Tuesday 27 May 2014

Mineral Block, Salt Lick, Garam Jilat Dan Yang Sewaktu Dengannya

Perusahaan ternakan secara semi insentif tak boleh tak pakai garam jilat ni. Amat perlu. Lebih-labih lagi jika pemberian concentrate adalah pada tahap paling minima. Bukan tak boleh survive kambing kita kalau tak ada garam jilat tapi memang tak perform kalau tak ada. Kambing jalanan pun biasanya akan makan tanah dan jilat batu di tepi jalan untuk mendapatkan mineral penting untuk tubuh badan. Kambing jalanan juga biasa makan sisa-sisa sampah manusia yang mempunyai mineral penting tadi.

Dalam pasaran ada pelbagai pilihan untuk garam jilat ni, hanya tunggu penternak nak buat keputusan untuk beli yang mana satu. Aku orang yang pertama akan mengaku semasa aku mula ternak kambing aku tak bagi garam jilat. Bagi aku ianya sesuatu yang membazir walaupun aku tahu lembu fidlot aku masa tu perform dengan bagus sekali dengan adanya garam jilat. Tapi aku berfikiran bahawa untuk short term gain berbaloi guna garam jilat. Untuk long term seperti breeding tak berbaloi sebab costly. Lagipun masa tu aku banyak bagi makan dedak kat kambing aku. Biasalah orang baru. Bila kambing nampak bermasalah baru mencari-cari jawapan yang sebenarnya. Lesson learned..the hard way.

Bermula dengan garam jilat dari N.A.M. Trading aku gunapakai untuk setahun. Aku tak buat research apa-apa pun. Semuanya atas recommendation JPV dan juga sebab ia adalah satu-satunya jenama garam jilat yang dijual pihak JPV. Kambing aku suka garam jilat ni. Palatability yang bagus aku kira. Tapi drawback nya adalah kandungan mineral yang minima. Mungkin kerana ianya bersifat universal. Juga tidak mengandungi unsur copper. Kambing sihat, berkilat tapi kidding rate rendah. Growth juga slow.




Lalu aku buat research dan aku sedar aku perlukan unsur copper untuk supplement mineral deficiency untuk kawanan kambing aku. Aku berkira nak gunakan KNZ sebagaimana prof Alwi dan rakan ternak yang lain. Tapi di Kelantan ni memang susah dan mustahil nak dapatkan. Kalau nak order dari luar pun dah jadi sangat mahal. Tanya punya tanya, pusing punya pusing aku disyorkan oleh penjual ubat untuk cuba brand Royal Ilac. Yang ini okay. Semuanya ada. Copper ada. Selenium lebih tinggi. Tetapi palatability kurang sikit berbanding garam jilat dari N.A.M. Trading. Tapi tahan cuaca dan tak mudah pecah. Ciri-ciri tahan cuaca ini amat penting bagi aku sebab aku juga letakkan garam jilat ini di tempat-tempat strategik dan terbuka di dalam ladang aku, berhujan dan berpanasan.





Berbanding dengan garam jilat Thailand yang prof Alwi gunakan, yang ini rendah sedikit kandungan mineral nya. I might give it a try. Nampak macam bagus. Kat golok mesti ada jual. Kena gi cari ni. Mana tau dapat lagi murah ke. Hahaha. Aku perasan tang 'produced for' tu. Tulis kat situ SK Cattle. Aku rasa aku tahu company siapa tu. Orang besar tu. Orang hebat. Antara legends dalam scene lembu Thailand. Hehe.

Apa-apa pun I will stick to Royal Ilac as for now. Cuma harga yang 5kg ni mahal sikit sebab banyak permintaan untuk saiz ini. Mahal-mahal pun it works out to be around RM 0.03 per goat per day. So masih lagi bearable. Lagipun concentrate aku pada tahap minima (RM 0.03 juga per goat per day @ RM 1 per goat per month) jadi nak mewah sikit pada garam tak salah bagi aku. Kalau nak jimat lagi boleh beli yang 10 kg. Tapi besar sangat. Aku gantung garam tu, tak pakai kotak. So 5 kg is just nice for my usage.

Aku juga setuju dengan prof Alwi jika ada mana-mana pihak yang mengkaji dan develop satu produk baru (garam jilat) yang khusus untuk kegunaan tropika atau spesifik untuk negara kita.






2 comments:

  1. royal ilac.. hmmm..

    nam trading ada garam jilat 5kg yang bervitamin. pernah try?

    Garam jilat NAM trading - kambing aku tak suka!

    ReplyDelete