Wednesday, 28 May 2014

Nak Tahu Satu Rahsia?

Memandangkan blog yang tak seberapa ni dah berumur lebih dari setahun maka aku nak berkongsi satu rahsia.

Selama setahun lebih menulis di dalam blog ini aku hanya menggunakan telefon untuk menulis setiap entry sejak dari entry pertama sehinggalah ke entry terbaru ini. Bagi aku ini lebih senang kerana setiap gambar yang di ambil dengan telefon aku memudahkan untuk aki upload dalam blog. Kalau dengan camera kena transfer dalam laptop dulu. Which is not a bad idea at all; boleh buat backup. Cuma aku lebih suka cara pintas yang macam ni. To simplify things.

Mungkin sebab update blog dengan phone juga lah entry aku banyak yang bersifat pendek-pendek. Penuh dengan typographical errors. Mungkin kalau menulis di depan skrin dan menggunakan sebuah papan kekunci the flow of ideas tu lebih efficient.

Ok kongsi satu perkara lagi, aku tidak ada draft di dalam penulisan aku. Semua penulisan adalah secara spontaneous dan mengikut mood aku. Itu pasal kadang-kadang banyak update, tiba-tiba macam bercuti lama. Sebab itu jugalah entry aku kebanyakannya mempunyai abrupt ending. Sebab aku menulis secara tiada framework.

Ok that's all for now. Mungkin di masa depan aku akan cuba untuk menggunakan laptop sebagai input device utama bagi blog ni but that remains to be seen.

Selamat pagi semua!!


4 comments:

  1. That's no secret..hahaha.

    The contents that matters. Tq for sharing all the valuable infos to the goat community doc. (Adil)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u mr adil..I am no doc.hahaha Marah nanti vet kat luar sana..diorg belajar at least 5 years nk dpt degree.kita main trial and error je.hehe

      Delete
  2. kihkih..tu bkn rahsia dh bro ECH,smua bleh agk dah.Tapi sbb tula penulisan tu mnarik yg pnting isinya.Den pun dh ciluk cket maklumat dlm blog ni trutama bab rwatan pnyakit tu utk smpanan data di group fb pembiak kambing.Mmg brguna utk pntrnak2 lain..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Mohon update selalu blog tu.jangan sampai bersawang.haha

      Delete