Kat kandang aku ada seekor induk dara kacukan katjang dan seekor induk dara pure saanen. In particular, 2 ekor ni lain dari kambing yang lain. Dan 2 ekor ni juga adalah exact opposite dari segi personaliti antara satu sama lain. Tapi berkongsi satu denominasi, iaitu kepandaian.
Yang katjang ni naturenya agak liar, susah nak tangkap, nak sentuh pun susah. Pandai lompat kandang. Pagar kandang setinggi 3 kaki setengah tak mampu halang dia. Dia akan lompat dari satu kandang ke kandang lain. Meniti di atas keping kayu 1x2 persis beruk sarkas. Hebat sungguh. Lariannya kencang. Tubuhnya panjang dan tinggi.
Yang saanen pula manja habis. Macam kucing. Degil pun ya jugak. Tahan lasak. Tapi dalam kelasakannya, manja dia tetap ada. Suka diusap, dibelai. Kalau aku sedang buat rawatan, perah susu mesti dia ada di sebelah. Gigit bajulah, gigit telinga aku lah, gigit rambut aku. Rimas betul. Masa mengembala pun dia ikut tepi aku tak campur kawanan lain. Mengekor je kerja. Pernah sekali dia ikut sampai nak masuk dalam kereta sekali dengan aku. Aku rasa kesedarannya sebagai seekor kambing adalah kurang berbanding kambing-kambing yang lain. Mungkin ada identity crisis.
Tapi kedua-dua ekor kambing ni kongsi satu kebolehan yang sama, iaitu kebolehan untuk buka selak pintu stor kandang. Pintu stor tu dah ada dua selak. Satu jenis yang biasa dan satu lagi pakai dawai lilit dekat sebatang paku. Dua-dua selak kunci tak boleh nak halang kambing ni. Mereka dah tahu macam mana nak buka pintu tu. Dan memang mereka suka perhatikan aku atau staf aku keluar masuk bilik tu. Habis dedak untuk induk beranak di makannya. Geram pun ada. Marah pun ya. Tapi bila fikir kepandaian mereka aku jadi impressed pulak. Jadi tak marah dah. Under a goat spell.
Pandai sungguh binatang ciptaan tuhan ni.
cursed by a goat spell hahaha! lawak lawak!
ReplyDeleteMungkin kambing 2 ekor tu jenis 'autistic' kot. Perangai pelik, tapi ada kelebihan lain.
ReplyDeleteItula kebesaran Tuhan.Tak payah pergi BERTAPA,duk kat kandang kambing pun dah nampak kehebatan Allah,Maha Pencipta.
ReplyDelete