Penjagaan biri-biri ni bagi aku 100 kali lagi senang dari kambing. Tak banyak kerenah. Makannya tak memilih. Rumput kering pun di baham. Senang yang terlajak amat (atau sebab aku bela sekor je?). Sekali hari tu je buat deworm. Lepas tu aku tak bagi apa-apa dah.
Dulu masa mula-mula sampai ladang, umurnya baru 2 bulan. Belum betul-betul cerai susu. 5 hari 5 malam mengembek mencari ibunya. Sampai serak tak keluar suara. Tidur pun seekor dia je berteman seekor lagi lembu laga (ex-fighter).
Sekarang bila dah besar sikit, mula masuk kawanan kambing aku. Turun meragut sekali, tidur pun dalam kandang sama-sama dengan induk yang lain. Tapi aku tengok Bubba ni sneaky orang nya. Dia tak melawan dengan pejantan kawanan kambing aku. Ikut je dari belakang, kira macam balaci pejantan aku la. Tapi tu depan-depan. Bila pejantan kawanan aku tak ada atau distracted, Bubba ambil kesempatan untuk panjat kambing betina aku. Gersang sangat Bubba ni. Dah aku tak bagi dia biri-biri betina.
Orang kata tak lekat benih biri-biri campur kambing. Tapi baru-baru ni kat Ireland seorang penternak biri-biri kat sana dah annoumced dia berjaya kacukkan biri-biri dengan kambing. Hasilnya ialah Geep (Goat+Sheep). Tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Kena buat DNA sequencing baru boleh confirm kot.
Apa-apa pun Bubba masih jinak lagi buat masa sekarang. Besar-besar esok tak tahu lah. Biasa biri-biri jantan ni kuat menanduk. Harap Bubba ni tak begitu lah.
Jange dok lok sangat ngan bbiri,kambing angkat kaki jah kalu nok tegok oghe,bbiri dio goste pah dia hungga,kuat kuat we.Ambo maso kecik2 dulu keno doh ngan bbiri blago.Guling bating nyo segok dia.Sbab tu ambo tok se pegho biri.
ReplyDeleteOre kata tokleh campur biri nga kambing. Tapi setakat ni takdok masalah lagi. Saya sendiri rajin kena tebok ko biri2 masa kecik dulu. Biru abis belake peha.
Delete