Nasib la penternak baru macam aku ni. Kena betul-betul kenal parasit dulu dari kenal kambing. Baru boleh membiak. Sehari dua ni anak kambing yang cerai susu nampaknya kena serangan cacing. Kebanyakannya mengalami masalah diarrhea dan najis yang keluar bersama cacing yang telah mati.
Mungkin stress sebab diceraikan susu, umur semua antara 3 hingga 4 bulan. Sekarang pulak selalu hujan.
Selepas consultation dengan lebai google. Aku dapati jenis cacing yang menyerang anak kambing ini ialah tapeworms. Nice! Racunnya adalah albendazole. Baru ni masa melawat kadang prof alwi ada dia sebut satu lagi campuran yang dia pakai. Tapi aku penternak baru mana nak tau. Boleh tolong ulang tak prof apa benda yang di pakai tu?
Ada seekor induk yang nampak makin kurus. Selera ok. Kurang produktif. Tiada diarrhea. Najis biji-biji almost hitam. Ada tanda anemic. Yang ini aku suspect kes liver fluke yang agak serious. Nak treat dengan alben macam tak berkesan. Kalau treat dengan Ivermectin memang tak berkesan. Nak kena beli Flukiver ni. Tapi kena treat sampai 3 kali. Aku ada baca Chlorsulon boleh "zaappp" flukes ni sekali gus. At any stages. Tapi ada ke jual di Malaysia ni? Mencari TCBZ pun masih tak jumpa.
Kejadian flukes ni juga aku rasa ada kaitan dengan sumber air minuman yang aku guna. Buat masa sekarang aku gunakan kolam yang bersambung dengan paya. Nak kata bersih, takde la cuci sangat. Nak kata kotor, memang tak kotor. Cuma bila open water source macam tu, adalah pros and cons nya. Kelebihannya, abundant and easy water access. Kolam lambat kering. Drawbacks adalah terdedah kepada pencemaran, baik chemically atau biologically. Parasit pun boleh ada dalam air kolam tu.
Aku mungkin akan bertukar kepada sumber air bawah tanah pulak lepas ni. Tube well dah ada. Cuma kedalaman tu sampai 161 kaki tak silap aku. Paras permukaan air ada pada 27 kaki dari permukaan bumi. Maknanya aku kena selam pam sehingga 120 kaki untuk maintain water level supaya tak kering dan menyebabkan pam rosak. Nak mencari pam yang berkapasiti macam tu yang susah. Susah dari segi belanja la. Mahal oo..unless aku beli belah Thailand. Double barrel with 40 meters lift capability baru dalam RM390. Tapi warranty apa semua tak ada la.
Aku sendiri pun plan nak pakai air perigi tu jugak pasni bila dah pindah masuk ladang. Sebabnya bekalan dari AKSB selalu terganggu dan berkarat pulak tu. Aku nak perhatikan occurrence flukes ni makin meningkat atau berkurang bila dah bertukar kepada perigi.
Buat masa ni kena bertahan dulu. Kena bagi fighting chance kepada kambing untuk develop resistance. Untuk tambah kapasiti parasite burden load.
Salam hormat!!
No comments:
Post a Comment