tiada kemudahan tu. Lambat juga kalau nak tunggu jabatan ambil tindakan. Biasalah kerenah birokrasi. Jadi aku biarkan sahaja, anggap ianya kes terpencil. Kerana jika seekor kambing itu adalah superior ianya akan dapat build immunity terhadap faktor penyebab jangkitan. Kambing jalanan ok je, kan? Dalam quest untuk membina superior herd, some will fall.

Rawatan: jika melihat seekor kambing tu ada tanda-tanda pneumonia. Boleh berikan suntikan amoxicyllin(Naomox etc), penicillin (PenStrep etc.), ceftiofur (Excenel RTU, sangat mahal!!) atau mana-mana antibiotics yang boleh menyerang gram negative bacteria. Oxytetracycline boleh juga. Ladang aku jarang pakai Oxytetracycline ni. Kami guna yang jenis emulsified antibiotics. Tapi setahu aku, rawatan ini hanya untuk prolong the life of the affected goat. Recurrence is still a valid risk. Unless kambing tu dah betul-betul jadi hardy. Di sinilah darah tempatan amat-amat diperlukan. Gene hardy.

Aku harap tiada lagi kes sama akan berulang. Maybe aku kena rotate grazing ground untuk kambing jantan ni. Try tengok jika ada perubahan.

Edited: Aku juga sempat measure body temperature kambing jantan tu. Ada slight fever of 104°F.

2 comments:

  1. Doctor in the House..............of goat. (adil)

    ReplyDelete
  2. Kambing saya ada juga yang tumbang..Now that u mentioned it, kemungkinan besar sebab pneumonia kerana perubahan dan pengaruh cuaca,..sebab kambing saya semuanya terkurung dalam kandang!! Tapi lebih acute...lepas monyok,..tak selera nak makan....dia lumpuh....tumbang dan mati!! (Es Emdi)

    ReplyDelete