Monday, 19 May 2014

Akrobat dan Borak Kosong

Bukan acrobat reader dalam computer tuan-tuan. Tapi kambing saya yang agile lagi tangkas. Hebat sense of balance nya. Juara lompat pagar kandang. Dia ni juga hebat buka pintu stor makanan.

Muda lagi kambingnya. Betina. Belum nampak tanda-tanda nak kahwin. Gatal tu belum ada. Lagi 3 bulan, kalau tak kahwin jugak, aku jual. Hahaha.




Hari ni aku gi melawat kandang orang. Kambing tenusu. Tak ambik gambar pun. Cuma borak-borak dengan tuan kandang pasal industri. Bila aku sebut aku bermula dengan lembu, dia senyum kambing. Sebab masing-masing tahu prospect lembu sekarang macam mana. Teruk. Dan akan lagi teruk bila datang bulan puasa dan raya korban nanti.

Every body is doing kambing now. It's a good time. A high time. Dari breeder sampailah trader dan importer sampailah kepada end users. Seolah semua beralih kepada kambing. Semua nak makan kambing. Semua nak kenal kambing. Kawan-kawan aku dikampung yang kerja government pun dah invest untuk bina bangsal kambing. Sama ada untuk supplement income diorang atau untuk santai-santai nak buang masalah dalam kepala. One good problem that arises from this; harga breeder stocks naik. Susah nak jumpa yang bawah $300 macam aku mula-mula beli kambing dulu, walaupun yang sakit-sakit. The current going price is between $350 to $500 per head.

Berkaitan kambing juga, kawan aku yang buat business kambing panggang juga tak menang tangan memenuhi tempahan di sekitar Kota Bharu. Semua orang dah tak takut sakit kepala bila makan kambing. Ada majlis sikit je mesti panggil orang panggang kambing sekor. Dah jadi satu trend. Kahwin, aqiqah, tunang, doa selamat, kesyukuran, mesyuarat kerajaan, kursus jabatan,  family day dan sebagainya.

Tadi juga aku borak-borak dengan seorang lagi rakan ternak dari Kota Bharu. Dah pencen orangnya. Dia hairan kenapa daging "kambing" import frozen dari Australia banyak lemak. Tak macam kambing tempatan. Bila aku bagitau "kambing" yang frozen tu sebenarnya biri-biri, dia macam tercengang. Hmm..mungkin revelation, mungkin rasa tertipu. Maaf lah kalau aku dah spoil mood dia. Tak bermaksud pun. Tapi aku just nak bagitau the truth je.





3 comments:

  1. Gi ladang azwan ko td bos? Maaf la ambo 2 hari doh demam. Terpaksa cancel program. Kalu dok, buleh jadi tukang ambik gambar. hehe

    ReplyDelete
  2. Thats the first i've seen a goat on the fence.

    Everybody loves goat. Yeahh!!! (Adil)

    ReplyDelete
  3. Tu laa,kena buat gok kemah sikit,pasal kaki curi kambing pun menjadi jadi,sebab kambing laku lo ni.Kat kapong ambo ni,dale gok pun nyo kebah we.Wow,terornye kambing ni.Itu lah tanda nye dia sihat,otak nya pun ligat tahu bagaimana nok balance body dia.

    ReplyDelete