Saturday, 3 May 2014

Untitled

Aku rasa aku makin menjadi seorang pendiam sejak aku bela kambing.  Aku cuba elak untuk berinteraksi dengan manusia. Aku cuba elak untuk berkumpul di kedai kopi. Berbual kosong. Aku cuba elak untuk pergi ke bank (read: a crowded place) atas urusan syarikat. Aku selalu minta bantuan adik aku untuk buat segala transaksi. Jaga bank, penyambut tetamu, staf di kaunter, back office staff sehingga ke manager semua aku kenal dan sentiasa bertegur-sapa. Sekarang aku betul-betul mengelakkan diri nak ke bank. Sehingga mereka semua pun hairan aku dah berubah. Bukan unfriendly. Just less talkative.

Kalau dulu aku ambil pusing hal politik negara(mungkin juga cenderung ke satu pihak), isu-isu semasa, sekarang aku jadi tak kisah pasal apa-apa. Muak dengan semua politicians. Hipokrit.

Sekarang aku dalam persiapan untuk menetap sepenuh masa di dalam ladang. Aku rasa mungkin sedikit hari lagi di masa hadapan aku boleh mengelakkan sepenuhnya interaksi yang tidak perlu (unnecessary) dengan manusia lain.

Aku lebih suka habiskan masa denga isteri dan anak-anak (though not as much as I would like to - great distance being the reason). Aku lebih suka habiskan masa di dalam kandang dan di dalam ladang. Cuba untuk mengenali personaliti setiap ekor kambing aku. Cuba untuk memahami 'body language' mereka.

Hari ni aku bawa isteri melawat ladang. First time in a long time. Dan aku perasan perubahan pada kambing aku. Semua mata yang ada terjegil pada isteri aku. Muka melopong. Kepala sekor-sekor tersembul keluar dari petak masing-masing. Mungkin sebab tak ramai perempuan yang datang ke kandang dan mungkin sebab tak kenal dengan isteri aku. Ada yang more adventurous datang dekat seakan ambil bau. Apa-apa je lah kambing ni.

Aku juga dah jarang demam selsema sekarang ni. Dulu selalu demam masa bela lembu. Ada dua kemungkinan. Pertama stress factor dah berkurangan dengan banyaknya. Jadi immune system aku tak affected, susah nak demam selsema. Kedua, tuhan yang esa dah tak bagi peluang untuk ampunkan dosa-dosa kecil. Aku haraplah bukan yang kedua. Tapi, aku banyak juga lalai ni. Hmmm

Aku ada seorang kawan, bela kambing juga. Umur mid 40's. Kagum, sebab di usia dia, masih ada masa untuk menghadap tok guru quran, belajar betulkan tajwid. Makan, pakai, wang, anak-anak, kereta, motosikal semua ada dan cukup walaupun tak mewah macam kawan-kawan yang kerja dengan gaji lebih besar. Tapi yang lebih bererti, ada masa untuk belajar ilmu akhirat sedang mereka yang lain sibuk kejar dunia.

Semua ini buat aku berfikir.






No comments:

Post a Comment