Wednesday 7 May 2014

Saanen Cross

Kelahiran kali ni banyak sungguh saanen cross. Tak sangka pulak pejantan tu gagah perkasa juga. Nampak macam lembik. Pondan. Tapi ramai induk yang melahirkan anaknya. Gene yang dibawa juga kuat. Hampir kesemuanya warna putih. Ada wattle. Telinga macam Master Yoda. Ada beberapa ekor tak nampak langsung darah kacukannya. Seolah pure saanen. Kesian mak dia. Tolong mengandungkan aje sebab langsung tak ikut mak.


Ibu dan anak. Lamgsung tak ikut rupa ibu.


Apa-apa pun syukur. Anak saanen cross ni tak lembik macam saanen ori. Cergas dan pantas. Tahan haba panas. Setakat ni takde lagi yang kena puru. I'm about to unlock the gene that is resistant to orf. Exciting indeed.

Satu lagi kelebihan, aku boleh mark up sikit harga anak-anak saanen ni. Jual sebagai baka. Saanen cross.

Tapi setakat ni je lah generasi saanen ni sebab aku dah bagi kat orang pejantan tu. Dan aku tak bercadang nak simpan anak-anak jantan nya. Apa-apa pun terima kasih atas khidmat mu Gandalf the White. Terbukti kamu adalah antara kambing pure saanen yang hebat kerana diet hanyalah rumput dan daun. Tiada dedak. Tahan parasit. Dan mempunyai libido dan stamina yang tinggi.

2 comments:

  1. congrats bro! Memang nampak betul saanennya. (adil)

    ReplyDelete
  2. kelakar betul telinga anak saanen cross tu hahaha!

    ReplyDelete