Monday, 26 May 2014

Bolehkah Begini?


Aku sedang dalam proses membina bahagian dapur di ofis ladang. Selepas siap bahagian dapur ini maka aku akan convert pejabat ladang ni menjadi rumah rehat aku sekeluarga. Isteri sudah ditugaskan jauh di selatan semenanjung. Hanya tinggal aku dan dua orang anak perempuan aku.

Jadi aku berkira-kira jika sudah menetap di ladang nanti aku harus mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti (related to farming). Selain dari menjaga kambing, aku juga harus memulakan aktiviti lain. Aku mungkin akan buat reban ayam dan mula bela ayam kampung yang 40 hari tu. Aku dah buat kira-kira, mungkin buat permulaan aku bela dalam 50 hingga 70 ekor. Bila dah capai berat yang sesuai untuk disembelih, maka aku akan sembelih dan simpan kesemuanya di dalam freezer dan gunakan satu persatu. Bila dah selit dengan penggunaan daging anak kambing dan lembu belaan sendiri, stok ayam tadi mungkin akan bertahan sehingga 3 bulan sebelum aku kena bela batch yang baru. Aku dah bertanya secara panjang lebar kepada sepupu isteri aku yang buat business ni. Modal dari beli anak ayam sehinggalah mencapai berat untuk dijual tak sampai RM6.00 per ekor. Lagi murah dari beli ayam kat pasar. Mungkin juga aku boleh barter beberapa ekor ayam kampung tadi dengan ikan laut untuk pelbagaikan sumber protein bagi keluarga aku.

Aku juga boleh bela beberapa ekor ayam penelur untuk supply telur kepada aku setiap pagi. Seminggu 10 biji kira dah cukup dah untuk satu family aku. Itik pun tak jadi masalah. Cuma aku lagi suka ayam. Sebab itik berak sembur. Hahaha.

Aku ada beberapa ekor anak lembu yang boleh aku sembelih untuk dapatkan daging. Penyimpanan tak jadi masalah sebab aku ada freezer besar. Memang boleh muat setakat karkas lembu 150 kg ke bawah. Boleh tukar daging dengan ikan kat pasar basah.

Selain ternakan, aku mungkin boleh belajar bercucuk tanam. Mungkin boleh belajar tanam cili dulu then baru graduate kepada tanaman sayuran yang lain.

Aku ada buat online research pasal nak start lifestyle macam ni. Rupanya mat saleh ramai dah yang adopt lifestyle macam ni. Homesteading. Menarik! Ada juga blog yang constantly update pasal everyday activities yang mereka buat. Bela ayam, itik, kambing, lembu, babi dan lain-lain.

Beberapa advantages yang mereka dapat dari lifestyle macam ni ialah; jimat belanja, food security, food safety, healthy life, stress free environment, etc.

Di Malaysia, aku rasa komuniti peneroka lah pelopor gaya hidup homesteading. Self sustain. Tapi aku tak punya tanah seluas peneroka. Income dari pokok sawit pun tak ada. Hanya bergantung kepada kambing je ni. Jadi kena betul-betul utilize setiap inci persegi keluasan ladang ini. Hmmm..kena yakin dengan rezeki Allah. Jangan risau. Semuanya rezeki anak-anak aku. Aku hanya menumpang rezeki mereka.

Semoga semuanya berjalan lancar!




8 comments:

  1. hai ECH, saya merupakan pengikut blog you yang setia. Hampir kesemua coretan yg you post saya baca. Saya bukan tak setuju dengan Homesteading, tapi saya takut tuan hilang focus dan tuan harus juga melihat tang opportunity cost.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak Lah kerana menjadi pembaca setia. Ternakan utama masih lagi kambing. Cuma untuk memenuhi keperluan keluarga kecil saya..jadi saya harus buat sesuatu. Kalau nak jual/tukar kambing dengan benda2 lain mungkin tak cost effective.kalau ada masa free tidak salah untuk usahakan sendiri supaya kurang kebergantungan kepada org lain. Terima kasih. Harap Pak Lah terus membaca walaupun kadang2 banyak yg merapu.

      Delete
  2. Terkejut saya Pak Lah comment. Ingat Ex PM tadi follow blog ECH. Hahaha. Melawak ye Pak Lah:)

    You'll never know if you try. All the best tuan ECH. (Adil)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u sir. Tak cuba maka tak tau kan
      .hehe

      Delete
  3. Kebetulan saya member FB saya share ada satu link pasal penternakan ayam semalam - http://obo1760.blogspot.com/2014/02/projek-ternakan-ayam-pedaging-sistem.html

    Dia punya post, mak aii detail habis. Nak scroll sampai ke bawah pun terkebil-kebil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.sedang makan nasi berlauk dan gigih membaca ni

      Delete
  4. Salam tuan el cabras hambriento,xtau name betoi ape..boleh kongsi kan link blog homesteading yg tuan bace? Yg best dibace n byk info macam blog alwi n the geng..sy nak follow..arigato ozaimas!

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak program masakan Di ASTRO, aku paling suka tengok 'River Cottage'. sangat menarik sebab dia guna apa yg ada dibelakang rumah ..typical english sytle..

    lagipun, masak sendiri dari hasil tanaman/ternakan sendiri lebih menyihatkan walaupun mengambil masa sikit. cost pun rendah.

    ReplyDelete