Disebabkan hujan yang lebat, rumput kembali segar dan menghijau. Juga menyebabkan kambing mengalami diarrhea yang ringan. Tak perlu intervention. Tak perlu ubat. Satu atau dua kolam septik mula dinaiki air. Tak dalam pun. Tapi aku kena berhati-hati juga sebab ada anak kambing yang keluar meragut.
Biasanya hujan turun lebih kurang jam 4pm. Kira-kira sejam selepas kambing jantan turun meragut. Nasib baik mereka ni kalis air, setakat hujan biasa takde ribut, mereka akan terus meragut.
Meragut dalam hujan lebat..Ada aku kisah? Aku berdarah tempatan lah!!!
Oh ya dalam berita 2 hari lepas ada cakap pasal larangan sembelih lembu betina, dirisaukan akan menyebabkan kekurangan induk dan menjurus kepada kepupusan spesis yang bernama lembu di Malaysiaku tercinta. I wanna keep a straight face in regards to the said statement. Malaysia akan kehabisan lembu suatu hari nanti. Itu adalah ultimate target para pengimport. Nasib lah sebab lembu lambat berkembang biak. Senang jadi target. InsyaAllah tak akan berlaku kepada kambing. Kena ramaikan lagi pembiak ni. Jangan pandang pada bilangan dalam kawanan. We need to focus more on quality. Supaya dapat menandingi kambing import. Eh, kambing import ada kualiti ke?
Nak kata aku give up dalam arena perlembuan, mungkin ya. Dah halfway give up. Tapi minat masih ada, sebab tu lah masih ada lagi saki baki lembu kat ladang aku. Lagipun nak pelbagaikan ternakan. Boleh juga sembelih sekor for own consumption. Mungkin lepas ni, bila dah berpindah sepenuhnya di ladang, aku start bela ayam, itik dan lain-lain. Nak unlock level 100 in terms of self sufficiency.
Terima kasih.
Hargo lembu betina sekarang ni mahu 7,8ribu sekor.Malah ade yang kat ngan 10 ribu.Terkejut beruk ambo.Uuuuuuuu,tokleh pegho lembu gamoknyo.Ambo tokse pegho lembu ,payoh nok tinggal gi main MTB.Hehehehehe!.Soalan cepumas,bakpo kjaan tok jaya nok kembangkan bako lembu ko,bako kambing ko?.
ReplyDelete