Saturday 10 May 2014

Kambing Bunting

Aku cukup kagum dengan induk kambing yang bunting. Satu tanda kebesaran sang pencipta. Beranak pula ada yang seekor, dua ekor dan tiga ekor. Lebih dari tu pun ada(bukan kandang aku la).

Sepanjang tempoh bunting pun aku boleh perhatikan pelbagai perubahan pada induk kambing tu. Kalau yang bunting 1st parity, dapat perhatikan perubahan dari keanak-anakan, selalu melompat terkinja, bila dah bunting jadi lebih sopan. Makan pun berselera. Bila kandungan dan cecah dua bulan, bulu pula jadi cantik, kemas dan "berminyak". Perut mula melabuh. Susu semakin membesar dan aku perhatikan induk kambing juga punya nesting instinct. Biasa nak duduk berehat di penjuru petak. Duduk di kawasan yang bersih, dekat dengan sumber air.

Bila dah hampir dengan kelahiran, perubahan ketara dapat dilihat. Jalan semakin slow. Selalu tertinggal di belakang kumpulan. Tercungap. Makan pun tak berapa nak selera time ni. Najis jadi sedikit lembut. Clumpy. Mungkin kerana ruang rumen dah terhad menyebabkan proses penghadaman menjadi semakin singkat dan kurang efficient. Time ni juga tulang pinggul semakin menimbul tanda persediaan untuk memberi laluan kepada anak di dalam kandungan.

Selepas melahirkan anak pula, bagi induk muda, paling ketara adalah perubahan suara. Dari suara keanak-anakan bertukar menjadi suara kambing dewasa. Time ni boleh nampak induk tadi berubah menjadi kambing yang protective terhadap anaknya. Waktu tengahari, induk akan balik untuk susukan anak mereka. Tanpa cue dari sesiapa. Seolah mereka tahu waktu susuan untuk anak mereka. Tapi ada juga jenis yang tak hiraukan anaknya. Balik lenggang kangkung time petang sama macam kambing lain yang tak ada anak. Membiarkan anak kelaparan. Not good.

Aku suka perhatikan kambing aku dan setiap perubahan yang dilaluinya.





1 comment:

  1. Itulah kebesaran Allah,Maha Pencipta segala kelebihan kepada semua makhluk yang bernyawa.Dari haiwan kepada tumbuhan.Kita adalah haiwaanunnaatik(haiwan yg boleh bercakap dan berfikir).Dengan kambing ambo mengingati,mengagumi ciptaanNya.Begitu juga dengan makhluk2 yang lain,yang mempunyai ragam2nya tersendiri.Dan kita,haiwan yang terbaik diciptaNya,untuk mengurus dunia ini dengan baik

    ReplyDelete