Monday, 5 May 2014

Menentukan c.o.d. kepada C.O.D.

Sebagai seorang pembiak/penternak benda yang paling menyedihkan aku adalah kematian ternakan. It doesn't matter how many times it has happened, I still feel bad about it. Bummed out. Every time. And being an inquisitive person that I am, I always seek to know the cause of death of my goats.

Aku suka buat post mortem; pengetahuan aku limited. Aku bukan seorang vet. Tapi itu tidak menghalang aku dari nak figure out apa penyebab utama kematian kambing aku.

Usually, upon the first inspection on the internal organs one could already conclude the c.o.d. Antara penyebab utama kematian kambing yang biasa adalah pneumonia, anemic, copper toxicity, ketosis atau radang organ penting yang lain seperti ginjal, limpa dan lain-lain yang menyebabkan total system failure and the inevitable result, that is death. Tapi itu bagi aku tidak cukup memuaskan hati. Not easily satisfied.

Aku perlu tahu apakah penyebab kepada c.o.d. tadi atau dengan kata lain the real c.o.d. to the c.o.d. Ada faham ke?

Ambil contoh pneumonia. Senang nak confirm kan kambing mati sebab pneumonia. Paru lebam atau bengkak atau ada fibrosis atau ada excess fluid kita terus kata pneumonia. Tapi tanggungjawab sebagai seorang pembiak kena cari apakah penyebab pneumonia tadi. Viral ke, bacterial ke, infection atau environmental? Bila dah tahu penyebab sebenar kepada penyebab sebenar kematian barulah kita boleh jadi expert. Barulah kita boleh nak eliminate causative factor dari herd kita. Baru lah kita boleh nak elak ubat cap pisau di masa hadapan.

Terkait dengan musim sekarang yang panas dengan bahang yang amat kuat. Waktu petang bila dah redup sedikit hujan pula turun. Perubahan cuaca panas kuat dengan kelembapan tinggi pada sebelah malam boleh menyebabkan pneumonia. Ini tiada kaitan dengan virus atau bacteria. Jadi vaksin di dalam keadaan begini seolah tidak berguna. Nampak tak?

Contoh lain macam anemic, ya senang nak conclude kambing mati sebab anemic. Takde darah dalam badan. So mati lah kambing tu. Tapi tu tak selesaikan masalah. Kena tahu apa penyebab anemic. Memang betul, parasitic effects most of the time. Tapi kita kena tahu juga parasit jenis apa. Internal or external? Baru boleh buat preventive measure untuk herd kita. Tahu jenis parasit baru tahu dewormer atau chemical jenis apa yang nak dipakai.

Bagi aku, seorang pembiak/penternak harus membudayakan sifat ingin tahu akan penyebab kepada penyebab kematian ternakan. Elakkan ubat cap pisau selagi boleh. Kerana kematian ternakan itu adalah perkara yang paling menyedihkan bagi seorang pembiak/penternak.




4 comments:

  1. Pinar butir mata sebab dari awal artikel sampai akhir duk ingatkan c.o.d tu adalah cash on delivery. haha. Sebab dah terbiasa sgt dgn term tu. Lepas habis baca artikel baru faham c.o.d tu cause of death rupanya.

    Oh noobnya aku ni.

    ReplyDelete
  2. Kita ni bukan ada background vet....nak cari sebab atas penyebab tu yang terkial-kial nak faham!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Banyak kena refer lebai google.

      Delete
  3. cause of death. oh yes. it's very important to determine the real cause. takdelah membuta aje strategi kemudian hari.

    ReplyDelete