3 hari tak masuk ladang. Hari ni baru masuk. Benda buruk selalu berlaku bila aku ambil cuti panjang macam ni. Isk.
Macam cerita semalam. Induk muda yang mengalami komplikasi kelahiran. Hari ni masa masuk ladang dan aku perasan seekor anak kambing berusia 6 hari seperti dalam kesakitan. Ya, betul sangatlah. Bontot nya dah rabak dibaham ulat berengga. Ini sebab tak basuh berak la nih.
Ya tuan-tuan, tempoh satu minggu pertama amat kritikal bagi anak-anak kambing. Tak boleh nak harapkan induk untuk menjaga kebersihan anak-anaknya. Tambahan pula jika beranak lebih dari dua. Minggu pertama, diet utama anak kambing ialah susu dari induk. Tahi yang keluar pun tahi susu. Consistency seakan paste ubat gigi cuma berwarna kuning dan bau susu lah, macam susu masam pun ada. Tahi susu ni cepat mengering bila terdedah kepada udara dan tahi ni juga senang melekat kat bontot, ekor dan bulu peha anak kambing.
Kalau si ibu lambat nak cuci tahi ni ianya akan menarik perhatian lalat. Lalat akan bertelur dan dalam masa beberapa jam sahaja akan menetas dan berengga yang terhssil akan cepat sahaja take advantage ke atas anak kambing. Kerosakan tisu akibat berengga hanya mengambil masa 2 atau 3 hari sahaja. Nak memulihkan tu kadang kala mengambil masa berbulan. Itulah yang buat aku lebih suka ambil langkah prevention iaitu dengan selalu basuh berak anak kambing. Itu pun untuk minggu pertama je. Tapi tu lah. Pekerja aku untuk jaga kambing ni seorang sahaja. Mungkin terlepas pandang. Benda dah jadi. Marah pun tak guna. Tapi aku marah juga lah. Sebab bagi aku ni adalah rookie mistake. Sepatutnya dapat dielakkan. Boleh dielakkan.
Jadi aku flush bontot anak kambing tadi dengan Ivermectin. Letak iodine dan ubat luka. Esok kena buang bangkai berengga tu. Kutip satu per satu demi nak elakkan secondary infection.
Dulu aku dah cerita, kawasan infestation berengga ni adalah antiseptic dan juga telah di"inject" dengan natural anesthetic. Bila berengga dah mati, maka tiada lagi "protection" dari berengga ni. It's just a big hole-ly wound waiting for a bacterium to start a secondary infection. Tu yang kena berjaga lebih lagi. I hope this kid will make it. I will not prescribe the kid with antibiotics, he's too young for that. Susu ibu mungkin dah cukup. As long as he suckles consistently, he should be doing fine. All the best.
Good info,Bro. All the best!!(Es Emdi).
ReplyDeleteKesian Mat kena marah. haha. Anak saanen ko hok kena serangan ulat tu?
ReplyDeleteAnak saanen cross.loni meriah ni. Semua anak saanen cross. Dah ada 15 ekor dh anak Gandalf.semua putih2.
DeleteHaha. Jadi molek projek saanen cross kampung bos. Buleh try jugak ni.
ReplyDeletePerkara ini ambo ambil berat,kekadang ibu ado hok malas nak jilat tahi susu ni.Ambo tok basuh,cukup ngan sapu je.Hok tok kering lagi mudoh nok kesat.PREVENTIAL IS BETTER THAN CURE.Salam
ReplyDelete