Monday 26 May 2014

Nak Tanam Indigofera Jugak Lah...

Itu pun kalau terbukti boleh banyakkan susu pada induk. Tapi kat Filipina dah terbukti kan..ya dalam kambing dairy. Kalau meat goats ni tak tahu ada benefit atau tak. Nak tau juga, kena bereksperimentasi lah.

Thank you En. Adil from LRGF kerana menjawab soalan aku yang sangat newbie. Aku tak pernah tanam apa-apa pokok dalam hidup aku. Eh, ada satu. Pokok langsat belakang rumah family aku, tahun 1997, sampai sekarang tak pernah berbuah. Hahaha. Hidup pun dah kira nasib baik.

Bagi aku apa-apa sahaja yang dapat mengurangkan kos dan juga kebergantungan kepada bahan luar maka aku akan pursue. Maksud aku, jika indigofera boleh tingkatkan pengeluaran susu induk, maka aku akan gunakannya untuk mengurangkan kos dedak dan juga kebergantungan kepada pengilang dedak itu. Lebih kepada nak protect diri aku dari risiko kenaikan harga dedak lah sebenarnya. Dan juga dengan senario putus bekalan. Bila semua dah di bikin 'in-house' kita lah yang akan menikmati kelebihannya. Freedom.

Nampaknya kena dapatkan benih dan start tanam ASAP.

Tapi sebelum tu kena belajar cara nak semai dulu. Pastu pindah masuk poly bag. Then baru tanam atas tanah. Kena banyak sabar ni. Aku goreng telur sebiji pun takleh sabar. Api dapur aku besarkan macam nak bakar rumah supaya telur cepat masak. Hahaha.




4 comments:

  1. Huii banyaknya post! awat tiba tiba jadi rajin nih? hahaha baguih baguih

    rajinkan menulis dan berkongsi pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..mungkin sebab balik awal sikit hari ni. Dan seminggu dua ni lauk banyak bertemakan budu dan petai. Fikiran jadi lawas mungkin.

      Delete
  2. Hahaha. tang telur tu kelakar.

    '....mengurangkan kos dan juga kebergantungan kepada bahan luar' - we hope so too. InshaAllah. (Adil)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak bergantung kepada orang luar..supaya kita tidak mudah di manipulate oleh orang lain..on second thoughts those preppers on TV make sense now.

      Delete